Thursday, October 13, 2005

Proper Attire

Dulu zaman tengah study dulu, bila ada majlis apa-apa, selalulah ada announcement yang berpesan: Please wear proper attire. Mana tidaknya, kalau tak dipesan begitu, alamatnya ramailah pelajar yang akan datang dengan seluar jeans la, selipar lain sebelah la, jubah cari makan* la. Heh..

Sama macam kalau kita tonton cerita-cerita barat yang kerap kali disiarkan dalam TV. Kalau nak ke tempat makan yang ekslusif, yang lelakinya perlu bertali leher dan berkot. Perempuannya pula perlu memakai evening dress atau baju hitam labuh yang berlabuci atau bersequin. Kalau tidak berpakaian begitu, mungkin anda tidak dibenarkan masuk.

Sama juga macam bila ada majlis anugerah pingat dan pangkat darjat kebesaran oleh Agong atau Sultan sewaktu ulangtahun keputeraan mereka. Para hadirin perlu lengkap berpakaian melayu atau berpakaian seragam. Pakaian melayunya pula perlu berwarna hitam. Bersongkok atau bertanjak. Bersampin songket. Yang perempuan berbaju kebaya atau kurung moden. Pastinya juga perlu cantik dan kemas sambil dihias barang kemas sedikit sebanyak. Kalau tidak berpakaian seperti yang ditetapkan, jangan haraplah nak dapat masuk hatta duduk di tepi-tepi sekalipun.

Susah juga nak bersiap begitu. Maksud aku persiapan sebegitu memerlukan kos juga. Kalau takde baju melayu hitam, perlu dibeli. Kalau pun ada yang lama, hai.. nak terima anugerah bukan hari-hari, takkan nak pakai baju raya tahun lepas. Kalau perempuan lagilah pula. Tentunya bersiap dengan set rantai emas dan subang yang sepadan. Kalau yang bertudung pula, pastinya hendakkan set keronsang baru yang agak nampak merelit.

Yang aku hairannya manusia sanggup mengadakan semua itu walaupun susah sikit. Walaupun perlu berbelanja lebih dari biasa. Sanggup menukar gaya hidup walaupun sementara semata-mata untuk diterima dalam lingkungan masyarakat di situ dan pada waktu itu.

Jarang kita sedar bahawa untuk masuk ke syurga Allah juga ada proper attire yang perlu kita turuti. Syurga Allah kekal, tapi jarang kita lihat orang yang berhempas pulas bersiap untuk mengenakan pakaian yang tepat dengan kod pakaiannya untuk ke syurga Allah ini. Masih dengan tudung jarang ala sapu tangan, berhasrat untuk melangkah masuk ke istana yakut di syurga Allah. Masih berseluar pendek yang kononnya menutupi lutut, tetapi terselak bila duduk, bermimpi untuk mendampingi bidadari syurga. Malah, ada yang tidak langsung mengendahkan aurat, malah berpakaian ala musyrikin, sanggup mengaku merindui syurga Allah!

Nastaghfirullah.

Sesungguhnya, pakaian yang paling proper sekali untuk masuk ke syurgaNya ialah pakaian taqwa. Semoga kita semua dapat mengenakan pakaian taqwa dalam hidup kita sehari-hari.. amin, Ya Allah.



* jubah cari makan tu jubah yang kitorang-kitorang pakai time turun dari hostel nak beli makanan waktu petang atau malam.. heheh.. Kat dalam pakai t.shirt ngan bottom track! ;)

2 comments:

BooK said...

hmm
dulu
rm40
melayang utk baju melayu hitam
hape2 ntah

BooK said...

ade gambar
tapi tak bnyk
tak reti bergambar (konon)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...