Saturday, December 03, 2005

Assalamu`alaikum semua,

Terima kasih kerana sudi berkawan dan berkongsi idea. Terima kasih kerana sudi menjadikan saya lebih matang.
Semoga Allah merahmati kalian di dalam kehidupan dunia dan akhirat. :)


Dengan ini saya menutup entry blog ini bagi tahun masehi 2005. Insya Allah, panjang umur, sihat tubuh badan, ada jodoh kita jumpa lagi tahun hadapan.

Ilal liqo'.. :D

Monday, November 07, 2005

Selamat Hari Raya
kepada semua pengunjung SapaKata?
Maaf Zahir Batin
-iza

Tuesday, October 25, 2005


Memetik Bunga Jangan Sampai Ia Layu (pt.1)

Ramai orang suka lihat bunga. Sebab apa? Sebab bunga cantik.

Ramai orang suka juga dapat bunga sebagai hadiah. Sebab apa? Sebab bunga cantik.. dan cukup istimewa bila pemberinya itu juga cantik. Tak kiralah, cantik wajahnya ke, cantik budi pekertinya ke.

Bila orang mati pun akan ada yang memberi bunga dan menaburkan kelopak-kelopak bunga di atas pusara. Sebab apa? Sebab bunga tu cantik. Maka diharapkan kecantikan bunga itu akan dapat mewarnai hati yang sedang berdukacita.

Bunga yang dipetik tidak akan tahan lama keindahannya. Secantik mana pun, semekar mana pun, seharum mana pun bunga itu, ia tidak akan tahan lama. Paling lama pun mungkin seminggu kalau persekitarannya sesuai dengan bunga itu.

Monday, October 17, 2005

Satu petang di bulan Ramadhan, entry aku seperti di bawah:

Allah berfirman : "Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah Dengan ingatan serta sebutan Yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan petang. Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah ia sentiasa melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di Akhirat). Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera); dan ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan Yang mulia. "
Surah Al Ahzab: ayat 41-44

Thursday, October 13, 2005

Proper Attire

Dulu zaman tengah study dulu, bila ada majlis apa-apa, selalulah ada announcement yang berpesan: Please wear proper attire. Mana tidaknya, kalau tak dipesan begitu, alamatnya ramailah pelajar yang akan datang dengan seluar jeans la, selipar lain sebelah la, jubah cari makan* la. Heh..

Sama macam kalau kita tonton cerita-cerita barat yang kerap kali disiarkan dalam TV. Kalau nak ke tempat makan yang ekslusif, yang lelakinya perlu bertali leher dan berkot. Perempuannya pula perlu memakai evening dress atau baju hitam labuh yang berlabuci atau bersequin. Kalau tidak berpakaian begitu, mungkin anda tidak dibenarkan masuk.

Sama juga macam bila ada majlis anugerah pingat dan pangkat darjat kebesaran oleh Agong atau Sultan sewaktu ulangtahun keputeraan mereka. Para hadirin perlu lengkap berpakaian melayu atau berpakaian seragam. Pakaian melayunya pula perlu berwarna hitam. Bersongkok atau bertanjak. Bersampin songket. Yang perempuan berbaju kebaya atau kurung moden. Pastinya juga perlu cantik dan kemas sambil dihias barang kemas sedikit sebanyak. Kalau tidak berpakaian seperti yang ditetapkan, jangan haraplah nak dapat masuk hatta duduk di tepi-tepi sekalipun.

Susah juga nak bersiap begitu. Maksud aku persiapan sebegitu memerlukan kos juga. Kalau takde baju melayu hitam, perlu dibeli. Kalau pun ada yang lama, hai.. nak terima anugerah bukan hari-hari, takkan nak pakai baju raya tahun lepas. Kalau perempuan lagilah pula. Tentunya bersiap dengan set rantai emas dan subang yang sepadan. Kalau yang bertudung pula, pastinya hendakkan set keronsang baru yang agak nampak merelit.

Yang aku hairannya manusia sanggup mengadakan semua itu walaupun susah sikit. Walaupun perlu berbelanja lebih dari biasa. Sanggup menukar gaya hidup walaupun sementara semata-mata untuk diterima dalam lingkungan masyarakat di situ dan pada waktu itu.

