Wednesday, October 06, 2010

Alahai anak Umi..
Abdurrahman dah 7 bulan. Alhamdulillah sihat dan ceria selalu. Waktu menangisnya cuma waktu lapar, mengantuk atau sakit sahaja. Waktu-waktu lain maintain cool. Ehehehe.. Alhamdulillah.. Senang Umi nak jaga. Cuma lately ni berubah sikit perangai Abdurrahman. Manjanya lebih lagi. Rengeknya pun panjang sikit. Entah kenapa tiba-tiba jadi gitu. Orang kata perangai nak dapat adik. Ehe..
Itu lah pasalnya kot. Abdurrahman dah besar.. nak jadi Abang Long tu. Apa pun, aku bersyukur kerana Kau menganugerahkan aku dengan kebahagiaan ini. Alhamdulillah.. Cuma study sekarang sikit goyang la.. erkk... sapo nak tolong makcik ni ha?? Taim tak ado budak nak kacau ekau main-main. Sekarang ekau raso la.. mano nak jago anak laie, nak bukak buku laie.. alahai anak Umi..
Inna maal 'usri yusra. Rabbi yassir wa la tu'assir!
Alhamdulillah ya Allah!!

Monday, June 07, 2010



Dari Gombak ke Madinah al Munawwarah

Kalau tahu aku pergi ke Mekah membawa bayi 3 bulan, mungkin kalian tertanya-tanya untuk apa. Bernazarkah? Atau saja-saja makan angin. Hmm.. bernazar tu tak lah, tapi memang aku dan Abg berniat nak bawa Abdurrahman ke sana. Setidak-tidaknya waktu umurnya setahun. Tapi jemputan Allah untuk Abdurrahman ke rumahNya datang lebih awal. Aku bersyukur. Sebab aku mestilah kena ikut. Mana boleh food sourcenya tinggal! Eheh!

Aku janji nak tulis pasal preparation kan. OK, here goes. Tapi aku cerita pasal persiapan baby je la. Korang as orang tua sendiri mau fikir la kan.. eheh..


Perancangan

Paling penting pilih waktu yang tidak terlalu panas. Kalau boleh la.. Time aku pergi ni musim panas. 40+ suhu waktu kami di sana. Jadi aktiviti terhad pada waktu malam je. Itu pun kalau keluar, cepat-cepat masuk bilik balik. Waktu di masjid, cari spot yang ada air-con. So, tak le panas sangat. Waktu yang tak terlalu panas selalunya awal musim sejuk atau lepas musim sejuk. Kalau sejuk sangat pun baby tak tahan.

Waktu untuk tawaf pun kena buat time malam atau awal pagi, lepas subuh ke.. Jadi, waktu nak pilih flight pergi tu, kalau boleh arrangekan dengan travel agent untuk dapat tiba di Mekah (kalau masuk mekah dulu la) sebelah petang atau malam. Jadi berihram tidak terlalu lama. Oh yer, walaupun bayi, sebaik-baiknya kita niatkan dia dengan niat umrah. Tak manis masuk Mekah tanpa niat untuk beribadah kepada Allah. Baik pi melancong tempat lain.

Kalau musim sejuk, lain pulak ceritanya. Kena tanya orang yang pi musim sejuk la.. Eheh! :)

Rancang juga untuk menggunakan kerusi roda waktu bertawaf dan bersa'ie. Jadi, kalau travel agent tu tak sediakan kerusi roda, kena sediakan RM lebih sikit la untuk sewa di masjid. Sewa kerusi roda kat masjid boleh tahan mahalnya. Dari 50 riyal ke 300 riyal kalau musim haji. Bagusnya dapat tolak sendiri sebab kalau diorang tolak, waktu tawaf diorang tak kisah sangat nak jaga bahu kiri menghala ke Ka'abah. Diorang pusing ikut suka je. Janji cepat habis.


Penerbangan
Waktu take-off dengan landing korang kena make sure bayi korang menyusu atau hisap puting kosong. Ini untuk pastikan yang telinga dia tak bermasalah dengan tekanan udara yang berubah. Kalau dia menyusu (yang terbaik) dia akan menelan. Jadi, bila dia telan tekanan kat telinga tu akan diseimbangkan. Kalau tak caya cuba telan..ha, telan la..telan.. Kan? So, please ya.. nanti bagi dia menyusu dua time kritikal tu. Kalau dia tak nak menyusu dan menangis time tu pun tak per, sebab telinga dia akan pop bila mengangis. Tapi kita la tak syok pulak tengok anak menangis, macam sakit je ek.

