Showing posts with label ragam hidup. Show all posts
Showing posts with label ragam hidup. Show all posts

Wednesday, April 12, 2017

Alhamdulillah!!


ALhamdulillah.. thumma alhamdulillah.. thumma alhamdulillah!!

Segala puji bagi Allah Ya Rahman Ya Rahiim.. atas segala nikmat yang Kau kurniakan buatku.. Ya Fattah Ya Razzak Ya Wahhab!

Ma sha Allah! Haa za min fadhli Rabbii...

Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!

😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Thursday, April 03, 2014

4 conditions NOT to be a LOSER!! - Must see!!



Ma shaa Allah! This great video has been there for a while but I just saw it. Alhamdulillah! It's really a must-see! Wanting not to be a loser? Go ahead, watch this. And don't forget to watch part 2 and 3 as well. :)

Ya Allah, grant us those 4 qualities, make us have those, ya Allah! Amin!

Friday, March 07, 2014

Petua hilang stres


credit: concierge.com
Ya adik-adik, soalan kita minggu ni ialah..:

Apa nak buat bila banyak kerja?

A: Buat kerja

B: Buat tak tau...


AAAAhahahahahahahahaaa.... aku stres..!

kredit:rosesandthorn.blogspot.com

kredit: dapuradeqmah.blogspot.com
kredit: imaizz.blogspot.com
Rabbi yassir wa laa tu'assir!

Friday, February 28, 2014

Monster Mama!

sian Asma'..umi hilang ya..?

Sekarang ni aku tengah sibuk bebenor dengan tugasan menyiapkan tesis. (Yer..yer..masihh..) Dan aku rasa blood pressure level aku pun naik, sama naik dengan bilangan perkataan dalam tesis aku tu.Kepala pening-pening, tengkuk sakit-sakit, mata juling-juling, naik berpinar rasanya. Dan paling yang tak menarik sekali, aku jadi hot tempered. Which is not usual practice of me.. (Oh no!)

Ya, aku jadi pemarah. Pantang salah sikit, aku snap. Pantang lambat sikit, aku jerit. Ya Allah! Paling teruk, aku jadi monster mama! Homai!

Semalam, turun tangga BBIM, Asma' bagitau kawan dia tengah tunggu umi dia. Aku pun tanya pada Asma', mana umi Asma'?

Asma' cakap pada aku: Umi kawang.

Aku: Kawang? Kawang tu apa?

Asma': Kawang tu jahat.

Aku: Haa, Umi jahat?

Asma': sengih sambil anguk-anguk.


Dalam kereta dan sampai balik rumah aku masih lagi question dia pasal 'kawang'. Aku tak puas hati.. Aku? Jahat? Sikit punya caring and loving ni dia kata jahat? Tak boleh jadi ni..investigation continues.. 

Rupa-rupanya, 'kawang' turn out to be "garang". Asma' kan pelat. Abdurrahman jugak yang solve the word issue! Heh..

Aku buat-buat tak nak kawan dengan Asma' sebab kononnya Uminya 'kawang'. Aku siapkan Abdurrahman sambil konon-konon tak kisah kat Asma'. Mula-mula dia ok, Lama-lama dia menangis. Start dengan ayat biasanya, "nak umii.." sampai menangis tersedu-sedu. Naik kesian aku tengok.

Tapi paling sedih bila part Asma' lari ke pintu sambil menangis. Aku ingat dia nak buat apa, rupanya dia jenguk ke luar sambil kata: "Tak ada, tak ada Umi betul. Umi betul dah ilang. Umi gawang je ada.."
Lepas tu dia berlari kat aku. Peluk aku.

Huwaa!! Umi pun peluk Asma'.
Asma', Umi tak nak 'gawang' dah! Umi sayang Asma'. Umi sorry ya, sayang!