Jarang kita sedar bahawa untuk masuk ke syurga Allah juga ada proper attire yang perlu kita turuti. Syurga Allah kekal, tapi jarang kita lihat orang yang berhempas pulas bersiap untuk mengenakan pakaian yang tepat dengan kod pakaiannya untuk ke syurga Allah ini. Masih dengan tudung jarang ala sapu tangan, berhasrat untuk melangkah masuk ke istana yakut di syurga Allah. Masih berseluar pendek yang kononnya menutupi lutut, tetapi terselak bila duduk, bermimpi untuk mendampingi bidadari syurga. Malah, ada yang tidak langsung mengendahkan aurat, malah berpakaian ala musyrikin, sanggup mengaku merindui syurga Allah!

Nastaghfirullah.

Sesungguhnya, pakaian yang paling proper sekali untuk masuk ke syurgaNya ialah pakaian taqwa. Semoga kita semua dapat mengenakan pakaian taqwa dalam hidup kita sehari-hari.. amin, Ya Allah.



* jubah cari makan tu jubah yang kitorang-kitorang pakai time turun dari hostel nak beli makanan waktu petang atau malam.. heheh.. Kat dalam pakai t.shirt ngan bottom track! ;)

Tuesday, October 04, 2005

Selamat Berpuasa buat semua umat Islam di dunia.
Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan dan kebahagiaan yang dicari selama ini.

Ya Allah, temukan kami dengan Lailatul Qadar Mu, amin..

Monday, September 19, 2005

Benci dalam diam

Sekarang ni terlalu ramai orang yang benci Nabi sallahu 'alaihi wasallam dalam diam. Sedih aku memikirkan hakikat ini. Mengapa perlu kita benci orang yang telah menyelamatkan kita dari kejahilan?? Kenapa?

Aku suarakan perkara ini pada seorang teman. "Apa maksud Iza," tanya dia.

Yer lah.. benci la. Macam kita benci kat seseorang tu, bila dia suruh buat apa-apa kita tak rasa nak buat. Lagi kita lawan cakap dia ada la.

Macam terlalu ramai orang sekarang ni yang mengaku cintakan Nabi, tetapi nak tutup aurat sejengkal pun susah. Apatah lagi nak ikut sunnah Baginda. Lebih melampau lagi bila cuba mempermainkan ajaran yang dibawa olehnya. Ya Allah, aku tak mampu nak halang seme tu.

Ya Allah, kuatkan iman kami.

Sunday, September 18, 2005

Sabah kena pukul ribut!

Malam semalam, tengah syok tengok berita dengan Abg satu happenning happened. heheh.. Cerita pasal Sabah kena pukul ribut, tau-tau rumah aku pun kena pukul dek ribut juga.

Astaghfirullah. Ampunkan dosa kami sekalian hambaMu.

Memula angin yang luar biasa kuatnya bertiup masuk dalam rumah kami. Abg ingatkan aku buka tingkap bilik tengah tu. Aku kata, takder.. tak bukak tingkap pun. Angin punyala kuat, sampai waktu aku ke tepi tingkap tu [nak cek tingkap terbukak ke], rasa macam nak tercabut kepingan tingkap nako tuh.

Pas tuh, hujan mula turun dengan lebatnya, tadi turun dah.. tapi tak kuat sangat. Disebabkan oleh kuatnya angin, siling mula bergerak dan tercabut! Abg terus masuk bilik tengah tu dan azan sekuat-kuat hati dia. Hujan turun mencurah-curah diselangi dengan petir dan guruh. Aku punya takut masa tuh.. cepat-cepat tukar pakai seluar panjang. Hmm, rasa nak kena berkemas tuh semacam je. hehe

Diepndekkan citer, malam tadi rumah aku banjir dari dalam. Bocor tiga tempat + 1 tempat tempias dari luar. Hasilnya kul 11 malam aku pi check in hotel murah kat area rumah jugak. Heheh...

