Showing posts with label cara hidup. Show all posts
Showing posts with label cara hidup. Show all posts

Wednesday, April 12, 2017

Alhamdulillah!!


ALhamdulillah.. thumma alhamdulillah.. thumma alhamdulillah!!

Segala puji bagi Allah Ya Rahman Ya Rahiim.. atas segala nikmat yang Kau kurniakan buatku.. Ya Fattah Ya Razzak Ya Wahhab!

Ma sha Allah! Haa za min fadhli Rabbii...

Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Wednesday, August 26, 2015

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Bulan Ogos setiap tahun kalau di Malaysia ni, rata-rata orang akan sambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia.. ada tahun meriah, ada tahun sambutannua macam dingin je. Ada satu tahun dulu aku ingat, waktu tu tahun 1998 or 1999.. tak ingat sangat.. meriah giler! Kalau berhenti kat lampu isyarat kita boleh tengok hampir semua kereta, motor, bas, lori..semuanya pasang bendera kat kenderaan masing-masing. Bangunan meriah dengan bendera. Jalan-jalan lagilah.

Tapi sejak kebelakangannya ni macam dingin je..

Kenapa, ek?


Selamat menyambut hari kemerdekaan tahun 2015. Semoga Allah selamatkan Malaysia dan umat Islam seluruhnya.

Thursday, April 03, 2014

4 conditions NOT to be a LOSER!! - Must see!!



Ma shaa Allah! This great video has been there for a while but I just saw it. Alhamdulillah! It's really a must-see! Wanting not to be a loser? Go ahead, watch this. And don't forget to watch part 2 and 3 as well. :)

Ya Allah, grant us those 4 qualities, make us have those, ya Allah! Amin!

Thursday, February 20, 2014

Hidupkan hatimu, hidupkan dirimu!

Kredit: marimembacasayangku.blogspot.com

Kat Malaysia ni siapa yang tak kenal Upin dan Ipin. Semua orang kenal. Well, kalau ada yang tak kenal pun, mungkin sebab dia terlalu khusyuk dan tawaddhu' dalam apa yang dia buat. Kalau tak, mesti kenal punya lah.. merata-rata ada. Bersepah-sepah.

Upin dan Ipin ni kan, karakter dia sangat bagus untuk dijadikan motivasi bagi orang-orang tua macam aku ni la. Cuba tengok, si kembar berdua ni sentiasa bersemangat. Sentiasa nak ambil tahu dan sentiasa cuba mengambil tahu. ("Ambil tahu", baca= belajar) Dek mereka ni sentiasa rajin belajar, hati mereka selalu hidup. Sebab ada perkara baru dalam kotak pengetahuan mereka. Jadi, semangat tu timbul untuk terus meneroka alam yang serba luas ni.

Alaa, macam kita jugak. Kalau ada periuk baru, semangat sikit nak masak. Kalau dapat resepi baru, semangat sikit nak cuba. Kalau dapat kasut baru, rajin sikit jalan-jalan. Kalau ada perabot baru, rumah tu asyik berkemas je lah jawabnya. Nampak tak? Semangat tu datang bila ada perkara baru. Hati kita terus hidup! Jiwa kita berkobar-kobar! Tidur malam pun tak berapa lena dek memikirkan perkara baru tu.

Masya Allah, mudahnya Allah jadikan semangat kita berkobar-kobar. Cuma dengan satu perkara baru je kita dah semangat nak hidup. Semangat nak buat itu dan ini. Jadi, tunggu apa lagi, itulah kuncinya! Nak hidupkan hati dan jiwa kita, senang je: tambah satu perkara baru dalam kotak pengetahuan kita. Belajarlah, apa lagi?

Bila kita belajar, kita dapat tahu perkara baru. Kadang-kadang kita teringat balik perkara lama. Kadang-kadang kita dapat betulkan tanggapan yang salah, yang dah laaaaamaaaa kita pegang. Ilmu yang baru ni dapat jadikan kita gembira, ceria dan bermotivasi. Especially bila ilmu itu dapat mendekatkan kita dengan Rabbul Jalil. Bukankah Allah dah bagitau rahsia hati tenang jiwa gumbira? Dalam surah arRa'd, sebahagian dari ayat 28, Allah berfirman yang bermaksud:
"Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."

So, tunggu apa lagi, jom belajar! Dengan ilmu juga Allah angkat darjat seseorang tu. Dalam sebuah riwayat, dari hadis sahih Muslim (jil.2 no. 783),
Dari 'Amir bin Watsilah r.a., katanya: "Bahwasanya Nafi' bin 'Abdul Harits, pada suatu ketika bertemu dengan Khalifah 'Umar di 'Usfan. Ketika itu Nafi' bertugas sebagai pejabat di kota Mekah. 'Umar bertanya kepada Nafi', "Siapa yang anda angkat menjadi Kepala bagi penduduk Wadi?" Jawab Nafi', "Ibnu Abza." Tanya 'Umar. "Siapa itu Ibnu Abza?" Jawab Nafi', "Salah seorang maula (budak yang telah dimerdekakan) di antara beberapa maula kita." Tanya 'Umar, "Kenapa maula yang diangkat?" Jawab Nafi', "Kerana dia seorang ahli mengenai Kitabullah dan alim tentang Ilmu Faraid (ilmu tentang pembagian pusaka)." Kata 'Umar, "Benar! Nabi saw. pernah bersabda, bahawasanya Allah akan memuliakan suatu kaum dengan Kitab ini (Al Qur'an), dan menghinakan yang lain."
sumber: sini


Ya Allah, Ya Rabbana, zidna ilman naa'fi'aa wa 'amalan mutaqobbala.
Wahai Allah, wahai tuhan kami, kurniakan kami ilmu yang bermanfaat dan amalan yang diterima.

