Saturday, December 18, 2004

Minggu depan aku cuti seminggu. Mula dari Isnin sampai Jumaat. Masuk kerja nanti kena ganti semua kelas.. aduss, pandai cuti, pandai le ganti.. heheh..

Anyway, Ya Allah.. Rabbi yassir wa la tu'assir. :)

Saturday, December 11, 2004

Siapa yang zalim?

Apabila berlaku sesuatu kesilapan, biasanya manusia cepat menunding jari ke arah lain. Tak kira lah samada yang ditundingnya itu orang ke, haiwan ke, benda ke, atau keadaan. Pepatah Melayu ada menyatakan "tak pandai menari, lantai dikatakan jongkat-jongket (bukan Mat Jan punya nih)". Macam orang tersadung jugaklah. Dia yang nak terjatuh, tapi segera memandang ke lantai. Seolah-olah ada tangan yang menarik kakinya sebentar tadi.

Resam itu terus dibawa dari kecil hinggalah ke dewasa dan melarat hingga ke tua. Tak pandai mengaji Qur'an, guru Qur'an disalahkan. Tak lulus periksa di universiti, pensyarah disalahkan. Bekerja dalam rasa tak puas hati, majikan disalahkan. Anak bergaduh dirumah, isteri disalahkan. Perut sakit pun makanan disalahkan.

Fenomena ni akan tiada berpenghujung. Hinggalah tiba masa jasad kita diusung ke liang lahad. Waktu tu, barulah kita sedar sikit. Belum sedar abis lagi. Pasal apa aku kata begitu? Sebab Allah

Allah berfirman dalam surah Al-An'aam ayat 157: "Atau supaya kamu (tidak) mengatakan: Sesungguhnya kalau diturunkan Kitab kepada kami tentulah kami mendapat petunjuk hidayat lebih daripada mereka. (Kamu tidak akan dapat berdalih lagi) kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan (yang cukup) dari Tuhan kamu dan petunjuk hidayat serta rahmatNya (yang melimpah-limpah). Oleh itu, siapakah yang lebih zalim lagi daripada orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan berpaling daripadanya? Kami akan membalas orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat keterangan Kami (dengan) azab seksa yang seburuk-buruknya, disebabkan mereka sentiasa berpaling (mengingkarinya). "

Ya Allah, jauhi kami dari menjadi orang-orang yang zalim terhadap diri kami sendiri.


Thursday, December 09, 2004

The Not-So Amazing Race

Semalam aku tengok The Amazing Race bersama Abg. Selalunya Abg tengok sorang jer sebab time tu aku biasanya dah hanyut dalam mimpi. Kali ni aku tengok dah tinggal final three. Aku suka tengok the oldest couple tu sebab sampai final three. Kira hebat jugak diorang.

Yang couple Zach dan Flo jadi problem time ni. Si Flo asik letih-letih-letih, nak nangis, tak boleh buat-tak boleh buat-tak boleh buat. Zach pulak cool ajer.. relax amcam takde apa-apa yang berlaku. Padahal, partner dia dah berapa kali sebut nak quit.

Abg pulak, yang duduk depan TV geram tak habis pada Flo. Dia marah sebab katanya buat apa quit? Kalau habiskan game tu pun at least dah secure nombor tiga. Hehe.. Sabar Abg. Aku pulak balas balik: "Abg, dia period tuh. Abg kena faham".

Flo period? Aku tak tau betul ke tak. Tapi aku faham perempuan punyai masa-masa tertentu untuk mereka jadi 'gila'. Aku pernah jadi 'gila'. Aku SELALU jadi 'gila'. Tapi sebagai seorang muslim, 'gila' aku bukanlah tak berpenghujung.

Perempuan jadi 'gila' sebab hati mereka tak tenang. Mereka jadi tak betul sebab mereka rasa payah dan susah. Mereka jadi haru-biru sebab mereka rasa tak aman.

Allah menyuruh kita bersabar. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 153: "Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar".

Nampak tak? Allah kata solatlah kamu.. bila solat, insya Allah kita akan sabar. Tapi time period macamana wanita nak solat? Sebab tu mereka (termasuk aku) sedikit 'gila'.

Tapi itu bukan alasan untuk terus-terusan jadi 'gila'. Allah berfirman dalam surah ar-Ra'd ayat 28: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia".

Kalau tak boleh solat, kita ada zikrullah. Berzikirlah. Sebutlah nama Tuhanmu yang menciptakan sekelian alam. Ingatlah padaNya, nescaya kita akan beroleh rahmat dan ketenangan jiwa. Insya Allah.

Ya Allah. :)


Wednesday, December 08, 2004

Dalam hati ada tiada cinta

Entah kenapa seminggu dua kebelakangan ni aku tak ada semangat untuk bekerja. Aku rasa bosan dengan tempat kerja aku. Aku beri alasan pada Abg sebab rancangan kami nak bercuti dibatalkan. Tapi Abg dapat mengagak sebab sebenar.

Aku ada masalah sosial.

AAAAHAHAHAHAHA!!

Bukan masalah bohjan atau dadah. Tapi aku kecik hati ngan seorang kawan. Terbawa-bawa ke dalam kerja. Memang aku seorang yang tak reti nak mengaku aku kecik hati.. dah la begitu, aku tak reti juga nak lepaskan begitu sahaja. Buruk sungguh perangai aku.

Astaghfirullah.. tenangkanlah hati ku. Bersihkanlah hatiku.


Friday, December 03, 2004

Minggu depan hidup aku akan kembali menjadi rutin, insya Allah. Minggu depan kelas akan mula seperti biasa. Tapi jadual hingga pukul 3 petang ni masih belum keluar. Kata pihak yang berkuasa jabatan yang mengeluarkan jadual tu masih menunggu 'sistem'.. tak sampai-sampai lagi. Tak pe aku tunggu.

'Cuti' sebulan setengah tak terasa seperti bercuti. Hanya pelajar yang cuti. Kami masih bekerja seperti biasa. Keluar pagi balik petang. Bila pergi rumah mak, nenek tanya: "Awak cuti la sekarang ya, iza?" Bila jumpa sepupu yang bekerja sebagai guru, sepupu tanya: "Awak tak cuti ke iza?" Bila jumpa kenalan di pasaraya, kenalan tanya: "Ooh, iza cuti la sekarang, ya?"

Aaaaaaaarrgghhh!! Rasa nak menjerit jawab: "TAAAAKK!! AKU TAK CUTII!!!"

Heheh..

Tapi aku tak ler gitu. Rasa je nak buat, tapi tak buat pun.

Semoga Allah damaikan hati manusiaku ini. :)

Thursday, December 02, 2004

PHD dan TSD

Kalau dulu masyarakat kita biasa dengar dan dimomokkan dengan akronim PHD, aku rasa itu masih lagi berlaku.

PHD kita bukan seperti masyarakat lain. PHD kita bukan perlu bermati-matian belajar dan mengkaji bertahun-tahun lalu dihujung keletihan itu dikurniakan sijil kebesaran PHD. PHD kita juga bukan perlu berarak di dalam dewan dengan majlis gilang-gemilang, bertopi lembik merentas pentas. PHD kita tidak ada gelaran Doktor di depan nama.

Tapi PHD kita merujuk kepada penyakit hati yang seiring dengan perilaku. PHD kita merujuk pada hasad dan dengki yang membuak-buak minta dilepaskan melalui perbuatan.

Maka timbullah jawatan tak rasmi seperti bomoh dan tok pawang yang membantu mereka yang mempunyai PHD ini. Laris pula katak dan lipan sebagai rencah dalam pengamalan mereka. Tak cukup dengan itu, teknologi terkini pula digunakan untuk memuaskan PHD yang bersarang. Bukan sahaja teknik-teknik fotografi yang begitu teliti digunakan, malah e-mail yang mudah pun disalahgunakan.

Allah berfirman dalam surah an-Nisaa' ayat 32 dan 33: "Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

PHD telah terlalu lama bertapak di dalam masyarakat kita. PHD seolah-olah telah menjadi lumrah kehidupan duniawi zaman fitan ini.

Cukuplah PHDnya, jika itulah caranya kita menyanjung PHD. Ingatlah firman Allah dalam surah al-Isra' ayat 7 yang bermaksud: "Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri..."

Di sini aku ingin kemukakan satu akronim baru yang juga perlu kita jauhi.

TSD.

Jangan sekali-kali kita TSD. Aku mohon dijauhkan Allah dari menjadi TSD. Orang-orang TSD inilah yang selalunya naik tahap jadi PHD.

Di dalam al Qur'an Allah berfirman: "Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar." - al-Lail: 8-10

Mengikut ulama' pentafsir, maksud 'merasa dirinya cukup' di sini ialah merasakan dirinya tidak lagi memerlukan pertolongan Allah subhanahu wa ta'ala. Lantas menjadikan mereka seorang yang tidak bertaqwa.

