Alhamdulillah kaki aku tak bengkak macam ni Credit: ecrc-pt.com |
Itu yang Doktor dah sahkan. Kaki aku bukan kena TTS (Tarsal
tunnel syndrome). Tapi hanya tendonitis. (HANYAA??!!)
Alhamdulillah.
Syukur ya Allah. Walaupun tendonitis, tapi masih boleh
berjalan kan. Terdengkot-dengkot sikit tu tak apalah. Bukannya hilang sebelah
kaki.
Selepas hampir sejam setengah menunggu, nombor giliran aku
naik kat skrin. Aku masuk jumpa seorang doktor wanita muda. Check itu ini,
taip-taip kat komputer dia, belek-belek kaki aku, pastu dia keluar. Panggil
Doktor pakar. (Eh.. aku ingatkan dia dah doktor pakar. Sebab tu klinik doktor
pakar..hmm) Doktor muda juga masuk, tapi lebih tua sikit la kot dari yang
attend aku nih. Dia tanya aku jawab. Pastu aku pulak bagi info kat dia tentang
apa yang aku tahu. Ewah.. Ye lah, sekarang ni kan jaman teknologi. Aku pulak
student information science. Kenalah pandai buat research sendiri untuk tahu
jenis penyakit.
Dia puas hati dengan info aku. Dia tolak kaki aku dengan
tangan. Dia suruh lawan balik. Last-last dia kata, “It’s tendonitis.” sambil
mengangguk-ngangguk. Macam memberi persetujuan pada kenyataannya sendiri. “Ibu
jari awak kebaskan?” dia tanya pulak. Aku angguk. “That’s because of your saraf
jadi kecil, darah tak sampai dekat your thumb. That’s why it became numb.”
“ohh..” aku jawab sambil angguk-angguk jugak.
Ubat diberi untuk dua
bulan. Temujanji seterusnya dua bulan lagi. Pastu aku disuruh pergi ke unit
rehab untuk set temujanji sesi physiotherapy. Sebulan lagi baru kosong. Hmm, ok
lah tu. Aku hantar mesej kat DD. Dia suruh aku cari je info dari internet
tentang latihan senaman pesakit tendonitis, buat sendiri kat rumah.
Tapi semalam aku tak tahan menangis jugak bila Asma’ dengan
penuh gaya melompat atas kaki aku yang sakit ni. Dah lah sebelum tu memang dah
sakit lain macam kat atas ankle ni. Naik balik bengkak yang baru nak surut
lepas tiga bulan membusung. Pagi ni pulak, kaki aku yang istimewa ni terpelecok
bila terpijak atas lego. Nak dijadikan cerita aku tengah dukung Abdurrahman
yang tengah tidur, nak bawak turun. Haa.. amik kau! Jatuh, tapi sempat berpaut.
Abdurrahman pun terus tersedar dan berdiri tegak macam patung. Terpinga-pinga
bila dia tengok aku dah berkerut-kerut tahan sakit.
Allah! Astaghfirullah. Aku tahu ini kafarah dosa-dosa aku.
Aku terima dengan redha ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosa aku. Mesti aku jahat
sangat time muda-muda dulu. Inilah yang Allah bagi untuk ringankan beban aku
kat akhirat nanti. Alhamdulillah ya Allah.
So, moodnya untuk study hari ni terbang hilang. Sebab bila
aku gagahkan juga duduk kat kerusi sambil letak kaki atas bantal kat kerusi
depan aku, sakitnya berdenyut-denyut sampai ke lutut. Ubat dah makan. Tidur je
lah hari ni. Hahahahahaaaaa! (gelak stres).
No comments:
Post a Comment