Showing posts with label ingatan. Show all posts
Showing posts with label ingatan. Show all posts

Thursday, July 09, 2015

Laylah alQadr

Hehee.... .lama tak nampak ek..
Heheeee... alhamdulillah..sihat lagi saya ni pun..
Selamat mengejar mencari memburu..and all those related to finding the nite of thousand months..
May Allah bless.

Taqabbalallahu minna wa minkum.

Thursday, April 03, 2014

4 conditions NOT to be a LOSER!! - Must see!!



Ma shaa Allah! This great video has been there for a while but I just saw it. Alhamdulillah! It's really a must-see! Wanting not to be a loser? Go ahead, watch this. And don't forget to watch part 2 and 3 as well. :)

Ya Allah, grant us those 4 qualities, make us have those, ya Allah! Amin!

Wednesday, March 19, 2014

MH370..Where are you?

kredit: pisau.net

kredit: wannah.net


kredit: meradong.blogspot

Ya Allah, temukan lah kami dengan pesawat MH370. Rungkaikanlah misteri ini. Hentikanlah segala fitnah. Damaikanlah segala hati. Tenangkanlah segala jiwa. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. Amin ya Rabb!


Friday, February 28, 2014

Monster Mama!

sian Asma'..umi hilang ya..?

Sekarang ni aku tengah sibuk bebenor dengan tugasan menyiapkan tesis. (Yer..yer..masihh..) Dan aku rasa blood pressure level aku pun naik, sama naik dengan bilangan perkataan dalam tesis aku tu.Kepala pening-pening, tengkuk sakit-sakit, mata juling-juling, naik berpinar rasanya. Dan paling yang tak menarik sekali, aku jadi hot tempered. Which is not usual practice of me.. (Oh no!)

Ya, aku jadi pemarah. Pantang salah sikit, aku snap. Pantang lambat sikit, aku jerit. Ya Allah! Paling teruk, aku jadi monster mama! Homai!

Semalam, turun tangga BBIM, Asma' bagitau kawan dia tengah tunggu umi dia. Aku pun tanya pada Asma', mana umi Asma'?

Asma' cakap pada aku: Umi kawang.

Aku: Kawang? Kawang tu apa?

Asma': Kawang tu jahat.

Aku: Haa, Umi jahat?

Asma': sengih sambil anguk-anguk.


Dalam kereta dan sampai balik rumah aku masih lagi question dia pasal 'kawang'. Aku tak puas hati.. Aku? Jahat? Sikit punya caring and loving ni dia kata jahat? Tak boleh jadi ni..investigation continues.. 

Rupa-rupanya, 'kawang' turn out to be "garang". Asma' kan pelat. Abdurrahman jugak yang solve the word issue! Heh..

Aku buat-buat tak nak kawan dengan Asma' sebab kononnya Uminya 'kawang'. Aku siapkan Abdurrahman sambil konon-konon tak kisah kat Asma'. Mula-mula dia ok, Lama-lama dia menangis. Start dengan ayat biasanya, "nak umii.." sampai menangis tersedu-sedu. Naik kesian aku tengok.

Tapi paling sedih bila part Asma' lari ke pintu sambil menangis. Aku ingat dia nak buat apa, rupanya dia jenguk ke luar sambil kata: "Tak ada, tak ada Umi betul. Umi betul dah ilang. Umi gawang je ada.."
Lepas tu dia berlari kat aku. Peluk aku.

Huwaa!! Umi pun peluk Asma'.
Asma', Umi tak nak 'gawang' dah! Umi sayang Asma'. Umi sorry ya, sayang!

Satu-satu peristiwa 'gawang' terbayang depan mata.
Umi marah Asma' bising sebab kacau Umi nak ajar Abang buat homework. Asma' Umi angkat letak tepi, tak peluk macam selalu.
Umi tinggal Asma' sorang-sorang dalam bilik depan sebab Asma' tak nak berhenti menangis. Bila Umi ambil Asma' dan peluk semula berdebar-debar jantung Asma' takut kena tinggal sorang..walaupun tak sampai lima minit.
Umi jentik telinga Asma' sebab Umi geram Asma' ada telinga tapi tak nak dengar. (Astaghfirullah! Umi tak pernah pukul Asma' sebelum ni!)