Dalam kapal tu pulak, kalau nak tukar lampin anak, kena pastikan tandas yang kita masuk tu ada gambar ibu tukar lampin anak. Tak semua tandas dia sediakan dengan platform tu. Bawa lampin satu dengan wet tissue cukup. Kalau nak guna air panas dalam tandas tu pun ada.. kalau perlu basuh yak-yak dia la.

Kalau nak bawa stroller, waktu boarding kat gate tu minta tag untuk stroller. Cakap nak 'collect at door'. (Haah, kena cakap omputeh, you!) Nanti dia lekatkan tag kat stroller tu, kita tolak la sampai nak masuk kat pintu kapal terbang tu. Sampai situ lipatkan elok-elok. Takut diorang tak reti lipat nanti rosak pulak stroller tu. Turun nanti bawa tag tu untuk dapatkan stroller tu balik. Tapi kalau kat airport Jeddah korang kena cari sendiri la, dalam banyak-banyak barang dengan beg-beg yang besar-besar tu. Hehe..

Anyway, satu lagi bab penerbangan ialah bassinet untuk bayi. Waktu nak check in tu minta seat yang ada 'bassinet point'. Selalunya tempat duduk barisan hadapan. Pramugara penerbangan tu akan pasangkan katil bayi tu siap lapikkan dengan selimut lagi. Tapi kita takleh lalai juga. Kalau waktu ada air-pocket kena pegang bayi tu takut jatuh.

Ringgit Malaysia

Spare untuk bayar dam bagi bayi. Takut-takut kalau ibunya tiba-tiba ter'haidh', kena tunggu ibunya bersih baru boleh tawaf. Jadi sementara menunggu, takkan nak pakai ihram kain dua helai tu. Kalau lelaki la. Sejuk la si kecik tu. Jadi, pakaikan pakaian biasa. Ada banyak pendapat, tapi untuk senangkan hati boleh bayar dam takhyir. Boleh juga orang lain bawakan bayi tu. Tapi kena bawa susu la takut-takut dia meragam tengah-tengah tawaf atau sa'ie.



Juga kalau nak upah budak tolak kerusi roda waktu tawaf dan sa'ie. Kena sedia riyal juga.



Kesihatan & Ubat-ubatan

Kalau bayi bawah 6 bulan tak perlu dapatkan suntikan tambahan. Sebab yang monthly injection tu insya Allah dah memadai. Lagipun, kalau nak juga tak ada pun. Aku pergi jugak nak inject, tarak hospital kata. Hmm..


Ubat demam (paracetamol) dan ubat kembong (jenis sirap) pun aku bawa. Tapi cuma ubat kembong yang aku guna. Alhamdulillah dia tak demam. Kalau bimbang dia demam, cool fever pun bagus kalau dapat sediakan sekali. Takut kat sana susah nak jumpa. Tapi, apa pun, kat sana beri bayi air zam-zam sikit-sikit. Memang bayi bawah 6 bulan tak patut diberi air selain susu ibunya. Tapi keadaan cuaca yang terlalu panas dan kering. Daripada masuk ubat-ubat lain, baiklah berikan air zam-zam. Aku bagi guna syringe. Tembak sikit-sikit..dia pun suka. Jangan bagi guna botol susu, nanti masuk terlalu banyak, takut usus dia kembang dengan air. Usus bayi bawah 6 bulan masih terlalu baru, belum sesuai untuk proses selain dari susu ibu.

Oleh sebab airport, dalam flight, dan bilik hotel semuanya berhawa dingin, kalau bayi korang tak tahan elok juga bawa vicks untuk baby. Sapu kat hidung dan dada kalau dia lemas hidung.. ala, hidung tersumbat..



Pakaian dan Lampin

Baju ni ikutlah.. Kalau bayi korang selalu muak/jeluak.. mungkin kena bawak lebih untuk penukaran yang kerap. Tapi tak perlu bawa banyak sangat. Bajet rolling untuk 3 hari. Boleh basuh. Kat sana cepat kering. Tapi jangan lupa bawa sepit kain dan hanger. Angin kuat!