Satu-satu peristiwa 'gawang' terbayang depan mata.
Umi marah Asma' bising sebab kacau Umi nak ajar Abang buat homework. Asma' Umi angkat letak tepi, tak peluk macam selalu.
Umi tinggal Asma' sorang-sorang dalam bilik depan sebab Asma' tak nak berhenti menangis. Bila Umi ambil Asma' dan peluk semula berdebar-debar jantung Asma' takut kena tinggal sorang..walaupun tak sampai lima minit.
Umi jentik telinga Asma' sebab Umi geram Asma' ada telinga tapi tak nak dengar. (Astaghfirullah! Umi tak pernah pukul Asma' sebelum ni!)

Ya Allah Ya Latiff..
Rupa-rupanya stress aku terkesan pada si kecil Asma'.
'Gawang' aku menyebabkan hati kecilnya kecut setiap kali memandang Umi.
'Gawang' aku menjadikan Asma' rasa Umi betulnya, yang menyayangi dia, dah hilang..
yang ada hanya Umi jahat, yang sentiasa marah padanya, yang mengherdiknya, yang tak membelainya.

Ya Allah! Ampunkan dosa hambaMu ini. Aku terlalai seketika dalam menjaga amanah tak ternilai Mu ini.
Astaghfirullahal 'azheem. Astaghfirullahal 'azheem. Astaghfirullahal 'azheem.

Tenangkan aku ya Allah.
Jadikan aku Umi yang tak gawang, amin ya Rabb!


Moral of the story: manage your stress before it turns you into a monster. 

Sunday, October 13, 2013

(Antara) Rahsia jadi kaya

credit: desi4inspiration.com

Baru-baru ni aku dengar satu program bual bicara di radio IKIM. Ada seorang pemanggil mengajukan soalan pada Ustaz Amin (Ustaz Muhammad). Dia tanya: "Ustaz, betul ke kalau kahwin dua akan jadi lebih kaya?"

Haa.. terrel tak soalan tuh? Aku tersengih dengar sorang-sorang. Ustaz pun jawab: "Yang sebenarnya, jadi lebih kaya itu bukan sebab kahwin dua. Tapi yang menjadikan seseorang tu jadi lebih kaya kerana menjalankan tanggungjawab."

Hmm..lepas tu ustaz pun explain. Aku tak ingat la sebijik sebijon apa yang ustaz cakap tu. So, aku cuba sampaikan dari pemahaman dan ingatan aku yang serba kekurangan ni, ok? Kita selalu dengar orang cakap bila kahwin murah rezeki, lebih banyak masyuk. Bila dapat anak pun rezeki jadi laaagi banyak. Adaa je masyukk.. Itu semua bukan sebab bertambahnya ahli keluarga..tapi sebab ketua keluarga tu (atau siapa-siapa yang bertanggungjawab la senang cerita) buat kerja dia betul-betul. Dia jaga setiap tanggungan dia dengan memberikan apa yang hak padanya. Contoh, kalau ada isteri seorang, anak dua orang.. si suami berikan nafkah yang hak pada isteri dan anak-anak, maka adalah rezeki yang diturunkan untuk si suami memberikan hak-haknya itu. Tapi jika rezeki yang pada mulanya ada tidak diberikan pada yang hak, malah dibazirkan pada perkara lain, maka rezeki itu akan terhenti disitu sehinggalah dia menjalankan tanggungjawabnya.

Sebab itu ada yang kahwin ramai, anak ramai, tapi tak kaya. Mungkin di awalnya tanggung jawab diabaikan begitu sahaja. Ingat, tanggungjawab ni bukan hanya pada tanggungan dibawah aje.. i.e. isteri dan anak-anak.. kalau ada ibu bapa yang menjadi tanggungan, pembantu rumah, haiwan peliharaan, pun dikira juga. Jiran yang susah, saudara-mara yang susah, zakat harta, zakat perniagaan, sedekah.. tu semua tanggungjawab peribadi.

Kalau yang basic pun tak mampu dilaksanakan, tentu saja Allah tak berikan rezeki yang melimpah ruah takut semakin lagha dan tabarruj lah kita. So antara kunci murah rezeki ialah menjalankan tanggungjawab, ya encik-encik dan tuan-tuan..

 Firman Allah dalam surah Al Ahzab ayat 72, bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."


