Thursday, January 12, 2012

Questionnaire oh questionnaire!


Sekarang ni tengah pulun mengadap instrumen kajian iaitu soalan kaji selidik. Susah tau nak buat, bukan senang. Kena fikir soalan apa nak tanya. Lepas tu kena fikir balik, kenapa kita tanya soalan tu? Kena pair kan soalan tu dengan soalan kajian (research question) dan juga dengan objektif kajian (research objective). Lepas tu kena tengok pulak, soalan tu pandai-pandai buat sendiri ke atau memang dah ada orang lain buat? Kalau memandai sendiri, apa tahap kebolehpakaiannya? Dah divalidasi ke belum? Rujukannya mana? Penting sangat ke nak tanya soalan tu? Mana constructnya? Macamana nak ukur? Bila dah ukur. macamana nak baca ukurannya? Penting ke tidak? Haa, kau! Susaahh.. tapi yer lah, kena la buat. Kalau tak bila nak siap. Tapi lagi padan muka aku is tajuk ni tadakk orang buattt!! UWAAAA!!! Susahnya nak cari rujukannn!! UWAAA!!! :((

Ya Allah! Rabbi yassir wa laa tu'assir, ya kareem!!
Rabbi zidni ilman warzuqni fahman! Amin ya Rabb!

Wednesday, January 11, 2012

Kembali beraksi!

Alhamdulillah! I'm baaaccckk!! Abdurrahman and Asma' dah dapat tempat yang selesa dan selamat. Alhamdulillah aku syukur sangat sebab bukan saja diorang dapat pengasuh yang penyayang, tapi juga mengajar mereka berbahasa arab! Ustazah Iman isteri kepada Ustaz Abdul Razak di Pusat Tahfiz Darul Masri tu juga mengadakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak. Jadi, lepas subuh aku terus siap-siap, hantar Abdurrahman dan Asma' (sekolah diorang dekat dengan rumah), balik rumah terus bukak buku. Jadi, dapatlah aku siapkan kerja-kerja sekolah aku dalam masa 3-5 jam terus tanpa henti. Cuma hari ni aku ngelat sikit sebab nak update blog.. ehehehee.. (kasi can aa'..)


Kejap lagi dalam pukul 3 insya Allah aku akan ambil diorang dari sekolah. Setakat ni Abdurrahman dah boleh cakap arab sikit-sikit. Setakat inzil (turun), naum (tidur) dan qul (cakap) tu dia dah sebutla kat Ummi dia yang terketaq-ketaq nak ingat balik lughah jannah ni! hehe.. 


Asma' masih menyusu badan. Jadi bila aku ambil dia pukul 3 tu melekat kat aku, tak mau dengan orang lain langsung. Kalau tak nampak aku tak apa, kalau tak mesti mengangis jerit-jerit.. Alaa cayang Asma'..


Alhamdulillah 'ala kulli hal. Rabbi yassir wa laa tu'assir Ya Kareem!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...