Lampin pulak, mesti pakai yang jenis pakai buang kan. 3-4 sehari pun dah cukup rasanya. Kat sana mungkin sebab kering, bayi jarang membuang. Kalau dia buang air kecik pun, lambat penuh diaper tu. Kalau nak beli kat sana pun boleh, cuma rasanya mahal sikit dan takut tak sesuai dengan bayi kita.


Toiletries

Bawak sabun top-to-toe tu dah cukup. Bukan dia mandi sangat pun. Lap-lap je. Takut demam sebab cuaca terlalu panas. Kalau mandi pun, cuba mandikan dengan air zam-zam. Air paip kat sana ok, panas sedap-sedap gitu.. tak payah sibuk nak panaskan air.




Susu Ibu

Kalau korang menyusukan bayi, alhamdulillah. Senang tak payah nak bawa susu tin. Tapi mungkin kena bawa breast pump untuk guna kat sana. Sebab kalau nak ke masjid atau buat umrah tambahan tinggalkan bayi dengan orang, perlu ada susu untuk dia.

Hati-hati kat sana oleh sebab cuaca juga mungkin, badan kita cepat kering. Jadi ibu-ibu kena minum baaaaanyak air. Kalau tak susu pun kurang nanti. Makan banyak-banyak jangan takut gemuk ke, kalori ke, kalau tak buat camtu nanti susu kurang. Doa juga banyak-banyak minta Allah tambahkan susu. Rabbi zidna wa la tanqusna!

Sebelum pergi hari tu aku siapkan 3 botol 5oz untuk dibawa bersama. Bekukan dan bawa dalam beg thermal siap bubuh ice pack. Kat imigresen lepas. Dalam flight pergi dan balik aku dapat panaskan 3oz setiap kali. So, waktu-waktu kritikal boleh la bagi dia. Kemudian aku guna juga waktu minta Mama jaga dia sebab aku nak buat umrah dengan Abg. Kiranya berbaloi jugalah bawa susu beku dari Malaysia.


Lain-lain

Mungkin korang nak bawa tilam kecil yang lembut, senang untuk lipat masuk beg. Aku bawa tilam tu dan bantal kecik untuk alas tidur dia di masjid. Alhamdulillah, dapat bawa dia tahajjud di Masjidil haram 2 hari. Kami keluar pukul 3 pagi. Sebelum keluar susukan dia puas-puas. On the way tu Abi dia dukung sampai tertidur. Jadi di masjid dia tidur sampai orang selesai solat. Tak ganggu sikit pun. Tapi ingat kalau dapat pergi level 2 kurang orang. Bukan apa sebab mak-mak arab dan makcik-makcik india dan pakistan tu suka langkah orang. Bimbang dia tak nampak baby yang tengah tidur atas lantai..

Kalau nak tawaf sunat sambil dukung bayi pun boleh, cuma kena jaga kepala dia pasal orang ramai tak perasankan. Lutu-lutu langgar-langgar tu macam biasa je la.

Apa pun, ilmu tu penting. Belajar juga macamana nak niatkan untuk anak, ambilkan wudhu' dia, bersihkan dia sebelum ke masjid, etc. Kalau niat kita betul dan baik, insya Allah dipermudahkan Allah. Rabbi yassir wa la tu'assir. Mungkin orang kata susah, aku tak rasa susah pun. Malahan rasa seronok dan sangat bersyukur! Abdurrahman tak meragam sikit pun waktu di sana. Cuma malam sebelum balik tu dia tak tidur. Mungkin sedih nak kena balik Malaysia. hm...

Alhamdulillah. Tu je la kot. Kalau ada apa-apa nak tanya boleh. Ok. Dah selesai utang.. eheh..

Ya Allah! Rabbi yassir wa la tu'assir ya Kareem!

Saturday, June 05, 2010

Labbaikallahumma labbaikk!!

Alhamdulillah! Seruan Mu kami jawab Ya Allah! Selesai umrah 2010 aku bersama Abg, Abdurrahman, Mama dan Abah. Ternyata rahmat Allah mencurah-curah bila pergi menunaikan umrah dengan si kecik Abdurrahman. Paling best, aku tak penat sebab tawaf dan sa'ie. Mana tidaknya, Abg yang berpeluh-peluh menolak aku dan Abdurrahman yang duduk atas kerusi roda! Eheh! Jazakallah Abg!

