Showing posts with label alhamdulillah. Show all posts
Showing posts with label alhamdulillah. Show all posts

Friday, December 21, 2018

I'm in the spotlight

credit: verywellmind.com


Mak aii...!! Lama bebenor aku tak menulis. Last post 2017. Itu pun ada ke satu ajer.. Huhu..

Apa dah jadi tu bior le. Tak usah dimarah aku.. bukan kalian baca pun blog ni.. haha.. Tempat aku membebel sengsorang ajer. 

Apapun, nak sambung menulis just for my own sake. Hee..

Selalu sangat bila kawan-kawan mengadu diri mereka dalam masalah, aku akan cakap: you're in the spotlight now. 

Dan sekarang.. aku dalam spotlight itu. 

Ya.. dan aku bersyukur sangat sebab terasa kasih sayang Ya Rahman Ya Raheem mengalir setiap saat aku mengadu pada Dia. 

Well, I'm not gonna share with you all my sorrows, but just enough fact to let you know that the more test He gave us, the more love we will find within the strength that He provides. The more you weep and ask for solutions, the more you will see the lights on you are really His sign of love. To make you realize there's none other existence.. other than Him. 

Allahu akbar!



Wednesday, April 12, 2017

Alhamdulillah!!


ALhamdulillah.. thumma alhamdulillah.. thumma alhamdulillah!!

Segala puji bagi Allah Ya Rahman Ya Rahiim.. atas segala nikmat yang Kau kurniakan buatku.. Ya Fattah Ya Razzak Ya Wahhab!

Ma sha Allah! Haa za min fadhli Rabbii...

Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Thursday, July 09, 2015

Laylah alQadr

Hehee.... .lama tak nampak ek..
Heheeee... alhamdulillah..sihat lagi saya ni pun..
Selamat mengejar mencari memburu..and all those related to finding the nite of thousand months..
May Allah bless.

Taqabbalallahu minna wa minkum.

Thursday, April 03, 2014

4 conditions NOT to be a LOSER!! - Must see!!



Ma shaa Allah! This great video has been there for a while but I just saw it. Alhamdulillah! It's really a must-see! Wanting not to be a loser? Go ahead, watch this. And don't forget to watch part 2 and 3 as well. :)

Ya Allah, grant us those 4 qualities, make us have those, ya Allah! Amin!

Thursday, October 10, 2013

To panic or not to panic..

credit: sheraloveallah.blogspot

Alhamdulillah..at this point, I'm still sane..far from being insane..
I can still breath normally and I can still smile.

Even though I just found out that the latest updates for my thesis..the file has no where to be found. Each and every single files in the folder (including the ones in the dropbox) are not the one that I edited last week! (Yeah.. last week.. this whole week I haven't open my lappy even once. Asma' dearie has been sick..)

Alhamdulillah, Ya Allah.. 'cause I'm still have my sanity.

Rabbi yassir walaa tu'assir.. :)

Wednesday, September 18, 2013

Strong..err.. stronger?

credit: morethansayings.blogspot

Today I met a friend who taught me this: you are stronger than you think.
Alhamdulillah.. thank you my dear friend. May Allah bless you your whole life. Amin.


Wednesday, July 17, 2013

Alhamdulillah..Thank you Allah

Credit: roadtojannah

I need to jot this down so that I will remember not to quit any time I think about it.

I would like to say Alhamdulillah, thank you Allah for giving me this second chance. My life is full of second chances.. from birth 'till now. And I'm grateful for those chances You spared for me.



I would also like to say thank you to Prof. Wahab of KICT for asking me whether I need any help or not from the department. I know you called me in because it is your duty, but I believe you asked me the final question out of your great personality.

You could just dismiss me by the regular "all the best" wishes, but you opened another door for me by just asking what I need from the department (which I have been saying all these while but no one heard). I thank you and pray that Allah ease you all the way with His endless mercy. *You don't know how much it means to me*


ALHAMDULILLAH!


Tuesday, January 15, 2013

Student Colloquium 2012

Posterku..heheh..

Dalam hidup kita ni sentiasa ada perkara baru yang kita nak cuba kan? Aku pun gitu jugak. Tahun 2011, aku saja masuk (REPEAT: SAJA MASUK) postgrad student colloquium yang dianjurkan oleh kulliyyah aku. Alasannya, nanti dah habis study tak pernah merasa buat poster presentation. Kalau orang mintak pendapat, tak reti nak bagi pendapat sebab tak pernah masuk. Jadi, fikir-fikir, tak apalah, join lah sekali ni. Buat main-main, dapat silver medal untuk kategori department LIS. Alhamdulillah.

