Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Friday, March 07, 2014

Petua hilang stres


credit: concierge.com
Ya adik-adik, soalan kita minggu ni ialah..:

Apa nak buat bila banyak kerja?

A: Buat kerja

B: Buat tak tau...


AAAAhahahahahahahahaaa.... aku stres..!

kredit:rosesandthorn.blogspot.com

kredit: dapuradeqmah.blogspot.com
kredit: imaizz.blogspot.com
Rabbi yassir wa laa tu'assir!

Monday, February 24, 2014

Top 5 signs you are too long being a student on campus

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

OK, quick jots for today. 

Top 5 signs you are too long being a student on campus. (Waaaayyy too long!)


Drum roll, please..


5. Undergrads giving you salaam. They thought you are one of the lecturers.


4. The cleaners know you from the sound of your cough.


3. You don't have to order your drinks, the girl behind the counter knows your 'usual'.


2. The same question you keep receiving from colleagues: "So, you're writing your final draft?"


1. Your supervisor do not feel guilty cancelling your appointment and simply replacing one for next week.


=)


Hasbi Allahu nikmal wakeel.
Inna Rabbi 'ala kulli syai in hafeedz.


Thursday, February 20, 2014

Hidupkan hatimu, hidupkan dirimu!

Kredit: marimembacasayangku.blogspot.com

Kat Malaysia ni siapa yang tak kenal Upin dan Ipin. Semua orang kenal. Well, kalau ada yang tak kenal pun, mungkin sebab dia terlalu khusyuk dan tawaddhu' dalam apa yang dia buat. Kalau tak, mesti kenal punya lah.. merata-rata ada. Bersepah-sepah.

Upin dan Ipin ni kan, karakter dia sangat bagus untuk dijadikan motivasi bagi orang-orang tua macam aku ni la. Cuba tengok, si kembar berdua ni sentiasa bersemangat. Sentiasa nak ambil tahu dan sentiasa cuba mengambil tahu. ("Ambil tahu", baca= belajar) Dek mereka ni sentiasa rajin belajar, hati mereka selalu hidup. Sebab ada perkara baru dalam kotak pengetahuan mereka. Jadi, semangat tu timbul untuk terus meneroka alam yang serba luas ni.

Alaa, macam kita jugak. Kalau ada periuk baru, semangat sikit nak masak. Kalau dapat resepi baru, semangat sikit nak cuba. Kalau dapat kasut baru, rajin sikit jalan-jalan. Kalau ada perabot baru, rumah tu asyik berkemas je lah jawabnya. Nampak tak? Semangat tu datang bila ada perkara baru. Hati kita terus hidup! Jiwa kita berkobar-kobar! Tidur malam pun tak berapa lena dek memikirkan perkara baru tu.

Masya Allah, mudahnya Allah jadikan semangat kita berkobar-kobar. Cuma dengan satu perkara baru je kita dah semangat nak hidup. Semangat nak buat itu dan ini. Jadi, tunggu apa lagi, itulah kuncinya! Nak hidupkan hati dan jiwa kita, senang je: tambah satu perkara baru dalam kotak pengetahuan kita. Belajarlah, apa lagi?

Bila kita belajar, kita dapat tahu perkara baru. Kadang-kadang kita teringat balik perkara lama. Kadang-kadang kita dapat betulkan tanggapan yang salah, yang dah laaaaamaaaa kita pegang. Ilmu yang baru ni dapat jadikan kita gembira, ceria dan bermotivasi. Especially bila ilmu itu dapat mendekatkan kita dengan Rabbul Jalil. Bukankah Allah dah bagitau rahsia hati tenang jiwa gumbira? Dalam surah arRa'd, sebahagian dari ayat 28, Allah berfirman yang bermaksud:
"Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."

