Tuesday, October 02, 2012

Astaghfirullahal azeem...

AAAAA... Abang ingat kita mintak dari Allah. ya sayang..
jangan bergantung harap pada manusia..
 (macam umi! HUWAAA!!!)


AAARRRGGHHHH!!!! Hari ni rasa bersalah sangat-sangat. Sebab terpaksa jugak guna Google Chrome untuk buat kerja. Tadi dah guna IE, siap update lagi sebab IE slow sangat. Tapi dua tiga kali asyik hang pas tu shut down tetiba. Dia tanya nak send error report ke Microsoft tak. Aduyaii.. orang nak buat kijo ni.. bukan main-main.. Allahu Rabbi. Jadi terpaksa jugak guna Google. 

Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui yang aku tengah boikot Google dan Youtube kerana Mu. Tapi terpaksa guna jugak pagi ni pasal reference semuanya online. Ampunkan kelemahan aku bergantung pada manusia Yahudi ni, Ya Allah!

Teringat kata-kata Dr. R: "Information kita semuanya dalam tangan Google. Once they pull the plug, we will have nothing". 

HasbiAllah hua nikmal wakeel, nikmal mawla, wa nikman nasiir..

Tuesday, July 31, 2012

Masak.masak.buka.puasa.

Hari ni tetiba terasa nak post pasal masak-masak. Eheh.. Semalam masak the following:

Ayam sweet sour. Ahaha.. banyak rencah dari ayam. 

Ikan keli goreng berempah. Aku rasa kalo ngap terus lepas goreng tu mesti kaw punyer
Tapi time berbuka mende dah sejuk. eheh..

Sawi goreng. 


Jumaat lepas K.Ana tunaikan nazar dia. Dapatlah kami sekeluarga tumpang sekaki makan nasi mandy kambing. Wow! Tergolek you.. sodaap.. ! Tapi yang talam cantik ni hantar kat Madrasah tempat Abdurrahman belajar. Kitorang punya dalam tupperware see through tu je. Tak kira la tu, janji sodap! 


OK.. lenkali jumpa lagi!

Allahumma laka sumtu, wa bika aamantu, wa 'ala rizqika aftortu, birohmatika, yaa arhamarraahimiin..

Friday, July 27, 2012

Salam Ramadhan


Selamat berpuasa dan selamat beribadah pada semua! Alhamdulillah! Ramadhan datang lagi. Doa kita semoga Ramadhan kita tahun ni lebih baik deri tahun-tahun sudah, insya Allah.

Tahun ni dapat tarawih kat masjid UIA. Best, sebab pihak masjid ada sediakan children center. Jadi, hantar Abdurrahman dan Asma' kat situ. Dapat focus pada solat. Takde lah bimbang pasal diorang. Alhamdulillah..

Kat sini saya nak mintak maaf pada semua. apa-apa yang terlebih terkurang tu mintak halalkan.
semoga ibadah kita menjadikan kita hamba Allah yang lebih bertawqa, amin.

Selamat memburu lailatul qadar.. selamat menyambut syawal yang bakal tiba.
Doakan saya sekeluarga aman bahagia dan bertaqwa sentiasa. :)

salam sayang,
iza.
1433H.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...