Amin, amin ya Rabbal 'aalamin.. 

Tuesday, February 18, 2014

Schools kill creativity

www.ted.com


A TED presentation. A talk given by Sir Ken Robinson. 
Interesting. He is absolutely right about the hierarchy. 
I am a late bloomer. And I was forced to accept the way this system works. 
Ikut jugak la. But with a huge block in my mind. Hmm..

To my kids it's a totally different way. 
Hopefully it is more barokah!

To watch this inspiring talk, click here: How schools kill creativity.

Subhanallahi wa bihamdihi
Subhanallahil 'azeem..


Wednesday, October 02, 2013

Where does your money go when you die?



Where Does Your Money Go When You Die? from High Rank Websites

Menarik presentation kat atas ni. Tapi yer lah, itu ikut cara mereka. Kalau ikut Islam caranya lain pulak.
Wasiat di utamakan. Kalau tak ada wasiat, sistem pembahagian mengikut faraid akan dijalankan oleh orang yang beramanah. Bukan semua harta itu dibahagikan pada waris yang tinggal. Hutang si mati akan dilunaskan dulu. Mula-mula hutang dengan Allah. Lepas tu hutang dengan manusia. Kemudian tengok pulak ada pasangannya yang hidup ke tak? Kalau ada biasanya harta sepencariannya akan diberikan haknya. Lepas tu barulah diberi mengikut pembahagian faraid. Ada juga bahagian untuk umat Islam.. tapi tak berapa ingat. Kalau nak tahu lebih lanjut, silalah menuntut dari yang arif ya. Buku Ustaz Ghazali pun ok juga. Kat bawah ni ada contoh-contoh buku tentang faraid.

1) Hukum Harta Pusaka Dan Ilmu Faraid - Prof Dr Wahbah Zuhaili & Syaikh Muhammad Ali Shabuni, Pustaka Azhar, RM18.00
2) Urus Harta Sebelum Mati - Ustaz Md Ghazali Ibrahim, Must Read, RM20.00
3) Bahagi Biar Adil: Mempelajari Konsep Ilmu Faraid Dan Kaedah Dalam Pembahagian Pusaka - Md Ghazali Ibrahim, Must Read, RM18.00
4) Bagaimana Mengurus Harta Pusaka - Mohd. Fitri Abdul Rahma, PTS, RM19.00

senarai ni datang dari sini.

Tapi yang terbaik buatlah wasiat. Supaya roh kita tak terseksa tunggu waris selesaikan apa yang patut. 

Tuesday, October 09, 2012

Jihad yang besar



Sekarang ni kita kalah dengan orang kafir. Cara hidup kita banyak dipengaruhi mereka. Tapi kita buat-buat tak sedar. Kita lebih selesa dengar lagu dari dengar alunan ayat-ayat suci al-Qur'an. Kita lebih cepat menyanyi untuk hilangkan letih dari berzikir menenangkan hati. Kita lebih cepat ingat manusia dari ingat Allah bila susah. Kita lebih senang buka TV atau facebook untuk hiburan dari buka alQur'an.

Ya Allah.. Engkau dah beri amaran jangan ikut orang kafir. Tapi kami tetap ikut. Sudahnya kami sendiri yang sombong bila masalah berlaku. Tak mengaku kesilapan diri. Ya Allah, kuatkan hati kami untuk berjihad atas orang kafir dan cara hidup mereka! JAuhkan kami dari terus ikut jalan mereka. Blog ni pun mereka punya! Lemahnya kami, Ya Allah.. :(


Tuesday, February 06, 2007

The vain game

credit: as above

Permainan Yang Sia-sia

Masyarakat manusia di mana-mana juga sekarang ni selalu berhadapan dengan stres. Tekanan. Hmm, mungkin bukan sekarang saja, dari dulu lagi. Dari waktu mula-mula Nabi Adam alaihi salam diciptakan.

Dengan pernyataan stres itu, maka ramai pulalah cuba mencipta sesuatu agar hidup ini tidak terlalu stres. Diciptakannya segala macam bentuk hiburan agar hidup ini lebih 'selesa' dan 'tidak sia-sia'. Juga dibina segala macam tempat untuk menghilangkan stres dengan segala macam kelengkapan. Walhal, apa yang diperolehi adalah bertambahnya tekanan itu.