Tentu sahaja jika seseorang itu merasakan dirinya berkuasa, mampu melakukan apa-apa sahaja pada orang lain, dia akan terus TSD. Dan juga PHD tadi akan mula bersarang di dalam jiwanya.

Bagi orang-orang TSD ini, mereka merasakan dirinya hebat, jauh dari melakukan kesalahan. mereka merasakan orang lain seharusnya menyanjungi mereka, mencontohi mereka dan memuja mereka saban waktu.

Ada juga golongan TSD ini yang tidak mampu menyuruh orang menyanjungi mereka kerana kekurangan mereka, tetapi mereka tetap bersikap sombong dan angkuh. Para TSD selalunya amat sukar untuk mereka membumi jauh sekali untuk mengaku kebesaran Allah di dalam perbuatan mereka.

Allah berfirman di dalam surah al-A'raaf ayat 36: "Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, merekalah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya"

Ya Allah.. jauhkan aku dari menjadi TSD. Peliharalah aku dari menjadi Tak Sedar Diri.Amin ya rabbal a'lamin.

Monday, November 29, 2004

Kalau anda seorang wanita yang baru berkahwin, inai di jari masih merah, khemah kenduri masih utuh di depan rumah, sanak saudara masih ada dua tiga keluarga yang masih belum pulang, sibuk mengemas dapur dan anjung, dan waktu Asar telah pun berlalu menghampiri Maghrib... tiba-tiba, suami yang amat anda cintai datang kepada anda dan berkata:
"kamu tidak lebih hanyalah isteri kedua ku.."

Apa anda nak buat? Apa perasaan anda?

Kalau aku sendiri pun aku rasa aku mesti kelu time tu. Bukan ramai wanita yang suci jiwanya sanggup di tipu atau tertipu. Juga bukan ramai suami yang mampu berkata benar bila dia tahu atau buat-buat tahu akibatnya nanti.

Sayid Hawwa, seorang ahli sufi telah berkata kepada isterinya ketika dia memulai perkahwinannya. "Kamu tidak lebih hanyalah isteri kedua ku..sedangkan isteri pertama ku adalah dakwah.." Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menetapkan jiwa hambamu.

Ya Allah, kau kuatkan jihadku dalam menegakkan agama suci Mu.

Saturday, November 27, 2004

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada Ku lah kembalimu"

Itu adalah firman Allah azza wajalla di dalam surah Luqman ayat yang ke 14.
Bila aku ingat tentang suruhan Allah yang satu ni, hati aku sering kali rasa sedih yang amat sangat. Bukan sebab aku nak jadi anak derhaka. Bukan juga anak aku derhaka pada aku.

Tapi sebab terlalu ramai anak yang membuang ibubapa sendiri di zaman ini. Bila kes orang buang anak tu memang la tak berhati perut. Tapi kes orang buang mak ayah ni lagiiiiiii lah aku tak setuju.

Ada banyak cara bagaiman orang buang ibubapa sendiri. Ada yang terus tidak mengaku ibubapa. Ada yang lari dari rumah, cuba menolak hakikat ibubapanya masih wujud. Ada yang memperhambakan ibubapa menjaga cucu yang kian ramai, menarik keistimewaan ibubapa yang perlu dimuliakan dan disanjung dihari tua.

Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda yang menyatakan tentang bagaimana seorang ibu itu akan mendapat pahala yang bertambah-tambah selama mana dia tinggal dengan anaknya (yang sudah dewasa). Aku tak faham tentang maksud Baginda sallahu 'alaihi wa sallam pada mulanya. Pastinya Rasul itu al-Amin, maka sesungguhnya aku yang jahil. Sangkaku tentulah anaknya yang mendapat pahala kerana membantu ibunya dan menjaganya. Bertahun-tahun aku mencari maksud sabda Baginda sallahu 'alaihi wa sallam.

Akhirnya Allah tunjukkan kepadaku dengan contoh yang paling jelas berlaku di hadapan mata. Sesungguhnya ibu yang tua itu banyak kerenahnya. Hati yang muda tak sanggup melayan satu persatu. Maka keluarlah herdik tengking seorang anak yang dikasihi berpuluh tahun lamanya. Ya Allah..

Aku terus ditunjukkan hidayahNya. Anak yang berzina, anak yang menghisap dadah, anak yang mencuri, pulang ke pangkuan ibu..Ibu sayang kan kau wahai anak. Ibu masih boleh peluk anak itu. Ibu masih boleh cium anak itu. Tanpa rasa jijik. Tanpa rasa marah.

Ibu yang tua berkerenah besar. Sekejap begini sekejap begitu. Ada yang tiba-tiba berhajat nak balik kampung, hendak duduk sendirian sementara menanti ajal. Ada yang tiba-tiba berhajat untuk mencari pasangan baru setelah sekian lama menyendiri. Ada yang tiba-tiba berhajat untuk berjalan pusing dunia sebelum tutup mata. Bagi seorang anak, dia tak mampu nak layan itu semua. Paling senang dia akan suruh ibunya duduk sahaja dirumah menanti. Bila pergaduhan berlaku antara mereka, anaknya akan mudah melafazkan herdik tengking berbanding ibunya sewaktu muda dulu.

Ya Allah, jauhkan aku dari semua itu. Jadikan aku anak yang soleh. amin ya Rabbal a'lamin.


Tuesday, November 23, 2004

Dua hari lepas aku dapat e-mail dalam mailing-list bertajuk 'Salam'. Pagi ni baru aku buka. Alhamdulillah. Salah seorang yang turut mengikuti mailing list tersebut baru sahaja mengucapkan syahadahnya di masjid berdekatan. Maha Suci Engkau, Ya Allah.

Aku doakan dia mudah mengharungi liku-liku kehidupan barunya. Semoga dia masih diterima di dalam keluarganya. insya Allah.

Amin ya rabbal A'lamin.

Monday, November 22, 2004

Tahniah untuk Liza officemate aku yang baruuuuu je semalam menukarkan statusnya jadik isteri orang. hehe.. Liza nampak anggun and jelita dalam pakaian pengantinnya warna hijau epal. Aku tak sempat tengok pengantin lelaki sebab nak balik cepat ada kerja menunggu di kedai. Apapun, doa aku semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada pasangan baru ini, insya Allah. :)

Sebelum pergi ke rumah Liza semalam, kitorang empat family ramai-ramai konvoi pi rumah salah seorang bapa saudara aku. Ada gathering Hari Raya untuk keluarga sebelah Abah. Semua mak dan bapa saudara aku ada kecuali sorang. Adik beradik Abah semua 13 orang, jadi korang bole bayang le betapa ramainya gathering tu. Lepas tu pulak anak-anak diorang ramai yang dah berkeluarga dan beranak pinak. Jadinya semalam, yang first generation ni duduk kira cucu. Ada sorang cousin tu baru lepas pantang, bawak baby yang masih cute miut, merah-merah gituu..

Yang paling best ialah waktu Pak Uda (kami sebut 'Pokde') bagi tazkirah aidilfitri. Dia cerita pasal 5 perhentian, bukan 7 perhentian katanya. 7 perhentian tu director lain kata Pokde, yang 5 perhentian ni directornya ialah Allah. Semua orang samada suka atau tidak akan melalui kesemua perhentian ini.

Perhentian pertama ialah alam arwah. Tak wujud lagi jasad kita. Waktu tu kita ditanya samada sanggup berjanji dengan Allah atau tidak untuk menjadi hambanya yang taat. Sanggup atau tidak untuk menerima qada' dan qadar yang demikian tercatatnya. Bila sanggup, cukup masa nanti keluarla kita ke perhentian kedua.

Perhentian kedua ialah alam rahim. Inilah waktunya kita mula dibentuk di dalam rahim ibu. Ada yang duduk di situ 9 bulan. Ada yang lebih dan ada yang kurang. Di sini jugalah kita mula ditemani malaikat penjaga. Dalam surah ar-Ra'du kalau tak silap aku, ada Allah bagitau yang setiap manusia ni ada penjaganya yang tersendiri yang terdiri dari golongan malaikat.

Perhentian ketiga ialah alam syahadah. Waktunya bermula dari kita keluar dari perut ibu sampai la kita menghembuskan nafas yang terakhir. Waktu inilah kita kena realisasikan apa yang dijanjikan waktu alam arwah tadi. Waktu ini jugalah kita kena sediakan bekal banyak-banyak untuk dibawa ke perhentian yang seterusnya. Antara bekalan yang pasti boleh dibawa bersama bukan ijazah bergulung-gulung atau baju berguni-guni. Bukan juga wang yang tersimpan dalam empat lima buah bank. Tapi bekalan itu ialah amal ibadah kita yang diterima Allah, doa anak yang soleh dan sedekah jariah. Sedekah jariah ni juga termasuklah ilmu yang diajarkan dan digunakan oleh anak didik kita dan dikembangkan sehingga bila-bila.

