Sunday, October 13, 2013

(Antara) Rahsia jadi kaya

credit: desi4inspiration.com

Baru-baru ni aku dengar satu program bual bicara di radio IKIM. Ada seorang pemanggil mengajukan soalan pada Ustaz Amin (Ustaz Muhammad). Dia tanya: "Ustaz, betul ke kalau kahwin dua akan jadi lebih kaya?"

Haa.. terrel tak soalan tuh? Aku tersengih dengar sorang-sorang. Ustaz pun jawab: "Yang sebenarnya, jadi lebih kaya itu bukan sebab kahwin dua. Tapi yang menjadikan seseorang tu jadi lebih kaya kerana menjalankan tanggungjawab."

Hmm..lepas tu ustaz pun explain. Aku tak ingat la sebijik sebijon apa yang ustaz cakap tu. So, aku cuba sampaikan dari pemahaman dan ingatan aku yang serba kekurangan ni, ok? Kita selalu dengar orang cakap bila kahwin murah rezeki, lebih banyak masyuk. Bila dapat anak pun rezeki jadi laaagi banyak. Adaa je masyukk.. Itu semua bukan sebab bertambahnya ahli keluarga..tapi sebab ketua keluarga tu (atau siapa-siapa yang bertanggungjawab la senang cerita) buat kerja dia betul-betul. Dia jaga setiap tanggungan dia dengan memberikan apa yang hak padanya. Contoh, kalau ada isteri seorang, anak dua orang.. si suami berikan nafkah yang hak pada isteri dan anak-anak, maka adalah rezeki yang diturunkan untuk si suami memberikan hak-haknya itu. Tapi jika rezeki yang pada mulanya ada tidak diberikan pada yang hak, malah dibazirkan pada perkara lain, maka rezeki itu akan terhenti disitu sehinggalah dia menjalankan tanggungjawabnya.

Sebab itu ada yang kahwin ramai, anak ramai, tapi tak kaya. Mungkin di awalnya tanggung jawab diabaikan begitu sahaja. Ingat, tanggungjawab ni bukan hanya pada tanggungan dibawah aje.. i.e. isteri dan anak-anak.. kalau ada ibu bapa yang menjadi tanggungan, pembantu rumah, haiwan peliharaan, pun dikira juga. Jiran yang susah, saudara-mara yang susah, zakat harta, zakat perniagaan, sedekah.. tu semua tanggungjawab peribadi.

Kalau yang basic pun tak mampu dilaksanakan, tentu saja Allah tak berikan rezeki yang melimpah ruah takut semakin lagha dan tabarruj lah kita. So antara kunci murah rezeki ialah menjalankan tanggungjawab, ya encik-encik dan tuan-tuan..

 Firman Allah dalam surah Al Ahzab ayat 72, bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."


Kat sini pun Allah dah ceritakan, yang manusia ni sibuk nak galas tanggungjawab..tapi lagi banyak buat kezaliman dan buat perkara yang tak patut dibuat. Astaghfirullahh.. Macam aku lah..patut tulis tesis, sibuk update blog. Astaghfirullahhh... :((

Allahummaghfirlana zunuubana!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...