Ya Allah Ya Latiff..
Rupa-rupanya stress aku terkesan pada si kecil Asma'.
'Gawang' aku menyebabkan hati kecilnya kecut setiap kali memandang Umi.
'Gawang' aku menjadikan Asma' rasa Umi betulnya, yang menyayangi dia, dah hilang..
yang ada hanya Umi jahat, yang sentiasa marah padanya, yang mengherdiknya, yang tak membelainya.

Ya Allah! Ampunkan dosa hambaMu ini. Aku terlalai seketika dalam menjaga amanah tak ternilai Mu ini.
Astaghfirullahal 'azheem. Astaghfirullahal 'azheem. Astaghfirullahal 'azheem.

Tenangkan aku ya Allah.
Jadikan aku Umi yang tak gawang, amin ya Rabb!


Moral of the story: manage your stress before it turns you into a monster. 

Thursday, February 20, 2014

Hidupkan hatimu, hidupkan dirimu!

Kredit: marimembacasayangku.blogspot.com

Kat Malaysia ni siapa yang tak kenal Upin dan Ipin. Semua orang kenal. Well, kalau ada yang tak kenal pun, mungkin sebab dia terlalu khusyuk dan tawaddhu' dalam apa yang dia buat. Kalau tak, mesti kenal punya lah.. merata-rata ada. Bersepah-sepah.

Upin dan Ipin ni kan, karakter dia sangat bagus untuk dijadikan motivasi bagi orang-orang tua macam aku ni la. Cuba tengok, si kembar berdua ni sentiasa bersemangat. Sentiasa nak ambil tahu dan sentiasa cuba mengambil tahu. ("Ambil tahu", baca= belajar) Dek mereka ni sentiasa rajin belajar, hati mereka selalu hidup. Sebab ada perkara baru dalam kotak pengetahuan mereka. Jadi, semangat tu timbul untuk terus meneroka alam yang serba luas ni.

Alaa, macam kita jugak. Kalau ada periuk baru, semangat sikit nak masak. Kalau dapat resepi baru, semangat sikit nak cuba. Kalau dapat kasut baru, rajin sikit jalan-jalan. Kalau ada perabot baru, rumah tu asyik berkemas je lah jawabnya. Nampak tak? Semangat tu datang bila ada perkara baru. Hati kita terus hidup! Jiwa kita berkobar-kobar! Tidur malam pun tak berapa lena dek memikirkan perkara baru tu.

Masya Allah, mudahnya Allah jadikan semangat kita berkobar-kobar. Cuma dengan satu perkara baru je kita dah semangat nak hidup. Semangat nak buat itu dan ini. Jadi, tunggu apa lagi, itulah kuncinya! Nak hidupkan hati dan jiwa kita, senang je: tambah satu perkara baru dalam kotak pengetahuan kita. Belajarlah, apa lagi?

Bila kita belajar, kita dapat tahu perkara baru. Kadang-kadang kita teringat balik perkara lama. Kadang-kadang kita dapat betulkan tanggapan yang salah, yang dah laaaaamaaaa kita pegang. Ilmu yang baru ni dapat jadikan kita gembira, ceria dan bermotivasi. Especially bila ilmu itu dapat mendekatkan kita dengan Rabbul Jalil. Bukankah Allah dah bagitau rahsia hati tenang jiwa gumbira? Dalam surah arRa'd, sebahagian dari ayat 28, Allah berfirman yang bermaksud:
"Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."

So, tunggu apa lagi, jom belajar! Dengan ilmu juga Allah angkat darjat seseorang tu. Dalam sebuah riwayat, dari hadis sahih Muslim (jil.2 no. 783),
Dari 'Amir bin Watsilah r.a., katanya: "Bahwasanya Nafi' bin 'Abdul Harits, pada suatu ketika bertemu dengan Khalifah 'Umar di 'Usfan. Ketika itu Nafi' bertugas sebagai pejabat di kota Mekah. 'Umar bertanya kepada Nafi', "Siapa yang anda angkat menjadi Kepala bagi penduduk Wadi?" Jawab Nafi', "Ibnu Abza." Tanya 'Umar. "Siapa itu Ibnu Abza?" Jawab Nafi', "Salah seorang maula (budak yang telah dimerdekakan) di antara beberapa maula kita." Tanya 'Umar, "Kenapa maula yang diangkat?" Jawab Nafi', "Kerana dia seorang ahli mengenai Kitabullah dan alim tentang Ilmu Faraid (ilmu tentang pembagian pusaka)." Kata 'Umar, "Benar! Nabi saw. pernah bersabda, bahawasanya Allah akan memuliakan suatu kaum dengan Kitab ini (Al Qur'an), dan menghinakan yang lain."
sumber: sini


Ya Allah, Ya Rabbana, zidna ilman naa'fi'aa wa 'amalan mutaqobbala.
Wahai Allah, wahai tuhan kami, kurniakan kami ilmu yang bermanfaat dan amalan yang diterima.