Tahun 2012, dipaksa masuk program yang sama bagi tahun tersebut. Semua pelajar wajib katanya. Aku tanya balik: wajib - wajib ke? Atau wajib - sunat? Heheh.. sebab ada je pelajar yang tak join.. ok je.. tak kena apa-apa tindakan pun. Dengan berat hati aku buat poster dan artikel. Dah la lepas date due. Poster pun print sendiri sebab dah lambat sangat. Bayar pun waktu registration hari colloquium tu. Macam tahun sebelumnya, aku balik awal. Tak tunggu hingga ke akhir rancangan sebab nak cepat ambil Abdurrahman dan Asma'.

Dini tanya: "Kak, kalo nanti nama akak dipanggil untuk gold gimana?"
Aku: "Alaa, Dini naik je la atas stage ambikkan untuk akak," aku menjawab sambil tersengih-sengih.

Aku faham yang pelajar PhD tahun satu itu mengusik aku. Dini yang berasal dari Bandung, Indonesia itu faham yang aku juga hanya berseloroh dengannya.

Khamis berikutnya, aku terserempak dengan Dini waktu nak ke bilik Prof. Beria-ria dia meminta maaf dariku. Katanya dia malu untuk naik ke pentas. Hehe.. ha'ah, alhamdulillah, aku dapat emas untuk poster presentation tempoh hari.

Ya Allah, syukur aku atas limpahan rahmat Mu. Lindungi kami dan bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai. Bahkan sungguh benar firmanMu:


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Ibrahim: 7)


Silver for 2011, Gold for 2012.. Alhamdulillah.


Friday, July 27, 2012

Salam Ramadhan


Selamat berpuasa dan selamat beribadah pada semua! Alhamdulillah! Ramadhan datang lagi. Doa kita semoga Ramadhan kita tahun ni lebih baik deri tahun-tahun sudah, insya Allah.

Tahun ni dapat tarawih kat masjid UIA. Best, sebab pihak masjid ada sediakan children center. Jadi, hantar Abdurrahman dan Asma' kat situ. Dapat focus pada solat. Takde lah bimbang pasal diorang. Alhamdulillah..

Kat sini saya nak mintak maaf pada semua. apa-apa yang terlebih terkurang tu mintak halalkan.
semoga ibadah kita menjadikan kita hamba Allah yang lebih bertawqa, amin.

Selamat memburu lailatul qadar.. selamat menyambut syawal yang bakal tiba.
Doakan saya sekeluarga aman bahagia dan bertaqwa sentiasa. :)

salam sayang,
iza.
1433H.


Wednesday, October 06, 2010

Alahai anak Umi..
Abdurrahman dah 7 bulan. Alhamdulillah sihat dan ceria selalu. Waktu menangisnya cuma waktu lapar, mengantuk atau sakit sahaja. Waktu-waktu lain maintain cool. Ehehehe.. Alhamdulillah.. Senang Umi nak jaga. Cuma lately ni berubah sikit perangai Abdurrahman. Manjanya lebih lagi. Rengeknya pun panjang sikit. Entah kenapa tiba-tiba jadi gitu. Orang kata perangai nak dapat adik. Ehe..
Itu lah pasalnya kot. Abdurrahman dah besar.. nak jadi Abang Long tu. Apa pun, aku bersyukur kerana Kau menganugerahkan aku dengan kebahagiaan ini. Alhamdulillah.. Cuma study sekarang sikit goyang la.. erkk... sapo nak tolong makcik ni ha?? Taim tak ado budak nak kacau ekau main-main. Sekarang ekau raso la.. mano nak jago anak laie, nak bukak buku laie.. alahai anak Umi..
Inna maal 'usri yusra. Rabbi yassir wa la tu'assir!
Alhamdulillah ya Allah!!

Sunday, April 04, 2010




Anugerah Tak Ternilai

Last entry tahun lepas. Hampir setahun aku tak mengupdate blog ni. Cewah.. macam busy bebenor la kununnya. Sibuk sangat tu tidaklah. Tapi Allah dah beri aku satu kurniaan yang tak terucap kesyukuran aku padanya. Sebab terlalu tinggi anugerah ni, bukan calang-calang orang Allah berikan harta sebegini berharga.. kan..kan..

