Sunday, April 04, 2010




Anugerah Tak Ternilai

Last entry tahun lepas. Hampir setahun aku tak mengupdate blog ni. Cewah.. macam busy bebenor la kununnya. Sibuk sangat tu tidaklah. Tapi Allah dah beri aku satu kurniaan yang tak terucap kesyukuran aku padanya. Sebab terlalu tinggi anugerah ni, bukan calang-calang orang Allah berikan harta sebegini berharga.. kan..kan..

Alhamdulillah, putera sulung aku lahir lebih kurang pukul 3.37 petang (kalau ikut rekod Pusrawi la) pada 12 Rabi'ul Awal 1431 Hijrah. Sudahla Allah izinkan aku bersalin secara normal, dapat pula pada hari Jumaat dan Maulidur Rasul. Tu yang tambah kesyukuran aku tu.

Kelahiran Abdurrahman disaksikan sendiri oleh Mama dan Abg. Mula-mula Mama seorang yang masuk, tapi Dr. Marsita yang baik hati insist panggil Abg masuk sekali. Waktu dia suruh nurse panggil Abg aku dah takut.. takut Abg yang pengsan! Hehe.. Alhamdulillah, 3 kali push Abdurrahman keluar sambil diazankan terus oleh Abg. Dr. Marsita kata, "bila I kata azan je, you azan," dia bagi arahan pada Abg. Abg pulak azan tersasul-sasul sebab sebaknya dia nampak Abdurrahman keluar. Mama pulak menangis tengok cucu lelaki sulung dia. Aku jugak yang maintain ceria.. cewah!

Apapun, hari ni dah 37 hari usia Abdurrahman. Aku tak putus-putus bersyukur atas segala kemudahan yang Allah kurniakan pada aku. 13 tahun aku honeymoon dengan Abg, sekarang mula sesi mujahadah dan tarbiah bersama si kecil Abdurrahman. Aku panjatkan doa agar Allah mudahkan setiap langkah aku bersama Abg dan Abdurrahman selepas ini. Semoga hidup kami lebih diberkati olehNya.

Aku mohon juga untuk tidak zalim atas amanah Allah ini. Juga tidak lagha melupakan harta yang sebenarnya. Maksud firman Allah dalam surah alKahfi ayat 46, "Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan."

Ya Allah, Ya Rabbi, yassir wa la tu 'assir Ya Kareem, Rabbi tammim bil khair!

2 comments:

naili said...

congrates dear...
manisnya hadiah sebuah kesabaran.
itulah balasan kpd hamba-hambaNya yang tak pernah berputus asa dan berburuk sangka thdp rahmatNya.

Anne said...

tahniah iza! hensem abdurrahman. semoga menjadi anak yang bestari, soleh dan memperjuangkan agama Allah, insyaAllah. :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...