So, tunggu apa lagi, jom belajar! Dengan ilmu juga Allah angkat darjat seseorang tu. Dalam sebuah riwayat, dari hadis sahih Muslim (jil.2 no. 783),
Dari 'Amir bin Watsilah r.a., katanya: "Bahwasanya Nafi' bin 'Abdul Harits, pada suatu ketika bertemu dengan Khalifah 'Umar di 'Usfan. Ketika itu Nafi' bertugas sebagai pejabat di kota Mekah. 'Umar bertanya kepada Nafi', "Siapa yang anda angkat menjadi Kepala bagi penduduk Wadi?" Jawab Nafi', "Ibnu Abza." Tanya 'Umar. "Siapa itu Ibnu Abza?" Jawab Nafi', "Salah seorang maula (budak yang telah dimerdekakan) di antara beberapa maula kita." Tanya 'Umar, "Kenapa maula yang diangkat?" Jawab Nafi', "Kerana dia seorang ahli mengenai Kitabullah dan alim tentang Ilmu Faraid (ilmu tentang pembagian pusaka)." Kata 'Umar, "Benar! Nabi saw. pernah bersabda, bahawasanya Allah akan memuliakan suatu kaum dengan Kitab ini (Al Qur'an), dan menghinakan yang lain."
sumber: sini


Ya Allah, Ya Rabbana, zidna ilman naa'fi'aa wa 'amalan mutaqobbala.
Wahai Allah, wahai tuhan kami, kurniakan kami ilmu yang bermanfaat dan amalan yang diterima.

Amin, amin ya Rabbal 'aalamin.. 

Wednesday, February 05, 2014

To be or not to be


"MASTER YOUR WILL! 
Do you want to work hard or not?"

Itu intipati perbincangan aku dengan Prof. 
Hait! Aku hanya mampu menahan sebak di dada sambil bersungguh-sungguh menahan empangan mata supaya jangan pecah. 
Prof. cerita kat aku tentang jerih payah mengaut lautan ilmu di seberang laut. Sikit dia tak sentuh tentang aku. Tapi aku faham, dia nak kata.. "C'mon la, ini baru sikit!".. 

Alhamdulillah. Despite of what had happened, my laptop and all.. I still have the will to go on. And I really pray that Allah will give me the strength to finish what I have started 8 years ago...

Rabbi yassir wa laa tu'assir..rabbi zidni 'ilman. 


Thursday, October 10, 2013

To panic or not to panic..

credit: sheraloveallah.blogspot

Alhamdulillah..at this point, I'm still sane..far from being insane..
I can still breath normally and I can still smile.

Even though I just found out that the latest updates for my thesis..the file has no where to be found. Each and every single files in the folder (including the ones in the dropbox) are not the one that I edited last week! (Yeah.. last week.. this whole week I haven't open my lappy even once. Asma' dearie has been sick..)

Alhamdulillah, Ya Allah.. 'cause I'm still have my sanity.

Rabbi yassir walaa tu'assir.. :)

Wednesday, September 18, 2013

Strong..err.. stronger?

credit: morethansayings.blogspot

Today I met a friend who taught me this: you are stronger than you think.
Alhamdulillah.. thank you my dear friend. May Allah bless you your whole life. Amin.


Tuesday, September 17, 2013

Pray for me, please..

credit:hanshanis.blogspot.com

Semester baru dah mula. Dan semester ini aku anggap semester akhir aku. Yes, my final semester! Ya Allah, Rabbi yassir wa laa tu'assir. Doakan aku mudah menyiapkan tesis aku ya. Ya Allah, mudahkanlah Iza menulis tesisnya tanpa halangan lagi, izinkan Iza menghadapi viva nya dengan yakin dan mendapat keputusan yang outstanding! Amin..Ya Rabb!

Terima kasih atas doa kalian.

credit: bintisumayyah.blogspot

Thursday, August 22, 2013

Berpusing-pusing

credit: deviantart.com

Sekarang ni aku tengah sibuk menulis. Haah, nak menyiapkan tesis aku ni laa, apa lagi. Takkan tulis novel kot. Eheh.. Gambarannya: berpusing-pusing. Tengah tulis bab ni, perasan ada point sama dalam bab 1. Pusing pergi bab 1 nak cek, betul tak sama. Kalau tak sama kang naya. Tengah tulis pasal ni, jumpa pulak point baru untuk sokong kenyataan dalam bab 2. Pusing pulak pergi bab 2. Tengah nak kira hasil dapatan, teringat pulak yang terma ni sepatah haram pun tak tau apa maksud dia. Nanti pemeriksa tanya buat gelabah comel kat depan tu kan susah. Pusing pulak cari maksud terma yang pelik lagi memeningkan tu. Kenyataannya: hidup aku tengah berpusing-pusing sekarang ni. Macam dalam gambar kat atas tuh.