Perhentian keempat ialah alam barzakh. Alam ni bermula dari saat kita dimasukkan ke liang lahad sehinggalah sangkakala ditiup oleh malaikat Israfil. Walaupun berpuluh ekar tanah kita ada, alam barzakh kita hanyalah seluas pusara. Walau bagamanapun, itu hanya pada pandangan mata. Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda yang bermaksud 'kubur itu boleh menjadi sebahagian dari taman-taman syurga atau sebahagian dari kawah-kawah neraka'. Ianya bergantung kepada amalan seseorang itu sewaktu dia diperhentian yang ke tiga. Waktu ini jugalah pentingnya bekalan tadi.

Perhentian yang terakhir ialah alam mahsyar. Kalau kita pernah lihat berpuluh ribu orang berasak-asak waktu demonstrasi atau rapat umum, di perhentian yang kelima ini kita akan lihat perhimpunan yang jauh lebih besar dan lebih agung dari itu. Semua manusia bermula dari Nabi Allah Adam alaihissalam hinggalah yang terakhir keluar dari perut ibu sewaktu sangkakala ditiup kelak. Subhanallah, Maha Suci Allah yang menghidupkan yang mati.

Itulah 5 perhentian kita. Aku yakin semua yang hidup sekarang ni dah pun melalui 3 perhentian. Dan pastinya juga semua sedang sibuk membuat persiapan untuk menuju perhentian yang keempat. Semoga amalan kita diterima Allah. Bagi yang bercahaya mata, didiklah putera-puteri dengan didikan Islam yang sempurna agar nanti dapat menjadi bekal yang kedua buat kita, insya Allah.






Thursday, November 18, 2004

5 Syawal 1425

4.00 a.m. - alarm phone bunyi.. Aku bangun untuk tutup alarm dan terus ke dapur untuk masak sahur. Niatnya nak mula puasa Syawal. Perut yang sakit semalam masih belum sembuh. Bukan sebab makan kuih raya terlalu banyak.. tapi sebab makan ketupat pulut sampai lima biji tanpa henti. Ntah kenapa raya kali ni aku jadi gila pulut. Lemang setengah batang aku sapu. Heh..

4.15 a.m. - set alarm phone ke pukul 6.15 a.m. Tak jadi nak sahur. Tak jadi puasa. Alasan: sakit perut.

Peh! Sesungguhnya bulan Ramadhan itu bulan rahmat! Ya Allah, lemahnya iman aku.. :(

Wednesday, November 17, 2004

Ramadhan dah berlalu bagi tahun hijrah 1425 ni. Bagi orang-orang yang 'dekat' dengan Tuhannya tentu mereka sedih dengan pemergian Ramadhan yang mulia. Bagi orang-orang yang berharap dan menagih kasih Tuhannya, tentu mereka mengharapkan agar dipanjangkan usia agar dapat lagi bertemu bulan yang mengandungi Malam Kemuliaan.

Semacam hidup kita juga yang sentiasa ada peperiksaan begitu juga bulan Ramadhan sebagai satu kayu ukur dalam tingkatan amalan dan ketaqwaan kita. Kalau di dalam kehidupan duniawi, pelajar sekolah suka atau tidak akan menghadapi PMR dan SPM. Setidak-tidaknya peperiksaan akhir tahun setiap kali nak melangkah ke tingkatan yang lebih tinggi. Penuntut universiti pula pastinya mencongak-congak CGPA apabila selesai peperiksaan bagi setiap semester. Anda pekerja kerajaan? Pun tak ketinggalan, peperiksaan untuk confirm jawatan, peperiksaan untuk kenaikan pangkat, atau mungkin juga peperiksaan untuk tukar jabatan. Nak kahwin pun ada peperiksaan juga walaupun tak lah selama peperiksaan sekolah rendah.

Bulan Ramadhan yang baru berlalu umpama peperiksaan untuk kita praktikkan ajaran yang kita perolehi selama ini. Bahagian adabnya, bahagian tauhidnya, bahagian feqahnya dan juga bahagian mua'malat.

Adab orang yang berpuasa tentunya lebih baik dari mereka yang tidak. Walaupun perut keroncong, tapi kesabaran masih boleh ditahan. Wajah manis dengan senyuman dan kederatnya, wah! Jauh lebih hebat dari hari-hari biasa. Sudahlah bangun bersahur dinihari, siangnya bekerja, waktu malamnya pergi bertarawih pula. Sebelum sahur sempat pulak luangkan masa untuk tahajjud! Masya Allah, hebatnya!

Tauhidnya pula pastinya utuh. Yakin dengan kewujudan Ilah walaupun bersendirian. Tidak terfikir untuk meneguk air sewaktu berwudhu'. Tidak terlintas untuk berdusta walaupun tiada yang tahu kebenarannya. Terlanjur mengumpat segera disusuli ucapan 'astaghfirullah'. Masya allah, bagusnya!

Feqah orang berpuasa tentu sahaja menjadi keutamaannya. Maklumlah, jika tidak tahu feqahnya, sia-sia sahaja dia berlapar dan dahaga. Tentunya niat puasa fasih dibibir. Doa berbuka dan bersahur sentiasa terucap sewaktu menghadapi hidangan. Duitnya juga tentunya yang halal untuk diberi makan anak dan isteri kesayangan. Apatah lagi untuk dihulur sebagai zakat fitrah dihujung Ramadhan. Waktu solat berjemaahnya pula, saf dijaga agar tidak terputus. Jika tidak sia-sia tunggang-tunggik berpuluh raka'at jika solatnya tidak diterima.

Mu'amalah orang yang berpuasa pula pastinya cantik dan halus dipandang mata. Semua golongan hampir sama tarafnya. Engkau lapar aku pun lapar. Waktu berbuka kita sama-sama makan apa yang ada. Herdik tengking pada si miskin jauh sekali. Tambah kesian lagi ada. Lepas bertarawih bersalaman dengan orang yang tidak dikenali seolah-olah sudah menjadi lumrah kita selama ini. Senyuman manis dan kata-kata selamat meniti dibibir. Selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat bersahur. Macam dalam syurga lah pulak, Salam! Salam! Masya Allah! Cantiknya mua'malah orang yang berpuasa!

Tiba Syawal kini, seharusnya kita meniru penuntut U yang mencongak CGPA. Apakah iman kita berjaya naik setingkat lagi? Apakah taqwa kita berjaya melangkah ke atas lagi? Trampilkah kita? Atau masih ditakuk lama?

Taqabbal Allahu minni wa min kum! insya Allah..


Tuesday, November 09, 2004

Cerita kepala aku

Semalam kepala aku sakit macam hapa tah. Sakit sangat sangat.. aku rasa darah seme naik ke kepala. Petang semalam tak memasak cam biasa, sebab peti ais kosong.. stok barang mentah abis. Jadinya, Abg baik hati bawak aku pergi beli makanan di pasar Ramadhan depan masjid besar. Tu la kali pertama aku pergi.

Masya Allah, banyaknya juadah. Best-best semua nampaknya. Tak pusing banyak kali pun, nampak je nasi arab terus beli dua bungkus. Lepas tu cari popia sira.. tapi orang tu tak jual. Popia tu Abg pernah belikan sebelum ni. Takpe la, beli yang lain.

Balik rumah tinggal 5 minit sebelum orang azan. Lepas berbuka kepala aku lagilah bagai nak pecah. Tunggu orang azan Isya'. Masuk waktu aku solat jemaah dengan Abg. Sambung dengan tarawih 8 raka'at. Lepas tu aku mintak izin Abg untuk terus tidur. Sedar semula aku tengok jam di dinding pukul 3 pagi. Nak bangun terus tapi kepala masih berat. Pukul 4 alarm telefon Abg bunyi baru la aku bangun.

Pagi ni kepala aku berat lagi. Ya Allah, jadikan ini kaffarah dosaku.. alhamdulillah..


Ramadhan bulan Rahmat

Sememangnya inilah hakikatnya. Aku rasa takde siapa yang boleh menafikan hakikat ni. Memang Ramadhan bulan rahmat. Paling rahmat bagi aku ialah bila aku boleh bangun dinihari dan dapat ilmu di waktu subuh sunyi itu.

Tiap-tiap hari pukul 4.30 am, TV3 akan siarkan semula ulangan motivasi pagi selama 1/2 jam. Pas tu pukul 5 pulak ada al-Kulliyyah..sampai pukul 6. Semua tu ulangan. Kalau hari biasa aku nak tengok al-Kulliyyah jangan harap ler. Rumah pun tak sampai lagi time tu.

Dah hampir sebulan aku berguru dengan ustaz-ustaz dan ustazah jemputan tu. Dah hampir sebulan jugak kepala otak aku di refresh balik dengan ilmu-ilmu waktu belajar dulu.