Amin, amin ya Rabbal 'aalamin.. 

Wednesday, March 20, 2013

Tips for better presentation






Hmm.. luckily I found this. Nope, Alhamdulillah Allah send this to me. It's good for me to be ready for my viva. I'm baaad at presentations! :((

We can always be ready for our worldly presentations. To encourage people, to motivate them and to make them believe into what we are trying to sell. Be it our product or merely ideas. But there, in the hereafter, when we are presenting ourselves towards the Almighty Allah..can we do the same? Could we have 30 hours to prepare our slides and another 30 hours to rehearse? Or is our body parts will do the 'presentation' for us while our tongue will be locked helplessly?

Allah said in surah anNahl verse 87 which means:
"And they will offer (their full) submission to Allâh (Alone) on that Day, and their invented false deities [all that they used to invoke besides Allâh, e.g. idols, saints, priests, monks, angels, jinn, Jibrael (Gabriel), Messengers] will vanish from them". 

Then in surah an Nuur verse 24, Allah clearly reminds us:
"On the Day when their tongues, their hands, and their legs (or feet) will bear witness against them as to what they used to do". 

Ya Rabbi, lakal hamdu kama yanmbaghii lijalaali wajhika wa 'azhiimi sultonik! 
   

Sunday, May 06, 2012

Siapa lebih keji?

Jauhi perkara keji, ya anak-anak!

Semalam aku baru sampai dari Kuantan. Balik sekejap jenguk Mama dan Abah yang baru pulang menunaikan umrah. Alhamdulillah, diorang dua-dua sihat kali ni.. pergi dan balik. Cuma Abah sedikit letih waktu di sana. Biasalah, Abah dah tua.. berisiko penyakit jantung pulak tu. Alhamdulillah Mama ada jaga dia. Mama kan darling Abah.

Waktu nak balik Mama bagi aku satu beg plastik penuh dengan buah mangga yang belum masak. "Ini buah dari pokok yang kena tebang tu ke, Mak?" aku tanya.

"Ha'ah.."jawab Mama. 

Pokok mangga yang berkontrobesi tu terpaksa di tebang demi menjaga kemaslahatan ummah. Eheh.. ceritanya begini:

Alkisah tersebutlah seorang tenant rumah sewa Mama, Mrs. X. Dia dah lama duduk disitu. Sejak dari aku kecik-kecik lagi dia dah ada kat situ. Entah-entah sejak aku belum lahir lagi kot. 

Mrs. X ni dah tanam satu pokok mangga yang lebat berbuah (sampailah kena tebang semalam) di belakang rumah sewa tu. Dua tahun lepas, dia pindah. Atau lebih tepat lagi, dipaksa (halau ?) keluar setelah setahun tak bayar sewa. Orang yang bertanggung jawab menghalau (?) dia secara terhormat tu aku lah! (Allah! Why me??) Alah.. bukannya aku kejam sangat pun, notis enam bulan tuh.. 

Jadi, sejak dari hari bersejarah tu, bila pokok mangga tu berbuah je, belum sempat masak dia akan datang kutip habis buah tu. Sebab dia rasa dia tanam kot. Sehinggakan tenant baru lot tu, i.e. Mr. Y, naik berbulu dengan Mrs. X. 

Dipendekkan cerita, Mr. Y selalu datang mengadu pada Mama. Mama ambil jalan mudah, akhirnya cari orang tebang je pokok mangga tu. Tapi Mama kata kat Mr. Y tunggulah sampai pokok tu habis berbuah semua, baru tebang. 

Esoknya, pagi-pagi Mama tengok kat pintu dapur rumahnya ada sebakul penuh buah-buah mangga muda. Mr. Y pulak, bila ditanya, menjawab: " OK, makcik, pokok tu dah abis berbuah! Boleh tebang". Aduhai.. 