Rabbi yassir wa laa tu'assir
Rabbi atmim bil khair.


Tuesday, July 30, 2013

Piled (up) higher (and) Deeper...PhD

credit: www.phdcomics.com

Hehe.. betullah orang kata, you'll never know what it's like until you're in the person's shoe.
Aku tak pernah expect orang lain untuk faham aku sehabis tepat... sehinggalah aku jumpa website ni. Lama dah aku dok ikut. Makin hari makin aku rasa dibogelkan oleh most of the comic strips! Ya Allah, diorang ni buat cerita aku ke apa nih? Apsal sebijik macam yang aku rasa??!!


So, kalau korang nak rasa life PhD student, atau terfikir nak buat PhD, bacalah kartun ni.. Memang tak lari jauh dari kehidupan sebenar calon PhD. Tak kiralah bidang apa, aku rasa sama je. Heh..

Yang paling best, Abdurrahman, 3 tahun pun masuk gak dalam citer nih! Aduiii.. diorang ni teropong aku ke apa?? Memang sama sebijik dengan perangai Abdurrahman!



Nak tengok apa dok ada dalam brain PhD student? Ni haa..


Just recently, when Prof. W asked me how's my data turn out, this is exactly what happenend! Err..I mean my respond was exactly that.. not his! :D



And last but not least... this is so-o-o me!! :p


Hey Mr. Cham, you do really know me well! Heh..

Ilmu, hidayah dan kefahaman.. semuanya datang dari Allah. Seperti mana yang dimaksudkan dalam surah alAnkabut ayat 43,

"Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya".

Ya Allah, kurniakan kami ilmu yang bermanfaat, amin. Allahumma faqqihna fid deen wa 'alimna takwil. 

Monday, July 29, 2013

Kuali ke Quali?


credit: ikea.com


Haa.. kalau kuali tu aku tau sangat. Kat rumah aku ada tiga je kuali. Satu kuali kecik leper (non-stick frying pan).. yang ni goreng instant2 punya.. telur ke, roti ke, tauhu ke. Satu lagi kuali besar dalam (non-stick jugak, sauce pan).. yang ni kalau nak masak nasi goreng ke, pasta ke, kuah-kuah yang lambat masak.. sebab tebal, lambat panas. Lepas tu sebab nak jaga coating non-stick tu aku tak guna api besar.. paling besar pun sederhana je. Last sekali, kuali sedang nipis.. ala, kuali besi bontot hitam tu la.. haa, yang ni paling selalu aku guna.. sebab cepat panas. Semua boleh masak guna kuali ni.

Quali?
Ni yang fenin ni.. qualitative research questions alone are not that hard to understand. But having to mix them with the quantitative part is quite a challenge. Tolooonnn…!! Pulak tu kena last minute pulak tukar ni..Allahu Rabbii… mana masanya nak panik-panik lagi ni haa… adooii.. Phone pulak time ni la dia nak rosak pun..! Contact number respondent semua dalam tu. Notes on research yang kecik-kecik pun semua dalam tu.

Hasbi Allahu nikmal wakeel nikmal maula wa nikmal naseer..
Hasbi Allahu nikmal wakeel nikmal maula wa nikmal naseer..
Hasbi Allahu nikmal wakeel nikmal maula wa nikmal naseer..




Monday, July 22, 2013

3 simple rules

credit: www.quotesparade.com

Alhamdulillah, thank you Allah for today's motivation.

1. Go, Iza ... Go!

2. Ask, Iza.. Ask!

3. Move, Iza... Move!

Allahumma... Rabbi zidna 'ilman naafi'aa!

"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya". (Al Baqarah: 269)

Friday, July 19, 2013

Keliru

Abdurrahman tengah suka ke marah ni?

Baru-baru ni aku buat istikharah. Macam biasala.. solat istikharah, lepas tu baca qur'an untuk panduan. Ayat yang aku baca tu (satu muka surat) semuanya cerita tentang neraka dan azabnya. Tapi ayat akhir sekali, tentang syurga.

Bila baca terjemahan terasa kecut perut. Tapi sampai akhir ayat, tiba-tiba rasa legaaa sangat.

