Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Tuesday, March 05, 2013

Masha Allah, sedapnya..!!


Ini.. Halawah Tahiniah perisa kacang hazel

campur

kopi panas kosong (aku amik kopi KFC Abg tak minunn..)

JADI SEDAAAPPP!!!!

Alhamdulillah! 

Sebenarnya ini petua dari Mama Iman, untuk tambah susu badan. Lately ni susu kurang. Asma'  menyusu lagi tapi susu tak kurang..  Mungkin sebab stress.. AAHAHAHA.. banyakla stress! Tapi Mama Iman soh tambah susu, bukan kopi! eheheee....

Ya Allah, ikfinaa bihalaalika 'an haraamik!



Tuesday, December 18, 2012

Big Brother - Sek 7 Shah Alam

credit: almanalif.blogspot.com


Pernah dengar pasal restoran ni tak? Ada coverage ntah bila tah dalam JJCM. Baru ni niece Abg belanja kitorang.. Hmm.. hampehh!! Tolooongggg!! Tak sedap and all three of us plus Adik and Abang yang makan only fries and nuggets, balik tu kena CB.. (cirit birit ler tew) Paling teruk Abg.. sian Abg. I think It's because of their handling, coz Abg got his attack immediately after consuming his au gratin apa bende tah.. Kat situ gak dia pi toilet. Selalunya kalau immediate effect ni (from my experience la) sebab telur lalat. Dan mengecewakan jugak standard nya tak semahal harganya. Conclusion, Big Brother is not worth even to try. Air mineral RM2.50, tapi yang diberi is just drinking water cap No Frills lak tu.. ntah berapa sen aje kalo kat Giant tu! Beef meat ball nya penuh dengan tepung, less meat flavor. Milo biasa tu cost RM4 in regular gelas plastik kat gerai tu.. Kalau nak letak harga fancy, isilah air dalam gelas fancy jugak setidak-tidaknya. My kopi big cup..is just a regular kopi susu yang tenggelam rasa kopinya dek susu krimer yang tak sedap. Cawannya memang besar sampai nampak macam kedekut lak pasal kopi tu separuh cup je.. heheh.. Sosejnya pun sosej murah yang dia guna, unlike Ramly's or Ayamas's yang biasa kami makan. My niece ask me to have a taste which I declined. Tengok rupanya pun takut.  Oh Big Brother... awat teruk naw? I am not a fussy eater but this is not in my book at all.

You can forget facts, but you cannot forget understanding (and experience!).  

Al Israa' ayat 35, Allah berpesan pada kita:

Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).


Astaghfirullah..

Tuesday, July 31, 2012

Masak.masak.buka.puasa.

Hari ni tetiba terasa nak post pasal masak-masak. Eheh.. Semalam masak the following:

Ayam sweet sour. Ahaha.. banyak rencah dari ayam. 

Ikan keli goreng berempah. Aku rasa kalo ngap terus lepas goreng tu mesti kaw punyer
Tapi time berbuka mende dah sejuk. eheh..

Sawi goreng. 


Jumaat lepas K.Ana tunaikan nazar dia. Dapatlah kami sekeluarga tumpang sekaki makan nasi mandy kambing. Wow! Tergolek you.. sodaap.. ! Tapi yang talam cantik ni hantar kat Madrasah tempat Abdurrahman belajar. Kitorang punya dalam tupperware see through tu je. Tak kira la tu, janji sodap! 


OK.. lenkali jumpa lagi!

Allahumma laka sumtu, wa bika aamantu, wa 'ala rizqika aftortu, birohmatika, yaa arhamarraahimiin..

Tuesday, May 26, 2009

Nona Manis

Korang pernah makan tak buah nona ni? Best! Aku pun baru je dapat rasa. Atas jasa baik Abang Man dan Kak Maliah jugak. Pokok nona kat rumah diorang berbuah. Belum masak, tapi boleh peram. Dia petik bagi aku bawak balik. Suruh diperam dalam beras. Hmm...memang berbaloi! Sedaapp!! Manis macam madu. Teksturnya macam durian belanda. Tapi version kecik comei.. eheh..

Buah nona ni kalau nama sainsnya dikenali sebagai 'Annona squamosa'. Ada dua jenis, putih dan merah. Yang aku dapat tu putih. Pokok dia rendah je, sebab buahnya pun kecik dan lembut bila masak..jadi kalau Allah jadikan pokok dia tinggi, hancur buah tu kalau jatuh. Kan..kan..kan..

Sebenarnya banyak lagi buah-buahan tempatan yang aku belum rasa. Nak-nak yang jenis eksotik kat tengah-tengah hutan tu. Kalau belah Muadzam tu, ada musimnya, orang-orang asli tempatan akan keluar bawak buah-buah hutan yang boleh tahan sedap rasa dia. Tapi kalau nak cari kat bandar..hmm, tak dapek den nak nolongnya do..

Itu baru buah tempatan. Kalau buah internasional laaagi la banyak yang aku belum makan. Setakat epal, oren, stroberi, tamar, tin, zaitun tu biasala. Tapi buah-buah macam buah peanut butter, buah banana passion, buah armadillo, dan entah apa-apa nama lagi tu, wallahu a'lam bila nak dapat merasa. Banyak tau jenis buah-buah dalam dunia ni.

Tapi ye la, di dunia ni semua tu sementara. Kalau kita buat amal soleh, jauh dari maksiat, janji Allah dalam syurga jauh lebih hebat. Bukan setakat makan-makan buah-buahan yang tak terfikir dek akal kita sekarang, tapi tak payah nak cari atau pergi beli. Fikir je dapat! fikir je dapat! Masya Allah, hebatnya! Dah tu, kalau siapa yang suka golek-golek tu, boleh makan sambil baring..takde sapa nak marah! hehe.. FirmanNya dalam surah Saad (Sod) ayat 51 bermaksud:
"(Mereka akan bersukaria) dalam Syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin); mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya. "
Ya Allah, jadikan kami ahli syurgaMu! amin!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...