Malam ni aku duk kat kedai. Rumah tak settle lagi. Tuan rumah tak bersungguh nak repair atap tuh. Lagipun, pusing satu Kuantan atap asbestos tu dah abis! Nak buat camner, hari Ahad kedai pun half day jer. Abg cakap pelik cina sekarang tak sibuk nak kaya. Kalau dulu, stok abis sibuk cari dari kedai orang lain nak jual. Tapi la ni, stok abih tutup terus kedai. Hehe..

Anyway, sapa nak tolnog aku mai la Kuantan nih. Nampak rumah yang atap tercabut tuh rumah aku ler. :)

Ya Allah, astaghfirullah...

Monday, August 29, 2005

Kemerdekaan dan kita

Tengok tak iklan petronas berkenaan dengan Hari Merdeka tahun ni?
Memula aku tak nampak mesejnya. Tapi Abg explain.. ooOOoo.. itu maksud dia.

so aku pun applykan pada diri aku apa yang Pakcik tu kata bila adik tu tanya.

Adik : Pakcik, dah lama ke Pakcik pakai kaki tu?

Pakcik : Dah lama nak, dan dah jaauuuh Pakcik jalan... Tapi ingat, kita jalan mesti ke depan, bukan ke belakang.



Ada kalanya aku jalan ke belakang. Pandang ke depan, tapi kaki melangkah ke belakang. Malu bila Pakcik ni tegur begitu.

Dalam ibadah aku seharian, rasa semakin kebelakang aku berjalan. Kalau waktu belajar pernah menghabiskan masa untuk solat sunat, tapi bila dah kerja ni sibuk sangatla kononnya, langsung dah tak solat sunat. Laju saja mengerjakan solat fardhu bila waktu masuk. Tak teringat pun nak solat sunat 2 rakaat sebelum ke.. selepas ke..

Puasa begitu juga. Time belajar puasa sunat adalah juga. Sekarang ni tunggu puasa ramadhan ajer. Kalau sunat pun digandingkan dengan yang ganti. Astaghfirullah.

Nak baca Qur'an pun masih dilevel sama. Kalau dulu mungkin 4,5 muka sehari.. sekarang 1,2 muka pun susah. Ya Allah.. sibuk sangatkah aku dengan dunia ni? :(

Ya Allah, jadikanlah aku orang yang berjalan ke depan untuk terus mengadapMu. Amin, ya Rabbal a'lamin.

Monday, August 08, 2005

Wednesday, July 20, 2005

Dunia Dan Isinya

Firman Allah dalam surah ash-Shura ayat 20:

"Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat."

Ada orang yang terlalu memandang dunia.
Aku berdoa padaMu, Ya Allah..jauhkan lah hatiku daripada terikat pada keseronokan dunia.

Kerana dunia manusia sanggup berbalahan. Kerana dunia manusia sanggup berbohong. Kerana dunia manusia sanggup melihat orang lain menderita. Kerana dunia juga manusia sanggup mengorbankan kesenangan akhirat.

Ya Allah... damaikanlah hatiku dalam mencari redhaMu.. amin.

Tuesday, June 14, 2005

Ilmu dan Kemahiran

Nabi Muhammad sallallaahu 'alaihi wasallam pernah berpesan yang bermaksud jika sesiapa menginginkan dunia, maka ia akan mendapatinya dengan ilmu..sesiapa yang menginginkan akhirat pula juga akan mendapatinya dengan ilmu.. dan sesiapa yang menginginkan kedua-duanya akan memperolehinya juga dengan ilmu.

Pesan Nabi sallallahu 'alaihi wasalam ini menekankan tentang ilmu yang wajib ada di dalam dada setiap umat baginda. Seharusnya ilmu itu merujuk kepada pengetahuan yang baik.. i.e. apa-apa pengetahuan yang positif.

Kemahiran juga adalah ilmu.. tetapi ianya adalah ilmu yang diamalkan. Ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon tanpa buah. Contoh cam seorang yang dan 10 kali baca buku tentang fotografi, dia akan ada ilmu tentang fotografi. Tapi kalau dia tak pernah pun sentuh kamera, belum tentu dia boleh ambil gambar yang baik. Nak ambil gambar yang baik perlu ada kemahiran. Kemahiran hanya akan datang setelah berkali-kali ilmu tadi diamalkan.

