Alhamdulillah! I'm baaaccckk!! Abdurrahman and Asma' dah dapat tempat yang selesa dan selamat. Alhamdulillah aku syukur sangat sebab bukan saja diorang dapat pengasuh yang penyayang, tapi juga mengajar mereka berbahasa arab! Ustazah Iman isteri kepada Ustaz Abdul Razak di Pusat Tahfiz Darul Masri tu juga mengadakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak. Jadi, lepas subuh aku terus siap-siap, hantar Abdurrahman dan Asma' (sekolah diorang dekat dengan rumah), balik rumah terus bukak buku. Jadi, dapatlah aku siapkan kerja-kerja sekolah aku dalam masa 3-5 jam terus tanpa henti. Cuma hari ni aku ngelat sikit sebab nak update blog.. ehehehee.. (kasi can aa'..)
Kejap lagi dalam pukul 3 insya Allah aku akan ambil diorang dari sekolah. Setakat ni Abdurrahman dah boleh cakap arab sikit-sikit. Setakat inzil (turun), naum (tidur) dan qul (cakap) tu dia dah sebutla kat Ummi dia yang terketaq-ketaq nak ingat balik lughah jannah ni! hehe..
Asma' masih menyusu badan. Jadi bila aku ambil dia pukul 3 tu melekat kat aku, tak mau dengan orang lain langsung. Kalau tak nampak aku tak apa, kalau tak mesti mengangis jerit-jerit.. Alaa cayang Asma'..
Alhamdulillah 'ala kulli hal. Rabbi yassir wa laa tu'assir Ya Kareem!!
>> Online journal for izalatif, a member of GENGJURNAL Malaysia. A place where I put reminders to myself and all. Readers are chosen by Allah. They never come by themselves...
Saya ialah seorang trainer yang memberikan perkhidmatan motivasi dan latihan dari perspektif Islam
mengenai tajuk-tajuk dibawah. Jika anda berminat untuk mendapatkan latihan tersebut, sila hubungi saya di
izalatif[at]gmail.com untuk maklumat lanjut.
Allah s.w.t. berfirman:
"Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan) maka siapakah
gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal"
- Ali Imran : 160
"Janganlah kamu merasa hina dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamu orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman"
- Ali Imran : 139
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."
0 Comments:
Post a Comment
<< Home