Hmm, Ya Allah.. aku tengah keliru sangat.
Allahummaj 'alni min ladunka sultonan naseero.

Ya Allah, jadikan aku faham apa yang Engkau cuba sampaikan. Kuatkan hati aku ya Rabb!

Maksud firman Allah, surah Al Isra ayat 15:
Sesiapa yang beroleh hidayat petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).


Wednesday, July 17, 2013

Alhamdulillah..Thank you Allah

Credit: roadtojannah

I need to jot this down so that I will remember not to quit any time I think about it.

I would like to say Alhamdulillah, thank you Allah for giving me this second chance. My life is full of second chances.. from birth 'till now. And I'm grateful for those chances You spared for me.



I would also like to say thank you to Prof. Wahab of KICT for asking me whether I need any help or not from the department. I know you called me in because it is your duty, but I believe you asked me the final question out of your great personality.

You could just dismiss me by the regular "all the best" wishes, but you opened another door for me by just asking what I need from the department (which I have been saying all these while but no one heard). I thank you and pray that Allah ease you all the way with His endless mercy. *You don't know how much it means to me*


ALHAMDULILLAH!


Monday, March 18, 2013

Keep going.. keep climbing..

credit: akandesegun.wordpress.com


Allah.
He is so special to me.
He always know how to surprise me.
And He always has His own way of showing that He cares.

Today I got a message from Him thru' a twitter's tweet. (incredible isn't it?)
The tweet goes on like this:
"Allah knows you're trying. Even if they can't see, Allah sees. Have faith. Don't give up yet, you're halfway there. 
Keep climbing."

Yes, I will. Please Ya Allah, give me strength. I need all the strength I could get to finish this journey. Other than my PhD colleagues, no one ever give me a pat on my back saying: Iza go on, you can do it.. They are just busy asking when I'm going to finish. *Sigh*

Well, I dunno when. But I keep on going..

Ya Allah, Ya Wahhab, Ya Razzak.. Ya Rahman Ya Raheem..
Rabbi yassir wa laa tu'assir. Rabbi atmim bil khair..Ya Kareem.

Wednesday, March 06, 2013

Still moving..bit by bit

Credit: www.kisahwanita.com

Masih bertahan.. YA Allah, Berikan aku kekuatan nak siapkan tesis ni ..UWAAAA!!!!
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad.


Doakan aku ya, sahabat.

Monday, February 04, 2013

Rabbi Yassir wa laa Tu'assir

Adik kena kurung, ya? hehe...


As of right now, I am really feeling imprisoned by my own love towards Abdurrahman and Asma'. My life has been nothing but them. My study became no three.. OH NO! This is not good. I need to finish my research.. NOW!

Allahu Rabbi.. Rabbi yassir wa laa tu'assir.
Allahumma la sahla illa maa ja'altahu sahla.. wa anta taj'alu husna iza shi'ta sahla.

Ya Allah bantu aku siapkan research ni secepat mungkin. Berikan aku kekuatan dan ilham dan tenaga dan minat dan segala-gala yang aku perlukan untuk siapkan tesis ni. Ya Allah, la hawla wa laa quwwata illa billah! Bantu aku ya Allah!

Amin ya Rabb!


Monday, November 05, 2012

Jom tulis..!

These are my main tools..black coffee, some pills, alFajr watch and my lappy!

Alhamdulillah, eventhough my data haven't been fully collected yet, Prof. has asked me for the first chap. So, what are we waiting guys? Let's roll! Hehehee... (mabuk kopi banyak sangat minunnn..)

Bab tulis menulis ni aku selo sikit. Bukan apa, bila dah ditulis-tulis rasa takde apa dah nak report. Heheh. So, cam pendek jer. Walhal nak tebal ni.. Allahu Akbar! I'm a simple person, so I don't like to write long. Short-short dah ler..

Teringat Raqib dan Atid yang kerjanya tak sudah sudah menulis amal manusia di muka bumi ni. Satu pun tak tertinggal. Bayangkanlah berapa punya tebal report kita nanti. Dari lahir sampailah kita mati. Firman Allah dalam surah al An'am ayat 61. Maksud Firman Nya:

"Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). "

Ya Allah, jadikan hidup kami penuh dengan amal bakti, dan masukkan kami ke dalam syurga FirdausMu dengan rahmatMu, amin ya Rabb! Ya Allah, mudahkan aku nak menulis tesis kali ini, amin ya Rabb! Rabbi yassir wa laa tu'assir! Amin, amin yaa Samii'al aswhat.