Ilmu mungkin boleh dibeli tetapi kemahiran tidak. Kita boleh bayar orang untuk ajar kita amik gambar. Tapi kita tak boleh upah orang buat kita jadi mahir. Kita sendiri kena usaha untuk jadi mahir. Kalau gambar-gambar yang Nett amik semuanya marvelous and splendid, kita tak boleh beli kamera dia dan expect untuk hasilkan gambar sebaik gambar-gambar Nett. Kan Nett, kan..? hehe..

Apa pun.. usaha tu lah tangga kejayaan.

Untuk akhirat kita begitu juga. Kalau kita rasa susah untuk berbuat kebaikan, berhenti fikir tentang susah itu. Gunakan tenaga tadi untuk lakukan kebaikan. Mungkin tak sesusah yang kita sangka. Contohnya, dari kita susah-susah fikir apa orang lain kata tentang penampilan kita, baiklah kita berselawat ke.. baca Qur'an ke.. baca buku ke.. tak gitu?

Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang berusaha.. amin.

Wednesday, June 08, 2005

Semalam pukul 4.30 petang phone aku berbunyi. Suara Mama cemas memberitahu Abah dah dibawa ke emergency ward. Aku terus off PC, terus ambik beg, cari kunci kereta dan cepat-cepat meluru ke pintu. Sambil tu sempat pesan pada teman sebilik aku nak ke hospital. Ops.. K.ijan.. pinjam phone. Heheh.. Kredit phone aku dah out. Aku nak call Abg. Dlm masa kurang dari 30 saat aku dah on the way ke hospital.

Dalam hati aku cuma ada surah Al-Fatihah. aku sedekahkan pada Abah semuanya. Semoga Allah kurangkan kesakitan Abah. Dan semoga dia sabar..

Sesampai aku di sana Abg dah sampai. Aku tak boleh masuk lagi tengok Abah, sebab Doktor tengah buat treatment. Tapi Abg kata Abah ok.

Abah kena serangan jantung yang minor. aku tak reti nak citer pepanjang.. Cuma doa aku semoga Abah cepat sembuh dan sihat selalu. Tu kes makan daging banyak sangat, maklumler.. cuti sekolah tiba bersama jemputan kenduri yang tak putus-putus.

Ya Allah, Kau peliharalah Abah dalam kasih sayang Mu.

Tuesday, May 31, 2005

Salah kah kalau aku kata aku toksir minta tolong dari orang dahulu? Sombongkah kalau aku kata aku toksir bercerita pada orang dahulu?

Hmm...kalau 'ya' jawapannya mungkin ada yang tak kena pada aku. Nak faham kenapa jadi begitu? Mungkin sebab aku terlalu yakin hanya pada Allah. Salah kah?

"Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan mu.." Ali Imran:160

Tuesday, March 29, 2005

Pendidikan sekarang tak menjamin masa depan.

"Siapa setuju dengan penyataan ini? " aku rasa nak tanya student aku dengan soalan menarik nih. Agak-agak berapa orang yang akan angkat tangan. Atau berani bersuara.

Kalau dilihat secara kasarnya, memang aku pun berani kata pendidikan tak menjamin masa depan. Sekurang-kurangnya tidak kepada 80 ribu penganggur seperti yang dilaporkan baru-baru ni. (Tapi dua tiga hari lepas menteri mana tah kata laporan tu tak benar..wallahu a'lam)

Sebabnya, hari-hari aku berdepan dengan pelajar yang bila tinggal seminggu nak peperiksaan akhir, barulah nak cari bilik aku kat mana..

*Ketuk-ketuk pintu*

"Assalamu'alaikum.." buka pintu kecik je.. muat-muat kepala masuk. Lepas tu, semacam kucing memandang kiri-kanan. Cari pensyarah yang dia nak jumpa. Kalau ada terpaksa la jumpa. Kalau tak ada, lega.. bila jumpa nanti boleh bagitau dah pergi, tapi puan tak ada. *Hmm*

Bila dah jumpa, dialog busuk seterusnya "Puan, ada tak kertas soalan sem lepas?"

