Wednesday, April 18, 2012

Statistik..oh, statistik!

courtesy: castleton.com






AAAAAA!!! Tidaaakkkk!!! Sapa boley tolon translate ni kat akuu?? Huaa!!! :((

Suppose we have a set of p observable random variables, x_1,\dots,x_p with means \mu_1,\dots,\mu_p.
Suppose for some unknown constants l_{ij} and k unobserved random variables F_j, where i\in {1,\dots,p} and j \in {1,\dots,k}, where k<p, we have
x_i-\mu_i=l_{i1} F_1 + \cdots + l_{ik} F_k + \varepsilon_i.\,
Here, the \varepsilon_i are independently distributed error terms with zero mean and finite variance, which may not be the same for all i. Let \mathrm{Var}(\varepsilon_i)=\psi_i, so that we have
\mathrm{Cov}(\varepsilon)=\mathrm{Diag}(\psi_1,\dots,\psi_p)=\Psi\text{ and }\mathrm{E}(\varepsilon)=0. \,
Maksud firman Allah dalam surah Al-Anbiya' ayat 7:

"Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada Ahluzzikri jika kamu tidak mengetahui". 

Ahluzzikri - orang-orang yang mempunyai ilmu tentang sesuatu perkara tersebut. 

Ya Allah, kirimkanlah ahluzzikri statistik untuk ku.. amin ya Rabb!


Nota: Mama dan Abah sepatutnya dah selamat sampai di Madinah 1 jam setengah yang lalu. Masih tiada khabar dari mereka. Semoga Allah memudahkan urusan rombongan umrah mereka dan diberi kesihatan yang baik. Amin ya Rabb! 

Friday, April 13, 2012

Tahu tak per... :p


TERjumpa blog Dr. Othman Talib on SPSS yang santai dan begitu bermaklumat. Alhamdulillah ada juga pensyarah yang ada masa untuk menyantaikan acara memberi ilmu statistik ni. Aku dah naik fenin baca buku statistik dalam bahasa Inggeris. Bahasa melayu lagi lah tak faham dek putaran ayat tu. Tapi this one is really cool.. saya faham, cikgu! Alhamdulillah! Thanks and credit to Dr. Othman! Tabarakallah!!

He said:
"Jangan hanya berfikir2 apa tajuk yang anda ingin pilih, tetapi buat pembacaan intensif supaya anda dapat mencari FOKUS dan SKOP kajian anda seawal mungkin. Pilot article juga akan memberikan anda lautan rujukan yang relevan dengan tajuk anda. Anda perlu sedari bahawa anda adalah penyelidik NOVICE separuh masa (tahu tak per) yang menjalankan kajian SEORANG DIRI (hah...keseorangan ker?) tanpa bantuan GRANT (gajipun kena potong daaa..) dan tanpa RA (research assistant yang come lote), dan berkongsi seorang SUPERVISOR yang tersangatlah sibuknya dengan beberapa lagi pelajar lain, dengan had masa 3 -5 tahun serta KOMITMEN keluarga yang menggamit, maka anda memerlukan panduan seawal mungkin sebelum anda berpusing2 beberapa semester hanya kerana tajuk anda bertukar ganti!"

It sooo true!!

Alhamdulillah!!

Rabbi yassir wa laa tu'assir, rabbi tammim bil khair yaa Kareem!!

Monday, April 09, 2012

Letih...


Alhamdulillah Ya Allah, masih bernyawa untuk menyembahMu. Tapi aku letih sungguh 2-3 minggu kebelakangan ni. Banyak sungguh agenda. Banyak sungguh acara. Paling banyak acara membesarkan anak-anak. *Senyum*

Hati: Itulah Iza,baru kau tahu letihnya jadi ibu ni. Bukan Enti sorang..ramai lagi ibu-ibu diluar sana. Yang lagi letih dari engkau pun ramai.

Aku: Betul la tu. Sebab tu aku tak kisah.. in fact, bersyukur lagi sebab tau letih pasal apa. Ada orang letih tak tahu punca. Kesian, letih memanjang.. Tapi tak tau kenapa. hehee..

Hati: Habis, apa solusinya? 

Aku: Ermm.. mula-mula kena susun jadual baik-baik. Lepas tu cuba ikut..kalau problem jugak, susun balik. ;)

Hati: Tu je?

Aku: Ermm..makan vitamin, dan air delima madu untuk stamina. Lepas tu try tahajjud tiap-tiap malam. Walaupun sampai sekarang masih fail, tapi aku tetap berazam tinggi.. Heheh!

Hati: Lagi?

Aku: Ok, minta sokongan Abg. Kalau dapat dia tolong, ringan sikit beban. Minta Mama doakan aku sekeluarga. Doa ibu sentiasa maqbul. Minta Abah doakan juga. Amacam? 

Hati: Mmm..boleh lah tu.. Jangan lupa tolong orang lain along the way. Kalau enti tolong ringankan beban orang, insya Allah, Dia akan tolong ringankan beban enti. Kalau tidak di dunia, di akhirat nanti. 

Aku: OK, thanks for the tips. Doakan aku yer.. Aku letih ni..

Tak sabarnya nak rehat di sana. Aku letih sungguh-sungguh ni. Ya Allah.. aku tak sabar tunggu janji Engkau, Ya Allah.

"Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat); Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu".
(Maksud ayat 34-35, surah Faatir)

Ya Rabb, alhamdulillah 'ala kulli hal. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...