Alhamdulillah, putera sulung aku lahir lebih kurang pukul 3.37 petang (kalau ikut rekod Pusrawi la) pada 12 Rabi'ul Awal 1431 Hijrah. Sudahla Allah izinkan aku bersalin secara normal, dapat pula pada hari Jumaat dan Maulidur Rasul. Tu yang tambah kesyukuran aku tu.

Kelahiran Abdurrahman disaksikan sendiri oleh Mama dan Abg. Mula-mula Mama seorang yang masuk, tapi Dr. Marsita yang baik hati insist panggil Abg masuk sekali. Waktu dia suruh nurse panggil Abg aku dah takut.. takut Abg yang pengsan! Hehe.. Alhamdulillah, 3 kali push Abdurrahman keluar sambil diazankan terus oleh Abg. Dr. Marsita kata, "bila I kata azan je, you azan," dia bagi arahan pada Abg. Abg pulak azan tersasul-sasul sebab sebaknya dia nampak Abdurrahman keluar. Mama pulak menangis tengok cucu lelaki sulung dia. Aku jugak yang maintain ceria.. cewah!

Apapun, hari ni dah 37 hari usia Abdurrahman. Aku tak putus-putus bersyukur atas segala kemudahan yang Allah kurniakan pada aku. 13 tahun aku honeymoon dengan Abg, sekarang mula sesi mujahadah dan tarbiah bersama si kecil Abdurrahman. Aku panjatkan doa agar Allah mudahkan setiap langkah aku bersama Abg dan Abdurrahman selepas ini. Semoga hidup kami lebih diberkati olehNya.

Aku mohon juga untuk tidak zalim atas amanah Allah ini. Juga tidak lagha melupakan harta yang sebenarnya. Maksud firman Allah dalam surah alKahfi ayat 46, "Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan."

Ya Allah, Ya Rabbi, yassir wa la tu 'assir Ya Kareem, Rabbi tammim bil khair!

Monday, May 04, 2009


Makcik oh Makcik

Alhamdulillah, hari ni hari ulangtahun aku yang ke 34. Wahh.. banyak tul nombor tuh. Kalau dicampur jadi tujuh. Banyaklah kiranya! Kalau ikut kata Zam, aku ni kategori remaja purba. Eheh..

Maka dengan rasminya hari ni aku kena mula biasakan diri aku untuk menerima panggilan bagi remaja-remaja purba ni la kot. Dua tiga bulan lepas pun dah mula, tapi aku tak reti-reti bahasa orang tu panggil aku. Eheh..

Semalam, singgah nak beli air. Turun-turun je kereta budak jaga gerai tu tanya, "Nak air apa makcik?". Minggu lepas kat masjid lepas solat Maghrib, seorang budak perempuan tanya, "Makcik, kat mana tempat wudhu' perempuan?". Bulan lepas, cashier kat Giant tanya aku, "Yang tu kira sekali ke Makcik?" sambil tangan dia tunjuk barang-barang aku yang letaknya agak jauh sikit dari group yang memula tuh.

Lepas tu, generasi-generasi baya Mak aku pun dah mula panggil aku 'adik'. Dan membahasakan diri mereka 'kakak' instead of 'makcik'. Hehe..aku dah berevolusi dengan nyata. Tahniah, Iza! :)

Anyway, aku sejak dari dulu suka bila meningkat umur. Sekarang lebih-lebih lagi. Sebab aku selalu bayangkan aku mati waktu lebih muda dari sekarang. Mau tidaknya, waktu tadika dah sebulan duduk di wad hospital. Lepas tu dua minggu sekali ada appointment dengan doktor di Hospital Universiti. Sampailah aku berpindah ke Kuantan, baru stop jumpa doktor. Korang bayangkanlah betapa lamanya dok ulang pi hospital tu. Tapi tak bermakna sakit aku hilang 'begitu saja..oohh' (nyanyi macam lagu Gardenia tu..).