Nak jer aku kata "Eh, mana awak tau saya ada simpan soalan sem lepas? Bijak la awak ni. Nak saya fotostat kan untuk awak ke?"

Tapi aku tak der ati nak melawak sampai begitu sekali. Especially bila benda yang sama berulang hampir dua tiga kali sehari. Ya Allah..

Bukan aku nak menghina. Dan bukan juga aku membenci atau tak nak menolong. Kalau pelajar sem 1 datang tu aku rasa ok lagi. Tapi bila pelajar sem 5 atau 6.. aku rasa itu melampau.

Anda begitu?

Tuesday, March 01, 2005

Semalam aku berkesempatan chat dengan seorang teman. Dia baru balik dari mendaki Gunung Tahan. Mesti seronok dapat jelajah alam Tuhan. Dapat lihat kebesaranNya.

Aku tanya dia, macamana dengan perjalanan tersebut. Dia kata dia dapat lihat 3 perkara. Jom kita share apa yang dia nampak.

1. Pandangan mata ni menipu.
Konteks dia: Nampak macam dah dekat Gunung Tahan tu.. tapi tak sampai-sampai. Mungkin sebab gunung tu besar dan tinggi.. maka nampak macam dekat.

Konteks umum: Memang pandangan mata menipu. Kan ada lagu tu: "Pandangan mata selalu menipuuu, pandangan akal selalu tersalaahhh. Pandangan nafsuu selalu meluluuu.. pandangan hati itu yang hakikii.. kalau hati itu bersihh." Sebab tu apa yang kita nampak dengan mata kasar kena selidik dulu betul salah nya. Especially bila melibatkan orang lain.

Konteks aku: Gunung Tahan tu besar sebab tu nampak dekat. Tapi sebenarnya jauh lagi. Allah tu Maha Besar dan Maha Agung. Sebab tu rasa Dia dekat dalam hati. Walau bagaimanapun, level aku masih jaaaaaaaaaaaaaaaaaauh lagi dari Mu, Ya Allah. Didiklah hati aku dengan ilmuMu, Ya Allah.


2. err.. lupa arr nombor dua apa. heheh.. sorry ek.


3. Maintain jalan atas jambatan gantung susah.
Konteks dia: Jambatan tu terhayun-hayun.. dah ler tinggi, kalau gayat susah ler. Tapi alhamdulillah dia tak gayat. So, mudahlah bagi dia.

Konteks umum (ikut kata teman aku): Nak maintain jalan dakwah laaaaagi susah. Nak buat orang faham dan ikut suruhan Allah lebih payah. Kita nak maintain diri ikut suruhan Allah pun payah!

Konteks aku: UWAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!

Thursday, February 17, 2005

assalamu`alaikum,
umi.. jumpa dah ke site nih? heheh....

Wednesday, February 16, 2005

Hidup aku akan jadi bosan bila...

>> tiada matlamat

>> lama sangat dalam satu stagnant environment

>> orang sekeliling tak faham syariat

>> lama tak sujud

>> ada penyakit hati



dan hidup aku jadi teramat bosan bila...

>> Abg outstation!
UWAAAA!!!! :((

Tuesday, February 08, 2005

SeLaMaT TahUn BaRuuu !!!! :)



Semoga tahun ini memberikan sinar yang lebih terang dari yang sebelumnya.

Azam aku tahun ni yang awal sekali ialah untuk mengerjakan haji.. Ya Allah, jemputlah aku ke sana untuk mendapatkan haji mabrur, amin.

Azam yang kedua ialah untuk menjadi guru Qur'an.. hehe.. kalau tak untuk orang lain pun untuk keluarga aku.

Azam aku yang ketiga ialah untuk melangsaikan hutang dunia.. yang ni berat sket.. hutang belajar, hutang kete, hutang bisnes.. manyak tu.. tapi aku serahkan semuanya pada Allah, Tuhan yang Maha Kaya. Aku usaha Engkau maqbulkan .. amin.

semoga semua cita-cita kita tercapai. semoga umat Islam lebih dilindungi dengan rahmat Mu, Ya Allah.. amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...