Bila aku cerita kat CT, dia kata.. "So, watak paling keji dalam cerita ni Mrs. X tu lah, ye?" Aku sengih je. "Mungkin", jawab aku. 

Atau aku lah watak paling keji menyebabkan Mrs. X terpaksa berpindah lalu meninggalkan pokok mangga kesayangannya tu? Erk! 

Maafkan aku wahai Mrs. X. Aku tak bermaksud nak menyusahkan hidup kalian sekeluarga. Cuma aku mengambil tindakan tersebut atas dasar untuk melihat Mama hidup tak tersepit dek perbuatan kalian. Panjang ceritanya, tak perlu nak diceritakan. Cukup kalau aku kata siapa yang aku tahu menyusahkan Mama and Abah, siap sedia lah terima akibatnya. Bukan aku yang berkuasa, tapi mohon bantuan dari Allah. Allah yang akan meng"kun fa yakun" kan nya. 

Memang aku pantang dengar kalau ada orang menyusahkan Mama atau Abah. Orang tersebut akan diblack listkan dalam buku aku. So, akukah yang keji?

Astaghfirullah! Ya Allah, astaghfirullah!

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)".
maksud firman Allah dalam surah Ali Imran: 135. 


Ampunkan segala dosa kami, Ya Allah. Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. 

Maafkan aku kawan-kawan. Maafkan aku wahai orang-orang yang diblacklist. Maafkan aku..

Sunday, March 01, 2009

Belum Tentu Kita Selamat...
Kita selalunya jarang nak berubah.. atau melakukan sesuatu yang lain dari kebiasaan.. atau melakukan sesuatu yang perlukan usaha yang banyak.. bila kita rasa selesa. Yer lah, dah selesakan, takkan nak ubah keadaan tu. Contohnya kalau kita dah best melingkar depan TV sambil tangan sekali sekala menyeluk mangkuk ambil bertih jagung yang beli kat pasar malam petang tadi, agak susah kita nak bangun capai remote TV yang jauhnya sehasta dari hujung jari kita. Maka kita pun berteriak memanggil makhluk Allah lain yang ada untuk jadi mangsa kita ambilkan remote TV. Eheh.. Ataupun kalau kita dah syok sangat baca novel hatta bila telefon yang dua depa dari tempat duduk kita berbunyi, kita biarkan orang lain yang duduk di bilik sebelah mai angkat. Alih-alih tengok call tu untuk kita.

Bukan tak nak buat. Tapi terlalu selesa keadaan kita waktu tu. Nak diubah sayang. Tapi tak diubah keadaan memerlukan perubahan. Biar orang lain buat. Biarkan. Seolah-olah perubahan tu takkan ada kena-mengena dengan kita. Seolah-olah kita takkan dapat untung dari perubahan yang bakal berlaku tu.
Itulah kita! Selalu macam tu! Hinggakan, kadang-kadang perkara aqidah pun kita biarkan orang lain juga yang buat perubahan. Kita agaknya selesa sangat dengan level aqidah kita hinggakan tak nampak perubahan yang perlu dibuat!

*aik..marah nampak..ko marah ke Iza?*

Marah juga! Marah pada diri aku terutamanya! Aku terlalu selesa dengan iman yang Allah bagi ni, sampai aku lupa kewajipan berdakwah. Aku terlalu asyik dengan islah, sampai aku tak sedar yang nak bawa aku masuk syurga Allah bukan banyaknya ibadah dan islah, tapi rahmat Allah! Macamana aku nak dapat rahmat Allah secara total kalau aku lupa kewajipan aku yang satu ni? Astaghfirullah!
*ala, ko kan dah Islam Iza.. mesti selamat punya lah.. paling lama pun kalau ke neraka kadar jahat engko.. lepas tu, masuk la syurgaa..*

Mana ada selamat? Siapa boleh jamin? Nabi kata kalau mati dalam Islam, betullah akhirnya ke syurga juga. Tapi siapa boleh jamin aku mati dalam Islam? Ada orang boleh jamin ke? Ya Allah! Kau ingat tak apa Allah kata dalam surah Yunus ayat 99? Allah terangkan pada Nabi kita yang kalau Dia nak, semua orang akan dijadikan Muslim. Tapi tak.. Allah jadikan ada yang beriman dan ada yang tidak.

