Tuesday, July 31, 2012

Masak.masak.buka.puasa.

Hari ni tetiba terasa nak post pasal masak-masak. Eheh.. Semalam masak the following:

Ayam sweet sour. Ahaha.. banyak rencah dari ayam. 

Ikan keli goreng berempah. Aku rasa kalo ngap terus lepas goreng tu mesti kaw punyer
Tapi time berbuka mende dah sejuk. eheh..

Sawi goreng. 


Jumaat lepas K.Ana tunaikan nazar dia. Dapatlah kami sekeluarga tumpang sekaki makan nasi mandy kambing. Wow! Tergolek you.. sodaap.. ! Tapi yang talam cantik ni hantar kat Madrasah tempat Abdurrahman belajar. Kitorang punya dalam tupperware see through tu je. Tak kira la tu, janji sodap! 


OK.. lenkali jumpa lagi!

Allahumma laka sumtu, wa bika aamantu, wa 'ala rizqika aftortu, birohmatika, yaa arhamarraahimiin..

Friday, July 27, 2012

Salam Ramadhan


Selamat berpuasa dan selamat beribadah pada semua! Alhamdulillah! Ramadhan datang lagi. Doa kita semoga Ramadhan kita tahun ni lebih baik deri tahun-tahun sudah, insya Allah.

Tahun ni dapat tarawih kat masjid UIA. Best, sebab pihak masjid ada sediakan children center. Jadi, hantar Abdurrahman dan Asma' kat situ. Dapat focus pada solat. Takde lah bimbang pasal diorang. Alhamdulillah..

Kat sini saya nak mintak maaf pada semua. apa-apa yang terlebih terkurang tu mintak halalkan.
semoga ibadah kita menjadikan kita hamba Allah yang lebih bertawqa, amin.

Selamat memburu lailatul qadar.. selamat menyambut syawal yang bakal tiba.
Doakan saya sekeluarga aman bahagia dan bertaqwa sentiasa. :)

salam sayang,
iza.
1433H.


Sunday, May 06, 2012

Siapa lebih keji?

Jauhi perkara keji, ya anak-anak!

Semalam aku baru sampai dari Kuantan. Balik sekejap jenguk Mama dan Abah yang baru pulang menunaikan umrah. Alhamdulillah, diorang dua-dua sihat kali ni.. pergi dan balik. Cuma Abah sedikit letih waktu di sana. Biasalah, Abah dah tua.. berisiko penyakit jantung pulak tu. Alhamdulillah Mama ada jaga dia. Mama kan darling Abah.

Waktu nak balik Mama bagi aku satu beg plastik penuh dengan buah mangga yang belum masak. "Ini buah dari pokok yang kena tebang tu ke, Mak?" aku tanya.

"Ha'ah.."jawab Mama. 

Pokok mangga yang berkontrobesi tu terpaksa di tebang demi menjaga kemaslahatan ummah. Eheh.. ceritanya begini:

Alkisah tersebutlah seorang tenant rumah sewa Mama, Mrs. X. Dia dah lama duduk disitu. Sejak dari aku kecik-kecik lagi dia dah ada kat situ. Entah-entah sejak aku belum lahir lagi kot. 

Mrs. X ni dah tanam satu pokok mangga yang lebat berbuah (sampailah kena tebang semalam) di belakang rumah sewa tu. Dua tahun lepas, dia pindah. Atau lebih tepat lagi, dipaksa (halau ?) keluar setelah setahun tak bayar sewa. Orang yang bertanggung jawab menghalau (?) dia secara terhormat tu aku lah! (Allah! Why me??) Alah.. bukannya aku kejam sangat pun, notis enam bulan tuh.. 

Jadi, sejak dari hari bersejarah tu, bila pokok mangga tu berbuah je, belum sempat masak dia akan datang kutip habis buah tu. Sebab dia rasa dia tanam kot. Sehinggakan tenant baru lot tu, i.e. Mr. Y, naik berbulu dengan Mrs. X. 

Dipendekkan cerita, Mr. Y selalu datang mengadu pada Mama. Mama ambil jalan mudah, akhirnya cari orang tebang je pokok mangga tu. Tapi Mama kata kat Mr. Y tunggulah sampai pokok tu habis berbuah semua, baru tebang. 

Esoknya, pagi-pagi Mama tengok kat pintu dapur rumahnya ada sebakul penuh buah-buah mangga muda. Mr. Y pulak, bila ditanya, menjawab: " OK, makcik, pokok tu dah abis berbuah! Boleh tebang". Aduhai.. 

Bila aku cerita kat CT, dia kata.. "So, watak paling keji dalam cerita ni Mrs. X tu lah, ye?" Aku sengih je. "Mungkin", jawab aku. 

Atau aku lah watak paling keji menyebabkan Mrs. X terpaksa berpindah lalu meninggalkan pokok mangga kesayangannya tu? Erk! 

Maafkan aku wahai Mrs. X. Aku tak bermaksud nak menyusahkan hidup kalian sekeluarga. Cuma aku mengambil tindakan tersebut atas dasar untuk melihat Mama hidup tak tersepit dek perbuatan kalian. Panjang ceritanya, tak perlu nak diceritakan. Cukup kalau aku kata siapa yang aku tahu menyusahkan Mama and Abah, siap sedia lah terima akibatnya. Bukan aku yang berkuasa, tapi mohon bantuan dari Allah. Allah yang akan meng"kun fa yakun" kan nya. 

Memang aku pantang dengar kalau ada orang menyusahkan Mama atau Abah. Orang tersebut akan diblack listkan dalam buku aku. So, akukah yang keji?

Astaghfirullah! Ya Allah, astaghfirullah!

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)".
maksud firman Allah dalam surah Ali Imran: 135. 


Ampunkan segala dosa kami, Ya Allah. Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. 

Maafkan aku kawan-kawan. Maafkan aku wahai orang-orang yang diblacklist. Maafkan aku..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...