Sebelum pergi tu risau juga. Ye lah, dah le pertama kali nak bawak baby, musim panas pulak tu. Puas aku merayau dalam Internet, cari maklumat. Susah juga. Tak ramai yang pergi bawa bayi seawal 3 bulan. Kalau ada pun, tak ada didokumentasikan kisah perjalanan mereka. Ada seorang dua yang bercerita tentang umrah mereka dengan bayi 6 bulan ke atas. Ok lah jugak, boleh aku buat panduan.

Atas dasar tu, aku nak menulis tentang perjalanan kami. Dari persiapan, hinggalah pulang ke rumah. Moga-moga boleh jadi panduan bagi sesiapa yang nak ke tanah suci bawa bayi 3 bulan.. hehe. Kalau sesiapa yang nak linkkan tulisan ni pun boleh, aku beri kebenaran. Aku dah tag kan dengan tag-tag yang sesuai. Harapnya membantu especially kaum ibu yang banyak kena buat preparation.

Sebelum tu, aku nak panjatkan lagi kesyukuran aku banyak-banyak! Alhamdulillah Ya Allah! Atas jemputanMu kami datang, atas izinMu kami bermukim di tanah suci, atas kurniaMu kami bermunajat memohon ampun dariMu dan atas kasih sayangMu jualah kami menunggu syafa'at nabiMu. Ya Allah, jangan jadikan umrah dan ziarah kami ini umrah dan ziarah yang terakhir. Bahagiakan kami dengan jemputanMu setiap tahun, ya Allah! Rezekikan kami untuk terus mengunjungi Baitullah dan Masjid Nabawi! Amin , Ya Rabb.

Aku tahu Abdurrahman suka dapat ke Mekah. Aku laaagi suka!

Sunday, April 04, 2010




Anugerah Tak Ternilai

Last entry tahun lepas. Hampir setahun aku tak mengupdate blog ni. Cewah.. macam busy bebenor la kununnya. Sibuk sangat tu tidaklah. Tapi Allah dah beri aku satu kurniaan yang tak terucap kesyukuran aku padanya. Sebab terlalu tinggi anugerah ni, bukan calang-calang orang Allah berikan harta sebegini berharga.. kan..kan..

Alhamdulillah, putera sulung aku lahir lebih kurang pukul 3.37 petang (kalau ikut rekod Pusrawi la) pada 12 Rabi'ul Awal 1431 Hijrah. Sudahla Allah izinkan aku bersalin secara normal, dapat pula pada hari Jumaat dan Maulidur Rasul. Tu yang tambah kesyukuran aku tu.

Kelahiran Abdurrahman disaksikan sendiri oleh Mama dan Abg. Mula-mula Mama seorang yang masuk, tapi Dr. Marsita yang baik hati insist panggil Abg masuk sekali. Waktu dia suruh nurse panggil Abg aku dah takut.. takut Abg yang pengsan! Hehe.. Alhamdulillah, 3 kali push Abdurrahman keluar sambil diazankan terus oleh Abg. Dr. Marsita kata, "bila I kata azan je, you azan," dia bagi arahan pada Abg. Abg pulak azan tersasul-sasul sebab sebaknya dia nampak Abdurrahman keluar. Mama pulak menangis tengok cucu lelaki sulung dia. Aku jugak yang maintain ceria.. cewah!

Apapun, hari ni dah 37 hari usia Abdurrahman. Aku tak putus-putus bersyukur atas segala kemudahan yang Allah kurniakan pada aku. 13 tahun aku honeymoon dengan Abg, sekarang mula sesi mujahadah dan tarbiah bersama si kecil Abdurrahman. Aku panjatkan doa agar Allah mudahkan setiap langkah aku bersama Abg dan Abdurrahman selepas ini. Semoga hidup kami lebih diberkati olehNya.

Aku mohon juga untuk tidak zalim atas amanah Allah ini. Juga tidak lagha melupakan harta yang sebenarnya. Maksud firman Allah dalam surah alKahfi ayat 46, "Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan."

Ya Allah, Ya Rabbi, yassir wa la tu 'assir Ya Kareem, Rabbi tammim bil khair!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...