Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Saturday, September 28, 2013

Sad day

credit: mightylists.blogspot.com

Yesterday was a sad day for me.
I kept quiet for the whole day as long as I could.
My dear son and daughter had to see me in tears.
Her voice still clings in my mind.."Abangg..abang.. umi nangis.."
I slept to shoo away the sadness.
I didn't go to campus and didn't drive the kids to their schools.. (yeay, holiday for them!)
I am still sad.
It has been a long while that I bear this sadness.
But yesterday was the peak.
And life has to go on.

No one understands.
For the one that I love have long gone with our memories.
May Allah give some happiness for me today and for the rest of my life.

Allahumma qani'ni bima rozaktani
Wa baarikli fiihi
Wa akhlif 'alaiya kulla ghaaibatinli bi khairin
As'aluka ar-ridho ba'da al-qodho.

Thursday, August 29, 2013

Tendonitis

Alhamdulillah kaki aku tak bengkak macam ni
Credit: ecrc-pt.com


Itu yang Doktor dah sahkan. Kaki aku bukan kena TTS (Tarsal tunnel syndrome). Tapi hanya tendonitis. (HANYAA??!!)

Alhamdulillah.
Syukur ya Allah. Walaupun tendonitis, tapi masih boleh berjalan kan. Terdengkot-dengkot sikit tu tak apalah. Bukannya hilang sebelah kaki.

Selepas hampir sejam setengah menunggu, nombor giliran aku naik kat skrin. Aku masuk jumpa seorang doktor wanita muda. Check itu ini, taip-taip kat komputer dia, belek-belek kaki aku, pastu dia keluar. Panggil Doktor pakar. (Eh.. aku ingatkan dia dah doktor pakar. Sebab tu klinik doktor pakar..hmm) Doktor muda juga masuk, tapi lebih tua sikit la kot dari yang attend aku nih. Dia tanya aku jawab. Pastu aku pulak bagi info kat dia tentang apa yang aku tahu. Ewah.. Ye lah, sekarang ni kan jaman teknologi. Aku pulak student information science. Kenalah pandai buat research sendiri untuk tahu jenis penyakit.

Dia puas hati dengan info aku. Dia tolak kaki aku dengan tangan. Dia suruh lawan balik. Last-last dia kata, “It’s tendonitis.” sambil mengangguk-ngangguk. Macam memberi persetujuan pada kenyataannya sendiri. “Ibu jari awak kebaskan?” dia tanya pulak. Aku angguk. “That’s because of your saraf jadi kecil, darah tak sampai dekat your thumb. That’s why it became numb.” “ohh..” aku jawab sambil angguk-angguk jugak.

 Ubat diberi untuk dua bulan. Temujanji seterusnya dua bulan lagi. Pastu aku disuruh pergi ke unit rehab untuk set temujanji sesi physiotherapy. Sebulan lagi baru kosong. Hmm, ok lah tu. Aku hantar mesej kat DD. Dia suruh aku cari je info dari internet tentang latihan senaman pesakit tendonitis, buat sendiri kat rumah.

Tapi semalam aku tak tahan menangis jugak bila Asma’ dengan penuh gaya melompat atas kaki aku yang sakit ni. Dah lah sebelum tu memang dah sakit lain macam kat atas ankle ni. Naik balik bengkak yang baru nak surut lepas tiga bulan membusung. Pagi ni pulak, kaki aku yang istimewa ni terpelecok bila terpijak atas lego. Nak dijadikan cerita aku tengah dukung Abdurrahman yang tengah tidur, nak bawak turun. Haa.. amik kau! Jatuh, tapi sempat berpaut. Abdurrahman pun terus tersedar dan berdiri tegak macam patung. Terpinga-pinga bila dia tengok aku dah berkerut-kerut tahan sakit.

Allah! Astaghfirullah. Aku tahu ini kafarah dosa-dosa aku. Aku terima dengan redha ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosa aku. Mesti aku jahat sangat time muda-muda dulu. Inilah yang Allah bagi untuk ringankan beban aku kat akhirat nanti. Alhamdulillah ya Allah.

So, moodnya untuk study hari ni terbang hilang. Sebab bila aku gagahkan juga duduk kat kerusi sambil letak kaki atas bantal kat kerusi depan aku, sakitnya berdenyut-denyut sampai ke lutut. Ubat dah makan. Tidur je lah hari ni. Hahahahahaaaaa! (gelak stres).



Wednesday, July 24, 2013

Tarsal Tunnel Syndrome

credit: www.mendmeshop.com
Bismillahisy syaafi, bismillahil kaafi, bismillahil mu'aafi. 
Bismillahil ladzi la yadhurru ma'asmihii syai'un fil ardhi wa laa fis samaa'i wa Huas samii'ul 'aliim.

Kaki aku sakit.. lama dah.. sejak bulan Mei tahun ni. Hmm, lama la jugak. Doktor kata gout kot, aku kata bukan. Sebab dalam keluarga aku tu berderet orang gout. Simtom diorang tak sama dengan aku. Aku tanya DD, describe kat dia. Dia kata mungkin tendonitis.

Pergi balik kat Doktor. Dia kata ok, mungkin tendonitis. Tapi dia bagi ubat gout. Kalau tak ok jugak, mai balik. Dia akan bagi surat rujukan untuk pergi mana-mana hospital.

Lepas dua bulan, tak baik juga. Jadi tadi dah pergi hospital Selayang bawak xray dan surat rujukan. Hasilnya: bulan depan baru boleh jumpa doktor. Aduyaii..Lamo eh!

Tadi aku gugel tenet, taip simtom sakit kaki aku ni.. ni yang aku dapat: tarsal tunnel syndrome. 

Hmm, kalau korang nampak aku jalan jengkot-jengkot tu, tengah sakit sangat la tu. Paling sakit waktu baru bangun tidur. Kalau lama berdiri pun sakit juga. Ibu jari kaki kebas memanjang. Kadang-kadang sampai sakit. Berdenyut-denyut tu macam dah jadi normal pulak. Bila tak berdenyut rasa pelik. Eheh.

Kengkawan, doakan aku cepat sembuh, ya. Ada dua permata hati dan sorang buah hati yang perlu dijaga. *Senyum*

Wa iza maridhtu, fa hua yashfiin! Allahumma isyfii.. la syifaa'a illa syifaa uka.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...