Ya Allah, senangnya aku lupa.. senangnya aku lalai. Lepas ni, entah bila la aku nak bangun dinihari semata-mata nak menuntut ilmu lagi. :(

Ya Allah temukan aku dengan Ramadhan lagi.. ditanah suciMu.. disisi maqam nabiMu.. amin.

Monday, November 08, 2004

Hari ni hari ke 26 umat Islam seluruh negara berpuasa Ramadhan. Bermakna malam tadi malam ke 25 lah. Lailatul Qadar? Hmm.. mungkin ya, mungkin juga tak. kalau dilihat pada tanda-tandanya mungkin ya. Tapi itu masih menjadi rahsia Allah subhanahu wa ta'ala. Dan juga hadiah surprise kepada hambanya yang taat mencari dan menagih janji Allah.

FirmanNya dalam surah al-Qadr: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur'an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah itu malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar."

Malam al-Qadar ini dirahsiakan dari pengetahuan hambanya supaya tidaklah kita beramal ibadah hanya pada malam tersebut sahaja. Ianya juga sebagai peransang, di malam-malam terakhir Ramadhan.. sebelum ia melabuhkan tirainya. Tahun depan entah jumpa entahkan tidak kita dengan Ramadhan.

Jadi manisnya sebuah pertemuan itu kita akhiri dengan munajat yang panjang ke hadrat Ilahi dan berkhalwat dengan malam-malam Ramadhan yang penuh berkat sebelum berpisah. Ibarat pertemuan sepasang kekasih yang hampir sampai ke penghujungnya, pasti sahaja tangan menggenggam erat seakan tidak mahu berpisah. Pasti sahaja kata-kata manis diucapkan sebagai bekalan sehingga ketemu lagi.

Ya Allah, kau limpahkan lah kurnia bagi ku untuk bertemu Ramadhan yang akan datang.. di tanah suciMu.. amin Ya Rabbal a'laminn..

Sunday, November 07, 2004

Taubat
oleh:izalatif

Langkah yang tak pasti

Dalam hidup kita ni, tak ada langkah yang pasti dan tak ada langkah yang tetap. Semuanya berubah-ubah. Semuanya adalah berdasarkan pilihan kita sebelum ini. Dan setiap langkah itu juga tidak ada satu pun yang betul melainkan ianya diizinkan Allah.

Pertama sekali kita mesti faham konsep 'hamba'. Dari satu aspek, sebagai hamba, kita berhak tanya pada 'tuan' kita kenapa ini mesti jadi pada aku? Kalau hamba kita itu manusia seperti kita, kemungkinan besar dia akan jawab soalan kita dengan alasan-alasan tertentu.

Tapi kalau 'tuan' kita tu adalah Allah, ada dua keadaan akan berlaku. Keadaan pertama, kita mungkin akan dapat terus jawapannya. Dan jawapan ini pulak biasanya di beri melalui dua cara. Cara pertama kita 'nampak' dengan jelas, atau kita tahu.. "haa, inilah yang Allah nak bagi tahu kita".

Cara yang kedua kita tak berapa nampak, atau tak nampak langsung. Dan kita tak sedar pun yang Allah dah 'bagi tahu' kita jawapannya. Semua ni bergantung pada iman kita sebenarnya.

Allah berfirman dalam surah Al-Insan ayat 2 dan 3:"Kami telah memberikan mereka penglihatan dan pendengaran dan sama ada dia bersyukur atau tidak terhadap rahmat kami, kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang benar".

Keadaan yang kedua pulak, kita tak akan dapat jawapannya terus. Penerangannya ditangguhkan. Lama mana tak tentu. Ada yang sehari, ada yang seminggu, ada yang setahun, dan mungkin jugak makan masa bertahun-tahun. Tapi bila jawapannya tiba, insya Allah kita akan tahu jugak. Dan masa tu terdetik dalam hati kita "oo, patutlah aku jadi gini-gini" atau " Ya Allah, nasib baik la jadi gini, kalau tak mesti dah gitu." Dan ketika itu jugak, sebagai hamba yang sedar, hati kita akan terus mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Kenapa jadi gitu? Sebabnya jelas. Allah berfirman dalam surah Al Qaaf ayat 16:"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."

Allah yang jadikan kita, pastinya dia yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. kita kena
yakin dengan ini. Yakin sungguh-sungguh!


Taubat pengubat duka

Sekarang bila kita dah faham konsep hamba, kita kena pulak faham yang hamba mempunyai pilihan untuk melakukan sesuatu. Tepat dengan langkah yang tak pasti tadi, langkah kita mungkin akan tersasar. Tak sikit banyak. Tak banyak sikit. Ada juga kalanya langkah kita akan tepat pada sasaran. Di atas jalan yang lurus. Bila itu berlaku, wajib kita mengucapkan syukur. Tapi bila tersasar, wajib pula kita cepat-cepat beristighfar.

Bila tersasar, kalau sikit tersasarnya, mungkin cukup dengan kita mengucapkan istighfar. Tambah sikit dengan melakukan amalan lain yang baik, insya Allah kosong balik timbangan
dosa kita.

Tapi kalau banyak tersasarnya, tak cukup hanya dengan istighfar sahaja. Kena bertaubat. Taubat pula bukan taubat sambal lada. Bila hilang peritnya buat lagi. Bukan. Mesti taubat nasuha. Taubat yang sungguh-sungguh. Taubat yang benar-benar mohon ampun dari Allah 'azza wajalla.

Sebenarnya, bukan kena tunggu solat taubat, bila kita solat fardhu atau solat sunat pun Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat dah pun ampunkan dosa-dosa kecil kita. Sabda Nabi sallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: "Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri sembahyang maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua bahunya maka setiap kali dia rukuk atau sujud berjatuhanlah dosa-dosa itu". (Riwayat Atthabarani & Albaihaqi dari Ibnu Umar r.a.)

Bila dosa besar yang kita lakukan, kita panjangkan sikit solat kita.. jadikan ianya solat taubat. Menyesal lah atas apa yang kita lakukan. Mohon ampun sungguh-sungguh dari Allah. Keluarkanlah air mata kita. Kalau susah sangat nak menangis, cuba bayangkan jenazah kita dikelilingi keluarga. Bayangkan jenazah kita dimasukkan ke dalam kubur. Bayangkan kegelapan kubur. Sendiri kita di sana. Siapa yang akan menemani kita? Siapa yang akan membantu kita? Kalau kita dalam keadaan berdosa besar, melanggar perintah Allah, nak tak Allah tengok muka kita? Kalau Allah tak nak tengok siapa lagi nak tengok? Siapa? Siapa??

Tak ada orang nak tengok. Sebab kita dah jadi jenazah. Sebab kalau kita bangun balik kita jadi hantu. Jadi kita kena mintak maaf! Kita kena mohon ampun! Ya Allah, kalau Engkau taknak terima aku siapa lagi yang nak terima aku?


Orang yang enggan bertaubat adalah orang yang sombong

Bila kita berdosa, dan kita tak mahu bertaubat, kita sombong sesungguhnya! Sebagai hamba, kalau kita dah buat silap, lepas tu kita tak mengaku, tidakkah sombong namanya itu?

Sesungguhnya dosa kita itu adalah sebagai ujian pada kita. Hakikat kita 'tidak sedarkan diri' sewaktu melakukan dosa adalah sesuatu yang nyata. Tapi hakikat kita tidak mahu menuntut keampunan adalah sesuatu yang dicipta. Nabi sallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda yang antara lain menerangkan bahawa tidak sempurna iman seseorang itu sewaktu dia melakukan perbuatan mencuri atau berzina.

Jadi, apalah salahnya jika kita sujud bertaubat untuk memohon kesalahan yang kita buat sewaktu kekurangan kita tadi. Taubat tu pulak jika kita buat dengan bersungguh-sungguh, diiringi dengat azam tidak akan melakukan lagi dosa yang terlanjur ditangan kita, insya Allah.. yakinlah, Allah Maha Penerima Taubat.

Tapi jika kita terus-terusan melakukan perkara maksiat, atau terus-terusan menidakkan keagungan Allah sebagai Maha Pengampun.. kita merugikan diri sendiri. Ada juga yang merasakan taubatnya hanya sia-sia kerana tidak meyakini Allah dapat mengampunkan dosanya. Perilaku ini boleh digambarkan seperti orang yang sudah putus asa dari rahmat dan kasih sayang Allah.

Dalam surah Yusuf, ayat 87, Allah telah berfirman: "Bahawa sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir".

Allah menegaskan lagi dalam surah al Hijr ayat 56: "Dan tidak ada yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat".

Sudahlah kita berdosa, hendakkah kita digolongkan dalam golongan yang sesat pula?
Na'uzubillahi min zaalik!

Ya Allah, golongkanlah kami di dalam golongan orang-orang yang bertaubat, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat.