Jadi dengan bertambahnya umur aku, bermaksud Allah kurniakan aku kesempatan lagi hidup di dunia fana ni. Alhamdulillah! Ada la jugak masa untuk aku balas sikit sebanyak kasih sayang Mak Ayah aku jaga aku time aku sakit. Ada jugak masa Allah kurniakan untuk aku rasa kasih sayang seorang suami. Ada jugak masa untuk aku rasa jadi hamba Allah yang kudus depan rumah suciNya itu. Alhamdulillah! Tak terucap syukur yang sebenarnya.. hanya Allah yang tahu macamana aku rasa dengan segala nikmat kurniaan Nya itu.

Juga kat sini aku nak ucap terima kasih buat semua yang ingat dan sudi mendoakan rahmat Allah buat aku. Terima kasih semua, hanya Allah yang balas doa kalian.

Makcik dah beremosi ni. Tak baik untuk penulisan.. heheh.. so, makcik kena stop dulu. Nanti tak cool plak membebel tengah-tengah hari ni.



"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)" (maksud surah Al-Ahqaaf ayat 15).

Ya Allah, terimalah doaku ini, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.Amin ya Rabb!

Thursday, April 30, 2009

Alhamdulillah!



Selesai lagi satu cerita. Training kali ni best sebab Alhamdulillah aku dapat gain even more confidence dan belajar banyak dari semua yang berlaku. Harapannya semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama. Thank you CPS for inviting me. Credit to Brother Titov sebab introduce aku kat CPS. Jazakallahu khair!

Ya Allah, jadikan aku asbab untuk orang lain mendapat hidayah! Amin..


Friday, January 16, 2009




Alhamdulillahh!!
Alhamdulillah.. musim haji baru ni aku dan Abg terpilih dan dijemput Allah untuk bersama-sama 2.5 juta umat Muhammad yang lain ke tanah suci untuk mengerjakan rukun Islam yang kelima. Tak ada perkataan lain yang boleh aku gambarkan betapa seronoknya aku dan betapa gembiranya aku melainkan Alhamdulillahh!! Ya Allah!!

Gambar kat atas ni gambar kami ni depan Gua Hira', di atas Bukit Cahaya (Jabal Nur) setinggi 2,500 kaki. Tak ramai orang Malaysia yang naik. Waktu kami pergi tu pun cuma kami berempat jer. Alhamdulillah, aku sampai di tempat wahyu pertama turun ni buat kali kedua. Kali pertama 17 tahun dulu. Alhamdulillah, Allah izinkan juga aku sampai ke puncak. Maklumler.. dah berumur ni lain sikit tenaganya.

Selama 44 hari di kota suci Makkah dan Madinah, banyak mengajar aku tentang erti kehidupan dan kematian. Selama berkampung dengan keluarga baru, aku jadi lebih arif tentang ciptaan Allah bernama manusia. Selama terpisah dari Abg 44 hari, menjadikan aku lebih menghargai hubungan kami. Malah aku rasa ibadah haji ini seakan menjadi bulan madu yang termanis di penghujungnya. Rindu pada kasih sayang Abg dalam kebesaran dan keagungan Allah di tanah berkat. Hasil mawaddah dan rahmah yang dikurniakanNya dalam mencari mardhatillah.

Bila pulang ke tanahair, rindu pula pada sibuk sesak tanah haram. Bukan sesak dengan kenderaan tapi dengan manusia. Waktu pulang dari masjid alHaram lepas solat Isya', kami berjalan macam bermain..setapak, setapak,setapak.. berhenti. Hinggalah sampai di depan pintu hotel. Ramainya umat Muhammad Allah saja yang tahu bilangan sebenarnya.

Waktu di Madinah, musim sejuk sudah nak berakhir. Tapi dingin subuhnya masih menggigit hingga ke tulang. Ramai yang berselimut ke masjid. Aku sendiri yang jarang berbaju panas mengenakan jaket tebal. Anginnya begitu dingin, kalau lama-lama pipi pun rasa kebas macam nak beku.

Paling bahagia di Padang Arafah. Bilamana kita tahu segala ratapan dan bisikan hati didengari Yang Maha Esa. Bilamana kita sedar hadiah teragung adalah kembali suci seperti bayi dilahirkan. Bilamana kita pilih untuk kembali kepada fitrah. Ya Allah! Kau tetapkanlah iman kami seperti di hari Arafah. La tuzigh quluubana ba'da izhadaitana. Wa hablana min ladunka rahmah. Ya Rabb!

Ya Allah, izinkan aku kembali ke tanah suciMu lagi Ya Allah! Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...