"...jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi..."(Yunus:99)

*abih tuu..?*

Allah kan Maha Adil. Walaupun ada yang dijadikan tak beriman, tapi mereka akan disampaikan mesej Islam tu. Allah dah janji. Kalau mesej tu tak sampai mereka takkan diseksa di neraka. Ingat Allah kata apa dalam surah Yunus ayat 47? Maksudnya:

"Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya".

*tak faham laa...*

Maksudnya, kalau orang bukan Islam pun Allah beri peluang untuk mengenaliNya, maknanya Allah tu adil sangat. Ada peluang untuk ke syurga Allah, dan kalau ingar terus ke nerakaNya. Bagi umat yang dilahirkan Islam pun begitulah.. tiada jaminan untuk terus ke syurga. Tapi atas usaha mereka untuk maintain beriman dan tingkatkan level iman tu. Kalau ingkar, na'uzubillah, jatuh ke neraka!

Jadi kenalah usaha! Tak boleh selesa dah.. tak boleh lalai.. tak boleh lagha.. tak boleh biarkan saja ikut apa nak jadi. Kita kena usaha keras untuk tambah iman dan taqwa pada Allah! Tengok lagi apa Allah pesan kat kita dalam surah alBaqarah ayat 195:

"...dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya".


*erm..ok.. aku nak usaha tambah iman dan taqwa..*

Baguslah. Bukan engkau saja, aku juga. Dan semua umat Islam yang lainnya. Ingat, jangan terlalu selesa! Jangan terlalu selesa.. ok?


Ya Allah, kurniakan aku husnul khatimah! Amin, Ya Rabb! :((

Tuesday, February 06, 2007

The vain game

credit: as above

Permainan Yang Sia-sia

Masyarakat manusia di mana-mana juga sekarang ni selalu berhadapan dengan stres. Tekanan. Hmm, mungkin bukan sekarang saja, dari dulu lagi. Dari waktu mula-mula Nabi Adam alaihi salam diciptakan.

Dengan pernyataan stres itu, maka ramai pulalah cuba mencipta sesuatu agar hidup ini tidak terlalu stres. Diciptakannya segala macam bentuk hiburan agar hidup ini lebih 'selesa' dan 'tidak sia-sia'. Juga dibina segala macam tempat untuk menghilangkan stres dengan segala macam kelengkapan. Walhal, apa yang diperolehi adalah bertambahnya tekanan itu.

Allah mengingatkan kita dalam firmanNya dalam surah alAn'am ayat 32:

"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"

Lebih dari selalu kita lihat orang menganggap ubat itu siksaan. Lebih dari biasa juga kita saksikan orang mengambil sesuatu yang sia-sia itu sebagai penawar. Ada yang mendapat sedikit petunjuk berkenaan yang mana ubat dan yang mana sia-sia. Namun, oleh kerana ketiadaan hidayah, usaha murni hanya tinggal sebagai jasa baik.

Contohnya macam Mother Teresa dan Jane Addams. Hidup mereka penuh dengan jasa baik. Kerja amal yang mereka buat melebihi daya upaya mereka sendiri. Sanggup meninggalkan kesenangan sendiri demi kepentingan orang lain. Tidak langsung kehidupan mereka memikirkan stres tentang diri sendiri, tetapi memikirkan musibah yang mungkin menimpa orang lain jika mereka tidak ditolong. Lalu kehidupan mereka diabdikan untuk membantu meringankan beban yang lain.

Jane, misalnya terlalu obses dengan kerja amalnya, hingga mendapat hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1931. Antara kata-katanya yang masyhur ialah "“You do not know what life means when all the difficulties are removed! I am simply smothered and sickened with advantages. It is like eating a sweet dessert the first thing in the morning.”

Namun, usaha mereka tinggal usaha yang tidak mampu membantu mereka di alam berikutnya. Hanya kerana tiada hidayah dari Allah. Bagi kita yang telah mendapat hidayah, kurang pula jasa baiknya. Atau mungkin kerana selesa memikirkan hidayah yang telah dikurniakan? Awas, ia mungkin lenyap jika tidak dijaga! Seperti meruapnya air ditengah panas.

Ya Allah, ramai sungguh di antara kami yang terlalai dan dilalaikan. Kau berikanlah kami taufik dan hidayahMu Ya Rabbi. Dan bantulah kami menjaganya.. amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...