Saturday, November 06, 2004

--start conversation--

izalatif: assalamu`alaikum :)

izalatif: nak tumpang tanya

ustaz: silakan

izalatif: ada satu hadith tu, tapi saya tak ingat sangat, so nak mintak utz tolong betulkan

ustaz: teruskan

izalatif: yg dlm ikim.fm tu.. ttg iman seorang pencuri dan penzina.. bila dia melakukan kerja mencuri/berzina.. --> kurang imannya ke atau tiada iman langsung?

ustaz: ooo... tidak sempurna imannya

izalatif: oo.. ok

izalatif: satu lagi

ustaz: ok

izalatif: ayat Allah dlm qur'an, tak ingat ayat mana.. tapi ayatnya: "azzaniyatu laa yankihu illa zaaniyah.."

izalatif: ayat mana ya?

izalatif: kalau tafsirnya penzina itu: adakah sewaktu dia masih belum bertaubat atau sesudah?

izalatif: maksud saya, kalau dia sudah bertaubat, adakah dia di kira sebagai penzina lagi?

ustaz: ayat di atas merujuk bahawa orang yang telah berzina mesti dikahwinkan sesama mereka maksudnya bertanggungjawab atas apa yang mereka lakukan

izalatif: lagi?

ustaz: sekiranya dia sudah bertaubat dan menjalani penghukuman maka terserah pada Allah, kita tak boleh lah mengelarkannya penzina lagi

izalatif: ada tak mana2 hadith atau ayat yg menunjukkan / menerangkan tentang hal ini dgn lebih lanjut lagi?

ustaz: adakah maksud iza menjelaskan bahawa title zinanya sudah tiada bila bertaubat dan menjalani hukuman

izalatif: ha ah

ustaz: sebenarnya dalam sebuah hadith ( tak ingat ) ada menceritakan bahawa orang yang berzina ini walaupun dah bertaubat Allah tidak pandang mukanya ( tidak memperdulikan ) termasuk dosa besar, dan dalam kes2 tertentu penyaksiannya tidak diterima kerana terjebaknya dalam dosa2 besar.

izalatif: untuk pengetahuan utz, saya sedang menulis artikel berkenaan dengan taubat.. jadi tengah buat research la ni.. bahan bacaan terhad, terpaksa tanya utz. :) harapnya tak membebankan

ustaz: tiada masalah

ustaz: ust rasa buku tasauf sesuai utk rujukan tu

ustaz: dalam sifat2 terpuji

izalatif: nnt sy cuba cari

izalatif: hadith yg utz cakap tu hadith soheh ke? sbb macam bercanggah dengan sifat Allah yg Maha penerima taubat tu.. kalau taubat nasuha pun?

ustaz: ooo pasal hadith kita kena Ta'dil kan maksudnya selaraskan

izalatif: ta'dil?

ustaz: dalam Quran Allah berfirman " Sesungguhnya Allah tidak akan mengampun sesiapa yang syirik padanya dan mengampun apa yang selainnya "

ustaz: tapi sambunganya " bagi sesiapa yang Allah kehendaki "

izalatif: ok

ustaz: dalam hadith " bukanlah lah orang yang hebat tu orang yang tak buat dosa tapi apabila dia buat dosa dia segera bertaubat "

izalatif: yg tu ayat mana ya?

ustaz: hadith bukan ayat

izalatif: riwayat oleh?

ustaz: riwayat oleh ust kena tengok..lah buku kat rumah

izalatif: oo.. ok

izalatif: ok utz.. cukup dulu buat masa ni, nanti saya rasa saya nak tanya lagi..

ustaz: okey

izalatif: syukran :)

ustaz: Assalamualaikum

izalatif: wa'alaikum salam

--end of conversation--

Friday, November 05, 2004

Kisah Nabi musa a.s. (Bhg.2)

Fir'aun menjawab: "Bukankah kami telah mengasuhmu di antara (keluarga) kami, waktu kamu masih kanak-kanak dan kamu tinggal bersama kami beberapa tahun dari umurmu? Dan kamu telah berbuat sesuatu perbuatan yang telah kamu lakukan itu. Dan kamu termasuk golongan orang-orang yang tidak membalas guna."

Nabi Musa a.s. tidak lupa. Memang baginda telah tinggal bersama bapa angkatnya itu selama 18 tahun semenjak lahir lagi. Itupun dalam perancangan hebat Allah Azza Wajalla.

Perbuatan yang dimaksudkan oleh Fir'aun itu ialah perbuatannya membunuh pemuda dari kalangan kaum Fir'aun. Nabi Musa a.s. dengan tegasnya mempertahankan dirinya: "Aku telah melakukannya, sedang aku di waktu itu termasuk orang-orang yang khilaf. Lalu aku lari meninggalkan kamu ketika aku takut kepadamu, kemudian Tuhanku memberikan kepadaku ilmu serta Dia menjadikanku salah seorang di antara rasul-rasul."

Fir'aun tersentak mendengarkan perkataan Nabi Musa a.s. itu. Fikirnya dialah satu-satunya Tuhan di muka bumi ini. Sebelum sempat dia berkata, Nabi Musa a.s. menyambung ayatnya: " Budi yang kamu limpahkan kepadaku itu adalah (disebabkan) kamu telah memperbudak Bani Isra'il".

Fir'aun bertanya: "Siapa Tuhan semesta alam itu?"

Musa menjawab: "Tuhan Pencipta langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara keduanya (itulah Tuhanmu), jika kamu sekalian (orang-orang) mempercayaiNya."

Berkata Firaun kepada orang-orang sekelilingnya: "Apakah kamu tidak mendengarkan?"

Musa berkata (pula): "Tuhan kamu dan Tuhan nenek-nenek moyang kamu yang dahulu."

Fir'aun berkata: "Sesungguhnya Rasul yang diutus kepada kamu sekalian benar-benar orang gila."

Musa berkata: "Tuhan yang menguasai timur dan barat dan apa yang ada di antara keduanya: (Itulah Tuhanmu) jika kamu mempergunakan akal."

Fir'aun berkata: "Sungguh jika kamu menyembah Tuhan selain aku, benar-benar aku akan menjadikan kamu salah seorang yang dipenjarakan."


Rujukan:
Asy-Syu'araa': 18-28



Saturday, October 23, 2004

Kisah Nabi Musa a.s. (Bhg.1)

Sewaktu Fir'aun bermaharajalela, Allah telah mengutuskan Nabi Musa a.s. untuk menyampaikan seruan Islam.

Firman Allah: :"Datangilah kaum yang zalim itu iaitu kaum Fir'aun. Mengapa mereka tidak bertaqwa?"

Jawab Nabi Musa a.s. : "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahwa mereka akan mendustakan aku. Dan (kerananya) sempitlah dadaku dan tidak lancar lidahku. Maka utuslah Jibril kepada Harun."

Nabi Musa telah memohon kepada Allah s.w.t. agar melantik Nabi Harun a.s. menjadi rasul untuk membantunya. Nabi Musa lantas teringatkan kejadian di Memphis sebelum itu.

Waktu tengahari itu, tatkala Nabi Musa sampai di kota Memphis, baginda ternampak dua orang lelaki yang sedang bergaduh. Seorang dari Bani Israil manakala seorang lagi dari kalangan kaum Fir'aun. Nabi Musa a.s. pula ialah salah seorang Bani Israil.

Apabila ternampak Nabi Musa a.s., lelaki Bani Israil itu segera meminta pertolongan darinya. Nabi Musa a.s. tanpa berlengah terus menolong pemuda itu. Nabi Musa a.s. telah menumbuk pemuda dari kaum Fir'aun itu. Dengan takdir Allah s.w.t., pemuda itu telah mati di tangan Nabi Musa a.s.

Nabi Musa terkejut kerana pemuda itu menemui ajalnya sedangkan baginda tidak bermaksud membunuhnya. Lantas baginda berkata: "Ini adalah perbuatan syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang menyesatkan lagi nyata (permusuhannya)."

Nabi Musa a.s. menyesal di atas kematian pemuda itu. Baginda terus berdoa: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku".

Pulih dari ingatannya yang lampau, Nabi Musa a.s. berkata lagi : "Dan aku berdosa terhadap mereka maka aku takut mereka akan membunuhku".

Mendengarkan rintihan rasulNya itu, Allah berfirman: "Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mukjizat-mukjizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan). Maka datanglah kamu berdua kepada Fir'aun dan katakanlah olehmu: "Sesungguhnya kami adalah Rasul Tuhan semesta alam, lepaskan Bani israil (pergi) beserta kami".


rujukan:
Asy-Syu'araa :10-17
Al-Qashash : 15-16







Friday, October 22, 2004

Meja aku kat opis



1. PC tempat buat kerja/edit notes/simpan soklan/markah student/cek email/apdet blog/merayau blog orang/cari ilmu.

Processor: Intel Pentium III
RAM : 266MB

2. Pokok daun keladi kecik hadiah dari k.izan
untuk berzikir sentiasa pada Allah dan mohon ampun untuk aku.. heheh..

3. Pencil case MAS hadiah dari Noni sepupu aku yang keje kat MAS jadik pramugari. Dah lama tak jumpa dia sebab dia sibuk terbang sana sini. Semoga Allah merahmatinya.

