Tuesday, October 25, 2005


Memetik Bunga Jangan Sampai Ia Layu (pt.1)

Ramai orang suka lihat bunga. Sebab apa? Sebab bunga cantik.

Ramai orang suka juga dapat bunga sebagai hadiah. Sebab apa? Sebab bunga cantik.. dan cukup istimewa bila pemberinya itu juga cantik. Tak kiralah, cantik wajahnya ke, cantik budi pekertinya ke.

Bila orang mati pun akan ada yang memberi bunga dan menaburkan kelopak-kelopak bunga di atas pusara. Sebab apa? Sebab bunga tu cantik. Maka diharapkan kecantikan bunga itu akan dapat mewarnai hati yang sedang berdukacita.

Bunga yang dipetik tidak akan tahan lama keindahannya. Secantik mana pun, semekar mana pun, seharum mana pun bunga itu, ia tidak akan tahan lama. Paling lama pun mungkin seminggu kalau persekitarannya sesuai dengan bunga itu.

Monday, October 17, 2005

Satu petang di bulan Ramadhan, entry aku seperti di bawah:

Allah berfirman : "Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah Dengan ingatan serta sebutan Yang sebanyak-banyaknya; Dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan petang. Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah ia sentiasa melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di Akhirat). Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera); dan ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan Yang mulia. "
Surah Al Ahzab: ayat 41-44

Thursday, October 13, 2005

Proper Attire

Dulu zaman tengah study dulu, bila ada majlis apa-apa, selalulah ada announcement yang berpesan: Please wear proper attire. Mana tidaknya, kalau tak dipesan begitu, alamatnya ramailah pelajar yang akan datang dengan seluar jeans la, selipar lain sebelah la, jubah cari makan* la. Heh..

Sama macam kalau kita tonton cerita-cerita barat yang kerap kali disiarkan dalam TV. Kalau nak ke tempat makan yang ekslusif, yang lelakinya perlu bertali leher dan berkot. Perempuannya pula perlu memakai evening dress atau baju hitam labuh yang berlabuci atau bersequin. Kalau tidak berpakaian begitu, mungkin anda tidak dibenarkan masuk.

Sama juga macam bila ada majlis anugerah pingat dan pangkat darjat kebesaran oleh Agong atau Sultan sewaktu ulangtahun keputeraan mereka. Para hadirin perlu lengkap berpakaian melayu atau berpakaian seragam. Pakaian melayunya pula perlu berwarna hitam. Bersongkok atau bertanjak. Bersampin songket. Yang perempuan berbaju kebaya atau kurung moden. Pastinya juga perlu cantik dan kemas sambil dihias barang kemas sedikit sebanyak. Kalau tidak berpakaian seperti yang ditetapkan, jangan haraplah nak dapat masuk hatta duduk di tepi-tepi sekalipun.

Susah juga nak bersiap begitu. Maksud aku persiapan sebegitu memerlukan kos juga. Kalau takde baju melayu hitam, perlu dibeli. Kalau pun ada yang lama, hai.. nak terima anugerah bukan hari-hari, takkan nak pakai baju raya tahun lepas. Kalau perempuan lagilah pula. Tentunya bersiap dengan set rantai emas dan subang yang sepadan. Kalau yang bertudung pula, pastinya hendakkan set keronsang baru yang agak nampak merelit.

Yang aku hairannya manusia sanggup mengadakan semua itu walaupun susah sikit. Walaupun perlu berbelanja lebih dari biasa. Sanggup menukar gaya hidup walaupun sementara semata-mata untuk diterima dalam lingkungan masyarakat di situ dan pada waktu itu.

Jarang kita sedar bahawa untuk masuk ke syurga Allah juga ada proper attire yang perlu kita turuti. Syurga Allah kekal, tapi jarang kita lihat orang yang berhempas pulas bersiap untuk mengenakan pakaian yang tepat dengan kod pakaiannya untuk ke syurga Allah ini. Masih dengan tudung jarang ala sapu tangan, berhasrat untuk melangkah masuk ke istana yakut di syurga Allah. Masih berseluar pendek yang kononnya menutupi lutut, tetapi terselak bila duduk, bermimpi untuk mendampingi bidadari syurga. Malah, ada yang tidak langsung mengendahkan aurat, malah berpakaian ala musyrikin, sanggup mengaku merindui syurga Allah!

Nastaghfirullah.

Sesungguhnya, pakaian yang paling proper sekali untuk masuk ke syurgaNya ialah pakaian taqwa. Semoga kita semua dapat mengenakan pakaian taqwa dalam hidup kita sehari-hari.. amin, Ya Allah.



* jubah cari makan tu jubah yang kitorang-kitorang pakai time turun dari hostel nak beli makanan waktu petang atau malam.. heheh.. Kat dalam pakai t.shirt ngan bottom track! ;)

Tuesday, October 04, 2005

Selamat Berpuasa buat semua umat Islam di dunia.
Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan dan kebahagiaan yang dicari selama ini.

Ya Allah, temukan kami dengan Lailatul Qadar Mu, amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...