Kat sini pun Allah dah ceritakan, yang manusia ni sibuk nak galas tanggungjawab..tapi lagi banyak buat kezaliman dan buat perkara yang tak patut dibuat. Astaghfirullahh.. Macam aku lah..patut tulis tesis, sibuk update blog. Astaghfirullahhh... :((

Allahummaghfirlana zunuubana!!

Wednesday, September 04, 2013

Here's to my women friend...Let us be strong!

credit: www.tumblr.com
Haha! Kelakar tul poster ni. Seribu makna di sebaliknya. 

Aku seorang wanita. Ramai kawan-kawan wanita. By the way, woman tu wanita, hokayy..
Pagi tadi ingat nak jumpa seorang kawan, tapi setelah puas cuba dihubungi, akhirnya panggilan telefon aku dijawab mengatakan dia berada di rumah. Anak kecilnya diuji dengan demam campak. 
Allahu rabii. Semoga Nuha diberi kesembuhan, ya nak. 

Kawan aku kata: "Baru nak back in action, sehari.. dah kena stay kat rumah pulak. Jaga Nuha." 
Hmm..macam tu lah hidup, kawan. Aku pun begitu jugak. Tak si Abang, si Adik. Tak si Adik, si Abang. Tak mereka, Abi mereka. Kalau mereka semuanya sihat, kita pulak yang sakit. Nak teruskan menaip tesis sambil menjeling-jeling kertas yang berlambak dan buku survey yang menimbun.. kepala pulak pening berpusing-pusing. Abih, bila nak siap? Eheh..

credit: imgfave.com
Tapikan, itulah istimewanya jadi wanita ni. Kalau letih kita boleh merengek. Kalau lelah kita boleh merungut. Kalau sedih kita boleh menangis. Dan bila kita buat semua tu kita tak dikata lemah, sebab itulah wanita pada hakikatnya. Tapi wanita yang kuat akan lebih tabah menghadapi semua tu.

Aku kenal ramai wanita tabah, wanita kuat dan hebat. Di mata umum pencapaian mereka , Masya Allah, hebat tentunya. Namun bila dibalik tabir, tentu saja tak lepas dari 1001 macam ujian dan dugaan. Dan itulah yang membuatkan mereka lebih tabah.

credit: nothingbutaquote.blogspot.com

Istimewanya wanita ni lagi, menangis mereka merupakan lambang kelembutan. Tapi bukan yang menangis gedik-gedik, yer..Bila wanita menangis disebabkan keluarga, hati mereka menjadi selembut bayu. Cuma zahirnya kadang-kadang melakukan perkara sebaliknya untuk menunjukkan ketabahan mereka. Bukan memberontak, tapi cuba untuk menjadi gagah. Tapi kalau mereka menangis kerana orang luar yang menempelak, hati mereka sebenarnya akan jadi lebih keras di dalam. Menyimpan azam untuk melawan kegagalan.

credit: eaquotes.com

 Hidup kita dikelilingi wanita-wanita kuat ini. Kalau tidak, takkan kita di sini hari ini. Inspired by them.

credit: shesaidbeauty.com

Dalam al Qur'an ada 150 ayat menyebut tentang wanita (perempuan). Dan ada satu surah khusus untuk wanita (surah anNisaa') serta satu surah bertajuk dengan nama wanita (Surah Maryam). Ayat-ayat Allah itu berkisar tentang pelbagai aspek: penjagaan diri, keluarga, nisab keturunan, masyarakat, pekerjaan hinggalah ke amal ibadah.Cukup lengkap. Cuma kita je yang tak nak ambil peduli apa yang Allah dah sediakan untuk kita sebagai wanita: guideline hidup.

Allah berfirman dalam surah anNisaa' ayat 124 yang bermaksud: "Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun."

Masya Allah! Seronoknya jadi wanita kuat! Ya Allah, jadikanlah kami wanita-wanita tabah dan kuat hati dan iman kami! Amin ya Rabb!

Tuesday, July 23, 2013

Monday, April 09, 2012

Letih...