4. Kerusi raja aku. Untuk duduk/pusing-pusing/tidur time sakit.

5. Uniform yang perlu dipakai setiap Isnin pertama setiap bulan. Orang lain 'pakai' uniform. Aku buat overcoat jer.. heheh..

Ya Allah, berilah aku ketenangan dalam bekerja :)

Monday, October 18, 2004

Semalam berbuka kat rumah mama. Lepas Zohor mama dan abah datang ambil aku. Kitorang pergi EngHong Batu 3 untuk beli barang. Mama tanya nak makan apa untuk berbuka. Aku pun jawab ler dengan senang hati: 'Ayam panggang Sarawak'. Aisehmen, tetiba mama cakap. Apsal? aku tanya. 'Semalam dah makan ayam bakar', Mama sedikit kesal. Hmm.. melepas aku.

Anyway, start kul 3.30 pm aku, mama dan Nor dah duduk kat dapur. Banyak mende nak dibuat, dapur ada dua je penununya. Lepas satu, satu. Aishah sesekali datang memeriahkan keadaan. Terkedek-kedek dia berlari mengejar PakLangnya yang baru balik dari KL. Kaklong tidur dalam bilik. Sakit kepala katanya.

Menu kami senang je. Ok, aku masak terung berlada dan cekodok sayur. Mama cop buat kari udang, salad dan kerabu mangga . Nor pulak buat kari ayam. Kaklong bangun nanti dia siapkan air. Paling akhir aku yang membancuh tepung untuk cekodok sayur. Satu-satu tepung berdesir bila memcecah minyak panas dalam kuali.

Waktu makan, semua puas hati sebab dapat berkumpul ramai-ramai. Tapi bila cari cekodok, tak ada. Aikk? Tadi satu mangkuk besar orang goreng, takkan abih dah? Pelik..

Adi bangun untuk hantar pinggan ke dapur. Secepat itu jugak Abg bersuara: haa, cekodok..cekodok.. tangan nya menuding-nuding ke tepi Jani yang masih duduk bersila mengadap pinggan. Rupanya Adi menyorokkan mangkuk penuh berisi cekodok femes aku tuh! Muahahahahaa... tak sangka jadi rebutan.

Ya Allah, murahkan rezeki kami umat Islam di bulan penuh keberkatan ini. amin.. :)

Friday, October 15, 2004



salam ukhuwah juga untuk semua.. :)
nett thanks for the splendid shot! :)



Thursday, October 14, 2004

Alfaatihah untuk Allayarham ayahanda Mahadzir dan Allayarhamah bonda Sopiah. Semoga kedatangan Ramadhan yang mulia kali ini merehatkan mereka. Amin Ya Allah.

Al Faatihah.


Selamat Menyambut Ramadhan bagi semua umat Islam di dunia! Aku gembira dengan kehadiran Ramadhan kali ini dan aku harap semua umat Islam begitu juga! :)

Selamat datang Ramadhan!!

Alhamdulillahhh!!!! Ya Allah! :)

Tuesday, October 12, 2004

Lidah tergamam bila tangan bertutur

Tajuk tu ada dalam buku tazkirah Air Mata Di Mahsyar.
Seram bila mengingatkan hal tu. Betul bunyinya macam cerita Fantagiro pagi-pagi Ahad. Tapi itulah yang akan berlaku nanti.

Takde camera trick. Takde sound effect. Takde anugerah untuk ventriloquist terbaik.
Ini semua real punya cerita.

Cuba ingat balik, rahsia yang paling korang nak sorokkan dari semua orang. Tak nak seorang pun tau yang korang dah buat mende tu. Tak kira la apa-apa. Curi buah jambu jiran ke, ambik duit abah tak bagitau ke, pecahkan pasu kesayangan mak ke, letak markah budak cincaikira ke, mengorat bini orang pas tu buat cam takde apa ke, atau paling tidak tendang kucing yang tengah syok tidur dalam bakul tepi tv.

Bila ditanya nanti, bukan mulut kita yang menjawab. Tangan kata: Ya, aku curi jambu tu. Tangan kata: Ya, aku curi duit tu. Kaki jawab: Ya, aku sepak pasu mak. Ya aku tendang kucing tu.

Dahler depan crowd yang maha besar! Mana nak sorok muka?! Contoh yang aku bagi ni pun contoh biasa-biasa jer. Belum lagi contoh dasat-dasat macam orang yang kerap memuaskan nafsu jantinanya dengan berbagai cara.

Mana nak sorok muka?? Ya Allah!! Ampunilah dosaku dan dosa sekalian umatMu. Hanya Engkau yang Maha Pengampun!

:(( WAAAAAAA!!!!


Monday, October 11, 2004

Katakanlah yang benar walaupun ianya pahit.

Dik, kopi akak ni pahit sangat la.. bole tambah susu tak? hehe..
Pagi ni kopi aku terlebih kopi. Dah ler kaler nya gelap sket dari biasa.. rasanya pulak, Allahu Akbar! Tapi takpe.. rezeki kopi pahit sekali sekala mengingatkan aku tentang orang yang langsung tak dapat minum kopi.

Baru-baru ni aku terima gambar kat bawah ni dalam e-mail. Masih ramai yang susah. Masih ramai yang perlukan bantuan. Teringat aku pada pesanan Ustaz Hasan Din alHafiz sewaktu dia datang berceramah di Bukit Goh baru-baru ni, katanya: keluarkan lah zakat. Beliau berpesan dengan mengingatkan firman Allah yang bermaksud, kalau tidak kerana haiwan dan tumbuhan, tidak akan Allah turunkan hujan kerana tiada orang yang mengeluarkan zakat di sesebuah tempat.

Astaghfirullah.. memang masih ramai orang yang tak mengeluarkan zakat. Pun begitu, zakat yang disumbangkan juga belum tentu dari harta yang halal. Kalau dah begitu, bukanlah zakat jadinya, cuma sedekah saja. Bagi keluarga seperti gambar ni, tentulah mereka mengharapkan sangat bantuan zakat.

Wahai umat Islam, berzakatlah dengan harta pencarian dan simpanan kamu. Semoga Allah membersihkan hartamu dan menggandakan pahalamu. :)






Semoga keluarga ini diberkati..

Saturday, October 09, 2004

Menyedari kepentingan hidup beragama.. tu lah yang aku cuba sampaikan tengahari tadi di surau. Heheh.. bukan aku terer sangat pun, kena jadi bidan terjun gantikan ustazah jemputan yang tak dapat hadir buat kali keduanya.

Well, tak susah pun, aku bacakan hadith Nabi s.a.w. tentang perihal umatnya di akhir zaman. Hadith yang pertama tu Rasulullah s.a.w. telah memberikan contoh umatnya pada akhir zaman nanti akan mengamalkan ajaran Islam seperti mana memegang bara api. Baginda tidak memberitahu secara jelas bila atau pada tahun berapa perkara itu berlaku, cuma beliau menyebut "akan datang suatu hari di mana...". Itu yang Rasul s.a.w. sebut. Dan aku yakin hari itu telah pun tiba.

Pada zaman kita sekarang ni, walaupun nampak semakin "islamic'.. tapi pada hakikatnya kita semakin jauh dari kebenaran yang dibawa Rasul 1425 tahun dahulu. Betul lebih ramai wanita bertudung ke pejabat berbanding 20 tahun dahulu, tetapi itu bukan ukurannya. Bertudung di pejabat, dirumah waktu kenalan datang bebas sahaja membiarkan mahkotanya dilihat lelaki ajnabi.

Hari Jumaat lepas, waktu rehat tengahari aku menemani Kaklong pergi membawa Wan mengeluarkan pencennya. Waktu menunggu tu, azan Jumaat berkumandang. Aku tengok pegawai bank tu, seorang lelaki yang nampak bersih raut wajahnya, selamba jer meneruskan kerjanya. Takde pun tanda-tanda nak bersegera menuju rumah Allah untuk perhimpunan istimewa seminggu sekali itu.

Kat luar lagi la dahsyat, seorang anak muda lelaki berjalan beriringan dengan kakak dan maknya kot, juga berlagak seolah-olah tengahari itu hari lain selain Jumaat. Tiba-tiba, datang satu kereta Kancil merah park seberang jalan dari tempat aku menunggu. Dari dalam Kancil tu keluar seorang wanita yang nampaknya tinggal lagi 1,2 bulan bakal jadi ibu. lepas tu keluar pulak tiga orang lelaki yang dua daripadanya dah berumur, dan seorang wanita yang agak tua.