Tuesday, October 30, 2012

Cable

Credit: http://kiminoegao.wordpress.com

Research aku la ni terbantut sat.
Reasonnya: data tak cukup lagi.
Sebabnya: contact person aku ambil mudah tugasan yang aku merayu-rayu mintak tolong daripada dia.
Hasilnya: research aku terbantut.

Allahu akbar.. lemahnya hambaMu ini..

Masa memula jumpa diorang hari tu, diorang ada tanya aku: aku kenal sapa dalam organisasi diorang tu? Aku jawab la dengan muka seposen dan dengan nada yang paling jujur..: tak kenal sesiapa.. aku cuma contact ikut channel nya la..

Aduyaii.. siapa sangka jawapan tulus ikhlas tu memakan diri. Sampai sekarang, setelah hampir empat bulan, buku kaji selidik yang aku hantar sekotak penuh masih belum berusik. Bila dihubungi macam-macam alasan diberi. Tak apa, aku sabar.. Lepas sebulan, sebulan aku call, sms.. jawapan masih sama. Aku cakap ok, tak apa saya boleh tunggu lagi. Dan hingga hari ini aku masih menunggu. Dan menunggu..  Prof. cakap, aku kena usahakan juga dapatkan data tu.. Allaahu akbar...

Puncanya aku tak kenal orang besar. Puncanya contact person aku hanyalah officer biasa yang tiada hubung kait dengan aku. Puncanya aku tak ada 'cable' bak kata orang sekarang.. Hmmph.. wajib ada la agaknya cable ni yer?

Bila direnung-renung.. aku jadi insaf. Memang bukan salah mereka. Salah aku. Aku tak kenal mereka.. siapa aku untuk mereka tolong? Siapa aku dalam buku mereka?

Perkara yang sama akan jadi kalau kita tak kenal Rasulullah salallahu alaihi wa sallam. Kalau baginda tak kenal kita di padang mahsyar nanti, hendak ke Baginda tolong kita. Dah la keadaaan kita jauh panggang dari api dengan sahabat-sahabat Rasulullah salallahu alaihi wa sallam. Ada hati pulak nak mintak tolong dari Baginda nanti. Ya Allah..

Sebab tu kita kena banyak-banyak berselawat atas Baginda. Bukan sebab nak dapat syafaat Baginda, tapi sebab Allah suruh. Dalam surah al Ahzab, ayat 56, Allah memerintahkan yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". 

Insya Allah, berkat mematuhi perintah Allah yang satu ni, Baginda Rasul salallahu alaihi wa sallam akan kenal kita sebagai umatnya.. dan akan hadir tatkala orang lain keluh kesah melupakan kita di yaumul mahsyar.

Jom selawat! Semoga cable kita kat sana nanti cable yang terbaik pernah kita ada!

Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala aali Muhammad!

Tuesday, October 02, 2012

Astaghfirullahal azeem...

AAAAA... Abang ingat kita mintak dari Allah. ya sayang..
jangan bergantung harap pada manusia..
 (macam umi! HUWAAA!!!)


AAARRRGGHHHH!!!! Hari ni rasa bersalah sangat-sangat. Sebab terpaksa jugak guna Google Chrome untuk buat kerja. Tadi dah guna IE, siap update lagi sebab IE slow sangat. Tapi dua tiga kali asyik hang pas tu shut down tetiba. Dia tanya nak send error report ke Microsoft tak. Aduyaii.. orang nak buat kijo ni.. bukan main-main.. Allahu Rabbi. Jadi terpaksa jugak guna Google. 

Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui yang aku tengah boikot Google dan Youtube kerana Mu. Tapi terpaksa guna jugak pagi ni pasal reference semuanya online. Ampunkan kelemahan aku bergantung pada manusia Yahudi ni, Ya Allah!

Teringat kata-kata Dr. R: "Information kita semuanya dalam tangan Google. Once they pull the plug, we will have nothing". 

HasbiAllah hua nikmal wakeel, nikmal mawla, wa nikman nasiir..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...