Alhamdulillah Ya Allah, masih bernyawa untuk menyembahMu. Tapi aku letih sungguh 2-3 minggu kebelakangan ni. Banyak sungguh agenda. Banyak sungguh acara. Paling banyak acara membesarkan anak-anak. *Senyum*

Hati: Itulah Iza,baru kau tahu letihnya jadi ibu ni. Bukan Enti sorang..ramai lagi ibu-ibu diluar sana. Yang lagi letih dari engkau pun ramai.

Aku: Betul la tu. Sebab tu aku tak kisah.. in fact, bersyukur lagi sebab tau letih pasal apa. Ada orang letih tak tahu punca. Kesian, letih memanjang.. Tapi tak tau kenapa. hehee..

Hati: Habis, apa solusinya? 

Aku: Ermm.. mula-mula kena susun jadual baik-baik. Lepas tu cuba ikut..kalau problem jugak, susun balik. ;)

Hati: Tu je?

Aku: Ermm..makan vitamin, dan air delima madu untuk stamina. Lepas tu try tahajjud tiap-tiap malam. Walaupun sampai sekarang masih fail, tapi aku tetap berazam tinggi.. Heheh!

Hati: Lagi?

Aku: Ok, minta sokongan Abg. Kalau dapat dia tolong, ringan sikit beban. Minta Mama doakan aku sekeluarga. Doa ibu sentiasa maqbul. Minta Abah doakan juga. Amacam? 

Hati: Mmm..boleh lah tu.. Jangan lupa tolong orang lain along the way. Kalau enti tolong ringankan beban orang, insya Allah, Dia akan tolong ringankan beban enti. Kalau tidak di dunia, di akhirat nanti. 

Aku: OK, thanks for the tips. Doakan aku yer.. Aku letih ni..

Tak sabarnya nak rehat di sana. Aku letih sungguh-sungguh ni. Ya Allah.. aku tak sabar tunggu janji Engkau, Ya Allah.

"Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat); Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu".
(Maksud ayat 34-35, surah Faatir)

Ya Rabb, alhamdulillah 'ala kulli hal. 



Saturday, March 28, 2009

Dear Guest,


Please be informed that this is a no-polytheism world. If you like to change your planet, please contact Reception at extention 7.


Thank you.





Hehee.. Kalo lah ada notis macam ni, ramai kot nak tukar planet. Maklumle, nak puaskan hati masing-masing. Kadang-kadang tu sebab saja nak beralih angin. Masalahnya bukan kata notis tu je yang tak ada, tapi ada notis yang lagi clear yang melarang polythiesm.



Allah mengingatkan kita dalam surah Al-A'raf ayat 37 yang bermaksud:

"Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa yang telah tersurat (bagi mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu (kepada mereka): Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain Allah? Mereka menjawab: Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami dan mereka pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar".



Jelas kat sini Allah larang kita menyembah selain dariNya. Jelas di dalam Al-Qur'an, Allah suruh kita membenarkan ayat-ayat Allah yang disampaikan oleh nabiNya. Larangan ni datang dalam Al-Qur'an. Al-Qur'an tu semua orang Islam faham bila baca jadi ibadah. Mesejnya pun semua orang Islam faham yang ibadah tu adalah menyembah Allah satu-satunya. Al-Qur'an tu bekasnya. Ayat Allah yang berbentuk peringatan tu mesejnya.



Bekas dan mesejnya tak bertentangan. Bekas cerita tentang ibadah, mesejnya pun sama. Bukan macam dalam gambar kat atas ni ha. Bekas dan mesej bawa maksud yang bertentangan sama sekali. Bekas suruh merokok, tapi mesej kata jangan. Sebijik macam mesej kat kotak rokok. Bekas suruh merokok (tambah-tambah bila ada rokok dalam kotak tu! pergh.. ) tapi mesej pada kotak beri amaran kata jangan. Agaknya terlalu banyak merokok buat orang keliru apa yang selari dan apa yang bertentangan kot.. ermm..



Tapi bukan pasal rokok aku nak cerita.

Atau kotak rokok.

Atau bekas abu rokok.



Aku nak cerita pasal kita ni, manusia.

Selalu kita jadi macam gambar tu.