Hai.. aku fikir.. relax jer. Takde rasa nak pi solat Jumaat ke? Aku bersangka baik lalu mengatakan mereka musafir. Musafir yang datang membeli 2 kampit beras, 4,5 pek gula dan beberapa barang keperluan lain di pinggir bandar Kuantan ni. Semoga Allah memberi hidayah.

Ya Allah, kuatkan la pegangan bara api di dalam tangan ku ini, amin.


Di kamar Sepi
by: saff One
http://www.nasyidonline.com/audio/dikamar_sepi.ram

Gelisah di kamar sepi
Bertemankan malam yang dingin
Terlintas di minda detik kematian
Yang entah bilakan menjelang

Sendiri diperut bumi
Bersemadi jasad yang kerdil
Saudara dan teman, telah tiada lagi
Terbujur kaku berselimut putih.

Wahai Tuhanku, apakah nasibku
Di kubur gelap sesempit itu?
Bisakah aku memberi jawapan
Pada soalan malaikat Mu?

Di lapisan mana di neraka Mu
Kau campak aku kesakitan?
Betapa banyaknya dosa-dosaku
Tak bisa ku meraih syurga Mu!

Hanya amal kebajikan di dunia
Yang dapat menyelamatkanku
Oh Tuhanku!

Friday, October 08, 2004

YEAYYY!!! aku menang peraduan bagi idea. hehe... Sebenarnya contest tu bukan la contest apa sangat.. cuma dia mintak idea untuk refreshkan online magazinenya. Aku pun reply jer la e-mail tu mulanya. Tak harap pun nak menang walaupun dalam hati berharap dapat hadiah! ;) ekekekek..

Pagi tadi, e-mail ni sampai:

Hello all!

CONGRATULATIONS!

You’re one of 10 bright sparks who have emerged winners in our Rebirth & Rewards Contest. Your ideas on how to add pizzazz and punch to the website have won you a trendy i-asianwomen.com mousepad cum CD and stationery holder that can never be obtained on the market! See? Told you your computer would thank you for entering!



Hehe... jadinya, insyaAllah aku dapat ler nanti hadiah yang diimpikan tu. Tapi aku ni selalu la syak wasangka dengan kebolehan aku. Dalam firasat aku, rasa-rasanya, aku boleh menang tu sebab hanya 10 orang yang hantar, atau pun kurang dari tu! hihihi...

Apa pun, Alhamdulillah.. hadza min fadhli Rabbi!! :)

Wednesday, October 06, 2004

Tak sampai 10 hari lagi seluruh umat manusia akan berada di dalam bulan suci, bulan Ramadhan AlMubarak. Tak kiralah samada mereka sedar atau tak, samada mereka menerima kehadiran bulan mulia ini atau tak.. hakikatnya, ke ceruk mana pun mereka cuba melarikan diri, pastinya umat Muhammad akan melalui kehidupan dalam bulan Ramadhan.

Bagi aku pulak, setiap kali menjelang bulan Ramadhan, harapan aku tentulah seperti mana orang lain juga.. untuk memperbaiki amalan agar harum mewangi tatkala dipersembahkan oleh malaikat di hadapan Allah s.w.t. Tapi, seperti biasa jugak, di penghujung Ramadhan..aku selalunya akan rasa aku patut perform lebih baik lagi. Lemahnya aku.

Ramadhan kali ni, mungkin berbeza dengan Ramadhan lepas. Dan aku berdoa agar perbezaan itu adalah perbezaan yang positif. Aku berdoa agar seluruh umat Islam bersedia menyambut kehadiran Ramadhan yang suci dengan hati yang terbuka.

Ya Allah, rindunya aku pada Ramadhan!

Monday, September 27, 2004

Hadith hari ini: Di manakah punca kebinasaan seseorang?

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Selagi akan datang satu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain, dan dari suatu lubang ke lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah s.w.t..

Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya".

Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah s.a.w. apakah maksud perkataan engkau itu?" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya).

Nabi s.a.w. menjawab, "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya."
Hadith riwayat al-Baihaqi

Sunday, September 26, 2004

Minggu depan, hari Jumaat lepas kerja, aku dan Abg InsyaAllah akan pergi hantar Abah dan Mama ke Alor Setar sekali lagi. Kali ni Mama pun akan turut serta. Bukan hanya menghantar Abah. Diorang akan mendaftar untuk modul ke dua kelas pengajian di Akademi Warga Emas di Kompleks AlBukhari, Jln. Langgar, Alor Setar.

Masa Abah balik lepas modul satu dulu, suka hatinya bukan kepalang. Abah nampak fresh dengan ilmu yang diingatkan kembali. Walaupun berseorangan di sana, dia seronok sebab dapat pengalaman baru, kawan baru, dan paling penting ilmu baru.

Akademi Warga Emas tu terbuka pada semua yang berumur 45 tahun ke atas. Ke 50 aa'? tak ingat la pulak. Yuran pembelajaran hanya RM80 untuk 10 hari. Tempat tinggal, nota dan makan disediakan. Kalau ikut kata pengurusan, kos sebenar sehari ialah RM25, tapi disubsidikan oleh Al Bukhary sendiri. Alaa.. antara yang sepuluh orang terkaya di Malaysia tu. So, tinggal ler RM8 je sehari.

Aku rasa usahanya sungguh murni. Tempat tinggal (asrama) tak kurang hebatnya. Setiap peserta dapat duduk dua orang sebilik di asrama yang ada empat ke tiga tingkat tah. Dia akan ikut tahap kesihatan, kalau lagi sihat, lagi tinggi le kena duduk.. sebab orang tua kan. Kalau sakit kat bawah sket. Orang perempuan duduk ground floor. Tapi kalau sakit sangat dia tak terima belajar, takut masalah kemudian. Jadinya, adalah seorang pakcik tu yang sakit, tapi mengaku sihat sebab nak pastikan diterima. Dia kena duduk tingkat atas sekali. Aduh..mencungap kawan tu!

Dalam kawasan tu juga ada rumah anak yatim under Yayasan Al Bukhary ni juga. Anak-anak yatim tu diambil start dari umur 10 tahun hinggalah sampai habis belajar peringkat universiti. Semuanya ditanggung oleh Yayasan. Bukan main bersopan lagi budak-budak tu. Berlari-lari nak menolong angkat beg. Kalau tengah main Abah kata, bila nampak je orang tua lalu, berlari-lari nak bersalam dan cium tangan orang tua. Cantik sungguh didikan yang diberi.

Disamping tu juga, ada pelajar asing dari Arab Saudi, Pakistan, Uzbekistan dan beberapa negara lain yang belajar Bahasa Inggeris di situ. Pelajar-pelajar tu aku tak taulah samada yatim juga atau hanya sekadar pelajar miskin. Mereka ditanggung oleh Yayasan untuk mahir Bahasa Inggeris dan kemudian akan didapatkan tempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pembelajaran mereka akan ditanggung sampai bergelar graduan.

Ya Allah, murni sungguh usaha Sheikh Bukhary ni. Aku? Aku hanya mampu sekadar yang aku mampu jer la. Semoga usaha beliau dibalas sewajarnya dengan ganjaran Maha Hebat dari Mu, Ya Allah. Amin.

Saturday, September 25, 2004

Shedih ker Caahh??... Ala..alaaa.....
Hehe.. ni anak sedara aku, Masnur Aisyah namanya. Umurnya setahun dua bulan. Bijaknya bukan main lagi. Aisyah pandai mengambil hati orang. Kalau dia berjumpa Paklong nya, pasti senget-senget kepalanya meng'caak' kan Paklongnya. Kalau jumpa dengan Abg pulak, dari jauh tinggi tangannya diangkat meng'hai' kan Pakngahnya. Bila nampak Aki dia, dua tangan dihulur minta didukung.



Aisyah kuat makan. Lahirnya kecil 2.8 kg. Sekarang dan 11 kilo lebih. Baru setahun.. hehe.. menurun family aku la tu. Paling best bila dia dengar lagu, tengah menangis pun boleh diam sambil badannya melenggok-lenggok ikut rentak lagu. Tangannya pulak ditepuk-tepuk tapi tak berbunyi. Habis lagu, tangisannya disambung kembali.

Hehe.. Cah..Cah..
Semoga Allah melindungi Aisyah sekeluarga. Semoga dia menjadi anak yang solehah dan taat kepada suruhan Mu, Ya Allah.

Friday, September 24, 2004

Terlalu lantang bersuara boleh menyebabkan orang tak suka kepada kita. Maybe aku dah cross the line bila menegur seorang teman. Hasilnya, dia marah pada aku..

Maafkan aku, teman. Sorrylah.. aku memang tak boleh bertolak ansur bila tiba part aqidah. Maafkan aku sekali lagi.

Astaghfirullah...

