Showing posts with label bayi. Show all posts
Showing posts with label bayi. Show all posts

Tuesday, March 05, 2013

Masha Allah, sedapnya..!!


Ini.. Halawah Tahiniah perisa kacang hazel

campur

kopi panas kosong (aku amik kopi KFC Abg tak minunn..)

JADI SEDAAAPPP!!!!

Alhamdulillah! 

Sebenarnya ini petua dari Mama Iman, untuk tambah susu badan. Lately ni susu kurang. Asma'  menyusu lagi tapi susu tak kurang..  Mungkin sebab stress.. AAHAHAHA.. banyakla stress! Tapi Mama Iman soh tambah susu, bukan kopi! eheheee....

Ya Allah, ikfinaa bihalaalika 'an haraamik!



Saturday, June 05, 2010

Labbaikallahumma labbaikk!!

Alhamdulillah! Seruan Mu kami jawab Ya Allah! Selesai umrah 2010 aku bersama Abg, Abdurrahman, Mama dan Abah. Ternyata rahmat Allah mencurah-curah bila pergi menunaikan umrah dengan si kecik Abdurrahman. Paling best, aku tak penat sebab tawaf dan sa'ie. Mana tidaknya, Abg yang berpeluh-peluh menolak aku dan Abdurrahman yang duduk atas kerusi roda! Eheh! Jazakallah Abg!

Sebelum pergi tu risau juga. Ye lah, dah le pertama kali nak bawak baby, musim panas pulak tu. Puas aku merayau dalam Internet, cari maklumat. Susah juga. Tak ramai yang pergi bawa bayi seawal 3 bulan. Kalau ada pun, tak ada didokumentasikan kisah perjalanan mereka. Ada seorang dua yang bercerita tentang umrah mereka dengan bayi 6 bulan ke atas. Ok lah jugak, boleh aku buat panduan.

Atas dasar tu, aku nak menulis tentang perjalanan kami. Dari persiapan, hinggalah pulang ke rumah. Moga-moga boleh jadi panduan bagi sesiapa yang nak ke tanah suci bawa bayi 3 bulan.. hehe. Kalau sesiapa yang nak linkkan tulisan ni pun boleh, aku beri kebenaran. Aku dah tag kan dengan tag-tag yang sesuai. Harapnya membantu especially kaum ibu yang banyak kena buat preparation.

Sebelum tu, aku nak panjatkan lagi kesyukuran aku banyak-banyak! Alhamdulillah Ya Allah! Atas jemputanMu kami datang, atas izinMu kami bermukim di tanah suci, atas kurniaMu kami bermunajat memohon ampun dariMu dan atas kasih sayangMu jualah kami menunggu syafa'at nabiMu. Ya Allah, jangan jadikan umrah dan ziarah kami ini umrah dan ziarah yang terakhir. Bahagiakan kami dengan jemputanMu setiap tahun, ya Allah! Rezekikan kami untuk terus mengunjungi Baitullah dan Masjid Nabawi! Amin , Ya Rabb.

Aku tahu Abdurrahman suka dapat ke Mekah. Aku laaagi suka!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...