Allah mengingatkan kita dalam firmanNya dalam surah alAn'am ayat 32:

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"

Lebih dari selalu kita lihat orang menganggap ubat itu siksaan. Lebih dari biasa juga kita saksikan orang mengambil sesuatu yang sia-sia itu sebagai penawar. Ada yang mendapat sedikit petunjuk berkenaan yang mana ubat dan yang mana sia-sia. Namun, oleh kerana ketiadaan hidayah, usaha murni hanya tinggal sebagai jasa baik.

Contohnya macam Mother Teresa dan Jane Addams. Hidup mereka penuh dengan jasa baik. Kerja amal yang mereka buat melebihi daya upaya mereka sendiri. Sanggup meninggalkan kesenangan sendiri demi kepentingan orang lain. Tidak langsung kehidupan mereka memikirkan stres tentang diri sendiri, tetapi memikirkan musibah yang mungkin menimpa orang lain jika mereka tidak ditolong. Lalu kehidupan mereka diabdikan untuk membantu meringankan beban yang lain.

Jane, misalnya terlalu obses dengan kerja amalnya, hingga mendapat hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1931. Antara kata-katanya yang masyhur ialah "“You do not know what life means when all the difficulties are removed! I am simply smothered and sickened with advantages. It is like eating a sweet dessert the first thing in the morning.”

Namun, usaha mereka tinggal usaha yang tidak mampu membantu mereka di alam berikutnya. Hanya kerana tiada hidayah dari Allah. Bagi kita yang telah mendapat hidayah, kurang pula jasa baiknya. Atau mungkin kerana selesa memikirkan hidayah yang telah dikurniakan? Awas, ia mungkin lenyap jika tidak dijaga! Seperti meruapnya air ditengah panas.

Ya Allah, ramai sungguh di antara kami yang terlalai dan dilalaikan. Kau berikanlah kami taufik dan hidayahMu Ya Rabbi. Dan bantulah kami menjaganya.. amin.

Friday, August 04, 2006

Jika Benar Cinta Itu Buta, Butakan Mataku..



Kalau korang pernah dengar tajuk entry aku kali ni, mesti korang dapat relatekan tajuk ni dengan sebaris lagu tak lama dulu. Tajuk lagu tu apa aku pun tak tau, tapi sebaris bait nya begitulah. Cuma bukan "butakan" tapi "butakah".

Aku ingin sekali Ya Allah, mencintaiMu seluruh jiwaku. Maka jika benar cinta itu buta, butakanlah mataku, agar apa yang aku lihat hanyalah keesaanMu. Agar apa yang aku rasa hanyalah kasih sayang Mu yang Maha Agung. Agar apa yang aku fikirkan hanya kerinduanku terhadap kewujudanMu di dunia fana ini.

Ini sambungan keikhlasan yang aku bincangkan sebelum ni. Sejauh mana kita ikhlas dalam beribadah kepada Allah? Adakah hanya kerana menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam, atau takut dipandang orang, atau sememangnya kita rindu untuk kembali menemui Allah yang Esa?

Ramai yang berpendapat, untuk apa ibadah habis-habisan hari ini, kalau esok terjun ke lembah maksiat. Bukan aku yang cakap tu, tapi seorang hos yang mengemukakan pendapat kawannya dalam suatu rancangan MHI. Tapi ayat dia lebih kurang gini: buat apa buat baik hari ini kalau esok lusa buat jahat.

Ustaz jemputan dari UIA jawab: mesti ada something wrong somewhere pada keikhlasannya semasa berbuat baik (ibadah) tu. Jadinya, kebaikannya itu tak dapat nak diteruskan oleh kerana ada niat lain pada urusan baiknya itu.

Ramai yang begitu. Kita tolong orang hari ini dengan harapan kita akan ditolong pula oleh orang lain di waktu lain. Buktinya? Alaa.. kan biasa orang sebut, hari ni hari kau.. esok lusa hari aku pulak. Bila aku susah, kau tolong la aku.

Bila orang lain tak tolong kita waktu kita susah, nah, disitu pintu kejahatan mula terbuka. Kita rasa marah pada orang lain. Kita kecewa. Kita rasa tidak dipedulikan. Kita rasa tidak dihargai. Ya Allah, lemahnya kita!

Sebab itulah, bagi aku, jika benar cinta itu buta, Ya Allah, Kau butakanlah mataku dari melihat selain dari keEsaan dan keAgungan rahmatMu.

----------------------------
Doa aku kali ini:

Ya Allah YaTuhanku,

Aku hambaMu yang sangat kerdil. Tiada upaya menghalang kesakitan dan kesedihan diri sendiri apatah lagi kesakitan dan kesedihan hambaMu yang lain. Yang dapat aku curahkan hanyalah doaku, agar Engkau, Ya Allah, Tuhan sekalian alam, dapat melemahkan musuh-musuh Islam, dan selamatkanlah saudara-saudaraku dibumi Palestin dan Lubnan, serta seluruh umat Islam dibumi ini.

Wa sallallahu 'alaihi wa salam.

Amin, ya Rabbal a'lamin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...