Bertentangan antara bekas dan mesej.

Bertentangan antara akal dan hati.



Akal nak suruh kita jadi rajin, tapi hati pujuk kita jadi malas. Kita pun malaaas.. Akal nak suruh kita berjimat-cermat, tapi hati pujuk kita berbelanja lebih sikit..ala, sekali sekala! Akal nak suruh kita bangun malam tunaikan tahajjud, tapi hati kata takpe.. dah banyak solat sunat lain yang kita buat. Akal nak suruh kita betul-betul esa kan Allah, tapi hati kita rasa tak sedap kalau sehari tak tengok ramalan bintang mengikut tarikh lahir.

Allahu akbar!

Banyak lagi sebenarnya yang buat kita jadi macam bekas abuk rokok tu dengan kertas bulat di dalamnya tu. Mau tak mau je kita fikirkan nya. Dan yang paling penting, ambil tindakan untuk ubah diri kita.

Ya Allah, jauhkan kami dari menjadi hambaMu yang tertipu! Amin ya Rabb!

Sunday, March 01, 2009

Belum Tentu Kita Selamat...
Kita selalunya jarang nak berubah.. atau melakukan sesuatu yang lain dari kebiasaan.. atau melakukan sesuatu yang perlukan usaha yang banyak.. bila kita rasa selesa. Yer lah, dah selesakan, takkan nak ubah keadaan tu. Contohnya kalau kita dah best melingkar depan TV sambil tangan sekali sekala menyeluk mangkuk ambil bertih jagung yang beli kat pasar malam petang tadi, agak susah kita nak bangun capai remote TV yang jauhnya sehasta dari hujung jari kita. Maka kita pun berteriak memanggil makhluk Allah lain yang ada untuk jadi mangsa kita ambilkan remote TV. Eheh.. Ataupun kalau kita dah syok sangat baca novel hatta bila telefon yang dua depa dari tempat duduk kita berbunyi, kita biarkan orang lain yang duduk di bilik sebelah mai angkat. Alih-alih tengok call tu untuk kita.

Bukan tak nak buat. Tapi terlalu selesa keadaan kita waktu tu. Nak diubah sayang. Tapi tak diubah keadaan memerlukan perubahan. Biar orang lain buat. Biarkan. Seolah-olah perubahan tu takkan ada kena-mengena dengan kita. Seolah-olah kita takkan dapat untung dari perubahan yang bakal berlaku tu.
Itulah kita! Selalu macam tu! Hinggakan, kadang-kadang perkara aqidah pun kita biarkan orang lain juga yang buat perubahan. Kita agaknya selesa sangat dengan level aqidah kita hinggakan tak nampak perubahan yang perlu dibuat!

*aik..marah nampak..ko marah ke Iza?*

Marah juga! Marah pada diri aku terutamanya! Aku terlalu selesa dengan iman yang Allah bagi ni, sampai aku lupa kewajipan berdakwah. Aku terlalu asyik dengan islah, sampai aku tak sedar yang nak bawa aku masuk syurga Allah bukan banyaknya ibadah dan islah, tapi rahmat Allah! Macamana aku nak dapat rahmat Allah secara total kalau aku lupa kewajipan aku yang satu ni? Astaghfirullah!
*ala, ko kan dah Islam Iza.. mesti selamat punya lah.. paling lama pun kalau ke neraka kadar jahat engko.. lepas tu, masuk la syurgaa..*

Mana ada selamat? Siapa boleh jamin? Nabi kata kalau mati dalam Islam, betullah akhirnya ke syurga juga. Tapi siapa boleh jamin aku mati dalam Islam? Ada orang boleh jamin ke? Ya Allah! Kau ingat tak apa Allah kata dalam surah Yunus ayat 99? Allah terangkan pada Nabi kita yang kalau Dia nak, semua orang akan dijadikan Muslim. Tapi tak.. Allah jadikan ada yang beriman dan ada yang tidak.