Thursday, September 23, 2004

Hari Selasa baru ni aku turut sama menghadiri Majlis Konvokesyen pelajar Ijazah dan Diploma Kerjasama UPM-IPTS. Sebelum tu, entah macamana nama aku naik, boss soh ikut. Aku pun ikut jer la. He..he... Dapat ler pakai robe merah dan mortar board buat kali kedua masuk dewan yang tersergam gah dengan pelbagai kenangan kejayaan ilmiah manusia bergelar graduan.

Ini pengalaman pertama aku berjalan masuk di dalam perarakan Akademik. Nak kata bangga, tak.. nak kata tak bangga... tak juga. Heh..heh.. pendeknya, bila dah dikelilingi ilmuwan sanjungan begitu, aku merasa besar hati. Dapat berjalan seiring. Time masuk dewan tu, aku berdebar-debar.. first time ler katakan..

Dalam hati aku, hehe.. bila la agaknya dapat join perarakan Naib Canselor? Heh, berangan tak habis. Tengok orang pakai topi lembik, teringin juga. Borang permohonan masih bersih tanpa ink setitik tersimpan dalam laci. Camner nak bertopi lembik? Takde daya juang langsung, cet! Iza.. apa daa...

Waktu duduk menyaksikan graduan menerima Ijazah dan Diploma tu, terfikir aku.. tiga empat tahun kita berhempas-pulas, hanya untuk pengiktirafan yang tak tahu la selama mana boleh digunakan. Hanya untuk pengiktirafan tentang ilmu yang kononnya ada di dalam dada, tapi tak tahu lah selama mana boleh diamalkan. Sejauh mana ilmu itu boleh membantu orang sekeliling pun tak juga kita tahu. Namun, kita tetap bersungguh-sungguh untuk itu. Untuk dunia sementara.

Untuk dunia abadi kita, bagaimana pula? Tak ramai yang sanggup berhempas pulas sebegitu. Ramai pula yang cuba mengabaikannya dengan melanggar segala perintah dan suruhan Yang Esa. Mungkin sebab tak nampak lagi dek mata majlis anugerah gilang gemilang mizan dikeluarkan. Mungkin tak terbau lagi harum syurga tempat bersemayam di dalam istana. Mungkin tak terasa lagi bahang panas neraka mungjulang. Ya Allah... lemahnya iman kami. Hanya kerana tidak ditunjukkan, iman yang ada pun boleh hilang. Astaghfirullah..

Imam Ghazali menyampaikan nasihatnya melalui Imam as-Shibli berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:
"Bekerjalah kamu untuk duniamu sekadar tempoh kamu akan tinggal di dalamnya, dan beramallah untuk akhiratmu sekadar waktu kamu akan berada di sana. Beramallah kepada Allah dan beramallah kerana Allah sebagaimana kamu berhajat kepada-Nya. Akhirnya buatlah sebarang amalan yang memasukkan kamu ke dalam api neraka sekadar mana kamu bersabar, dan mampu menahan seksaannya."

Rasul s.a.w. pesan nak kerja, kerja kuat-kuat, untuk selama mana kita hidup. Nak beribadah pun sebagai bekalan akhirat, beribadahlah sebanyak-banyaknya, untuk selama mana kita akan berada disana nanti. Akhirat tu abadan abada.. selama-lamanya.. cukup ke amalan yang aku bawa? Yakin ker aku diterima semua amalan yang ada? Kalau banyak sekalipun, yakin ker aku tidak muflis di hadapan Allah tatkala orang ramai menuntut hak mereka dari aku di Mahsyar nanti? Ya Allaaahhhh!!

Bila kenangkan semua ini, lembik rasa lutut.. lemah rasa jiwa. Tapi aku yakin maghfirahMu dan kasih sayang Mu mengatasi kemarahanMu.. Kuatkan semangatku Ya Allah, tetapkan iman kami., amin.


Wednesday, September 15, 2004

Janji pukul sepuluh.. pukul 12 pun tak siap-siap lagi! Argghhhh!!
Geram betul aku. Itu lah, masa aku tanya pukul berapa siap, dengan sombong dia kata "pukul sepuluh la.. kedai buka". Yang aku ni, macam ribut meluncur ke kedai kecik bawah apartment tengah bandar.. sambil drive aku telefon Zam suruh ready.. "ha ah, akak balik ambil Zam.. ready ya.. 1/2 jam lagi akak sampai.."

Hmm.. hampeh.. hampeh tul c*na tu.. geram tul aku.. disebabkan dia, kami terlewat seminggu lebih menghantar order pelanggan. Memula dia janji minggu lepas. Masuk minggu ni dah lima nam kali dia delay. Lenkali, kalau takder hal, jangan harap ler aku nak pi situ lagi dah..

Aku pun jadi mungkir janji dengan Zam..kata 1/2 jam, jadi ntah berapa jam tah.. :(

Manusia kan.. janji la kut mana pun.. 'wa ma karuu wa ma karAllah.. wAllahu khairul maakirin'. Allahlah perancang terbaik. Janji Allah tak pernah dusta. Janji Allah tak mungkin dimungkiri. Aku yakin dengan tu.. dan aku tau ramai lagi yang yakin macam aku.. tapi ramai jugak yang buat tak endah...

Perkataan Allah terlalu suci untuk kita bahaskan tanpa ilmu. Namun, tidak juga patut kita jauhi hanya kerana bimbang tersalah faham. Kalau kita bersikap begitu, yang lalai semakin lalai.. yang lagha semakin lagha..

Allah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 82:"Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya."

Isi Qur'an itulah janji yang pasti.. isi Qur'an itulah kenyataan yang akan tiba..

Ya Allah.. sayunya hati mengenangkan hari manusia menjerit melolong memohon dikembalikan ke dunia.. walau seminit.. hanya untuk mengakui kebesaranMu.

Selamatkanlah umat Islam zaman fitan ini, Ya Allah.


Tuesday, September 14, 2004

Malam tadi dengan amannya Mama tido.. tak seperti malam-malam sebelum ni.. Hamba Allah dua beradik tu dah arwah lepas kenyang dengan habuan ikan bilis tumbuk campur arsenik. Takde dah malam Mama dikejutkan dengan aksi akrobatik Si Jerry. Takde dah malam Mama dikejutkan dengan larian lompat kijang Si Mickey.

Walau bagaimana pun, aku sebenarnya saksi kejadian malam tu. Lepas melantak, ntah macamana, Jerry duduk senyap ditepi katil bilik Mama. Mama kejutkan aku tepat pukul 12.03 pagi. (Oh ya.. aku tido ngan Mama, hehe.. Abah ngan Abg dua-dua outstation) Proses nyawa ditarik dari Jerry sangat memilukan hati. Lepas summersault sekali (yang menyebabkan aku dan Mama dua-dua menjerit ala Ning Baizura), Jerry berpusing-pusing dalam keadaan mengiring. Toing..toing..toing.. ke kanan, ke kiri, kejap ke depan..

Aku lemah tengok perkara yang begitu happening di depan mata aku. Terbayang-bayang aku bagaimana agaknya orang-orang yang membunuh diri dengan meracun diri sendiri.. Dah ler azab di dunia, di neraka nanti terpaksa mengulang-ngulang kejadian yang sama.. na'uzubillah..

Ya Allah.. hambaMu yang berdosa ini sungguh lemah dalam menghadapi maut. Kau temukanlah aku dengan husnul khatimah.. Kau jauhkan aku dari su'ul khatimah, Ya Allah.. amin ya rabbal a'lamin.

Monday, September 13, 2004

Hadis hari ni..

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'


Cerita hari ni..

Semalam aku menyelongkar barang abah. Aku jumpa kaset Nada Murni terbitan OVA. Nostalgia mula la datang balik.. Pagi tadi dalam kerete on the way to pejabat, lepas drop Nor kat sekolah dia aku pasang kaset tu.

Lagu-lagu nasyid tanpa muzik mula kedengaran. Aku pun mula la ikut. Heheh.. memang pantang dengar.. Pas tu aku dengar, "utamakan lah pandangan Allah.. daripada pandangan manusia.. utamakan laahh pandangan Allah, daripada pandangan manusia..."

Jauh umat Islam sekarang dari apa yang diajak dalam nyanyian itu. Bukan kata dalam beribadah sahaja, cara hidup umat Islam sekarang lebih dijajah dengan konsep Yahudi yang sememangnya setiap saat dan waktu berusaha untuk menjatuhkan nilai agama dan budaya Islam.

Aku bukanlah seorang yang tidak langsung berhibur atau berpuasa lima hari seminggu atau jalan menunduk tidak memandang kaum ajnabi. Namun aku sedih bila ada orang disekeliling aku yang terlalu mengagungkan dunia dan menghina agama yang aku junjung.

Ya Allah.. hidupkan aku dalam maghfirahMu, jadikan aku hamba Mu yang taat dan solehah.. amin.

Wednesday, September 08, 2004

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...