Thursday, August 29, 2013

Tendonitis

Alhamdulillah kaki aku tak bengkak macam ni
Credit: ecrc-pt.com


Itu yang Doktor dah sahkan. Kaki aku bukan kena TTS (Tarsal tunnel syndrome). Tapi hanya tendonitis. (HANYAA??!!)

Alhamdulillah.
Syukur ya Allah. Walaupun tendonitis, tapi masih boleh berjalan kan. Terdengkot-dengkot sikit tu tak apalah. Bukannya hilang sebelah kaki.

Selepas hampir sejam setengah menunggu, nombor giliran aku naik kat skrin. Aku masuk jumpa seorang doktor wanita muda. Check itu ini, taip-taip kat komputer dia, belek-belek kaki aku, pastu dia keluar. Panggil Doktor pakar. (Eh.. aku ingatkan dia dah doktor pakar. Sebab tu klinik doktor pakar..hmm) Doktor muda juga masuk, tapi lebih tua sikit la kot dari yang attend aku nih. Dia tanya aku jawab. Pastu aku pulak bagi info kat dia tentang apa yang aku tahu. Ewah.. Ye lah, sekarang ni kan jaman teknologi. Aku pulak student information science. Kenalah pandai buat research sendiri untuk tahu jenis penyakit.

Dia puas hati dengan info aku. Dia tolak kaki aku dengan tangan. Dia suruh lawan balik. Last-last dia kata, “It’s tendonitis.” sambil mengangguk-ngangguk. Macam memberi persetujuan pada kenyataannya sendiri. “Ibu jari awak kebaskan?” dia tanya pulak. Aku angguk. “That’s because of your saraf jadi kecil, darah tak sampai dekat your thumb. That’s why it became numb.” “ohh..” aku jawab sambil angguk-angguk jugak.

 Ubat diberi untuk dua bulan. Temujanji seterusnya dua bulan lagi. Pastu aku disuruh pergi ke unit rehab untuk set temujanji sesi physiotherapy. Sebulan lagi baru kosong. Hmm, ok lah tu. Aku hantar mesej kat DD. Dia suruh aku cari je info dari internet tentang latihan senaman pesakit tendonitis, buat sendiri kat rumah.

Tapi semalam aku tak tahan menangis jugak bila Asma’ dengan penuh gaya melompat atas kaki aku yang sakit ni. Dah lah sebelum tu memang dah sakit lain macam kat atas ankle ni. Naik balik bengkak yang baru nak surut lepas tiga bulan membusung. Pagi ni pulak, kaki aku yang istimewa ni terpelecok bila terpijak atas lego. Nak dijadikan cerita aku tengah dukung Abdurrahman yang tengah tidur, nak bawak turun. Haa.. amik kau! Jatuh, tapi sempat berpaut. Abdurrahman pun terus tersedar dan berdiri tegak macam patung. Terpinga-pinga bila dia tengok aku dah berkerut-kerut tahan sakit.

Allah! Astaghfirullah. Aku tahu ini kafarah dosa-dosa aku. Aku terima dengan redha ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosa aku. Mesti aku jahat sangat time muda-muda dulu. Inilah yang Allah bagi untuk ringankan beban aku kat akhirat nanti. Alhamdulillah ya Allah.

So, moodnya untuk study hari ni terbang hilang. Sebab bila aku gagahkan juga duduk kat kerusi sambil letak kaki atas bantal kat kerusi depan aku, sakitnya berdenyut-denyut sampai ke lutut. Ubat dah makan. Tidur je lah hari ni. Hahahahahaaaaa! (gelak stres).



Thursday, August 22, 2013

Berpusing-pusing

credit: deviantart.com

Sekarang ni aku tengah sibuk menulis. Haah, nak menyiapkan tesis aku ni laa, apa lagi. Takkan tulis novel kot. Eheh.. Gambarannya: berpusing-pusing. Tengah tulis bab ni, perasan ada point sama dalam bab 1. Pusing pergi bab 1 nak cek, betul tak sama. Kalau tak sama kang naya. Tengah tulis pasal ni, jumpa pulak point baru untuk sokong kenyataan dalam bab 2. Pusing pulak pergi bab 2. Tengah nak kira hasil dapatan, teringat pulak yang terma ni sepatah haram pun tak tau apa maksud dia. Nanti pemeriksa tanya buat gelabah comel kat depan tu kan susah. Pusing pulak cari maksud terma yang pelik lagi memeningkan tu. Kenyataannya: hidup aku tengah berpusing-pusing sekarang ni. Macam dalam gambar kat atas tuh.

Rabbi yassir wa laa tu'assir
Rabbi atmim bil khair.


Friday, August 02, 2013

Huarrgghh... mengantuknya!

Tapi aku tak de lah mengantuk sampai macam ni ha..

credit: blackcantek.com
hehe... kalau ada pun teruk mungkin macam ni jer..

credit: children.webmd.com

Hujung-hujung ramadhan ni..mengantuk sungguhkan. Dah le aku ni memang kaki tido! hahahaha!!!
(gelak stres..)

Ya Allah, hanya Engkau yang tidak mengantuk dan tidak tidur.. Maha Suci Engkau, Ya Allah!
Peliharalah kami.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...