"...jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi..."(Yunus:99)

*abih tuu..?*

Allah kan Maha Adil. Walaupun ada yang dijadikan tak beriman, tapi mereka akan disampaikan mesej Islam tu. Allah dah janji. Kalau mesej tu tak sampai mereka takkan diseksa di neraka. Ingat Allah kata apa dalam surah Yunus ayat 47? Maksudnya:

"Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya".

*tak faham laa...*

Maksudnya, kalau orang bukan Islam pun Allah beri peluang untuk mengenaliNya, maknanya Allah tu adil sangat. Ada peluang untuk ke syurga Allah, dan kalau ingar terus ke nerakaNya. Bagi umat yang dilahirkan Islam pun begitulah.. tiada jaminan untuk terus ke syurga. Tapi atas usaha mereka untuk maintain beriman dan tingkatkan level iman tu. Kalau ingkar, na'uzubillah, jatuh ke neraka!

Jadi kenalah usaha! Tak boleh selesa dah.. tak boleh lalai.. tak boleh lagha.. tak boleh biarkan saja ikut apa nak jadi. Kita kena usaha keras untuk tambah iman dan taqwa pada Allah! Tengok lagi apa Allah pesan kat kita dalam surah alBaqarah ayat 195:

"...dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya".


*erm..ok.. aku nak usaha tambah iman dan taqwa..*

Baguslah. Bukan engkau saja, aku juga. Dan semua umat Islam yang lainnya. Ingat, jangan terlalu selesa! Jangan terlalu selesa.. ok?


Ya Allah, kurniakan aku husnul khatimah! Amin, Ya Rabb! :((

Thursday, August 14, 2008

Cantik

Setiap wanita itu cantik. Namun, bukan pada paras rupanya sahaja. Ia meliputi akhlak dan budi bahasanya. Kalau dilihat pada wanita yang paling cantik rupanya, tapi menjerit-jerit dan cakap bahasa yang bukan-bukan -- orang mesti kata ada skru yang longgar. Tapi kalau dia lemah lembut dan cakap pun tersusun rapi, tapi pakaiannya selekeh dan kotor -- orang kata lembab pulak, cakap pun satu-satu keluar. Eheh!

Penampilan penting. Dalaman juga penting. Tapi yang aku paling percaya ialah apa yang ada di dalam akan menyerlah hingga ke luar. Ibarat macam lampu yang bercahaya. Walau ditutup dengan kain sutera, cahayanya pasti mencuri-curi keluar. Tapi apa yang ada diluar jarang nak meresapi sampai ke dalam. Macam cantiknya ukiran pada kotak jati, hanya terukir di bahagian luar. Bila di buka kotak, jati kosong di sebelah dalam.

Begitu juga dengan wanita. Kecantikan wanita yang lahir dari sifat dalamannya yang tulus ikhlas akan berpanjangan. Mampu untuk mengawal sifat luarannya. Walau cuba disorok keikhlasannya, murni hatinya pasti memikat siapa saja yang berurusan dengannya. Lebih kental bila disulami dengan keindahan iman. Jika dia biasa sabar pada cubaan yang sedikit, dengan iman -- dia pasti akan lebih tabah menghadapi ujian yang lebih besar. Tatkala dia berpeluang memulangkan paku buah keras, bibirnya yang sentiasa menyebut nama Ilahi akan terus diam sambil hatinya mengucap syukur. Hatinya akan lebih dekat pada Pencipta sambil menawan hati-hati lain dengan kecantikannya yang luar biasa.

Cantik bukan musuh wanita. Cantik itu sahabat baik mereka. Jangan salahkan wanita dalam hidup anda jika dia berusaha untuk jadi cantik. Tapi bimbinglah dia agar yang cantik itu lahir dari dalam hati dan dirinya. Agar bukan sekadar cantiknya ukiran jati.

Allah berfirman dalam surah arRahman ayat 70: "Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya". Allah janjikan teman yang cantik buat ahli syurga. Jika kita wanita, kita akan dijadikan cantik untuk pasangan kita disyurga nanti. Tapi sebelum tu kenalah kita pastikan kita mampu mendaftar sebagai ahli syurga!

*Senyum*

Ya Allah, hiasilah diriku dengan akhlak terpuji. Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...