Jobs Opportunity in Canada
Salah seorang dari adik aku sibuk nak kerja kat Kanada. Selang empat lima hari telefon aku minta pendapat dan minta tolong carikan peluang kerja kat sana. Mama dah susah hati. Risau sungguh dia bila anak-anak dia nak duduk jauh dari dia. Tapi paling dia susah hati sebab adik aku yang seorang ni selalu sakit. Mama bimbang tak ada orang nak tengok-tengokkan dia. Mana tidaknya, duduk di Kuala Lumpur pun seminggu sekali mesti demam. Waktu aku baru pindah ke sini dulu, kerap dia datang bermalam waktu demamnya tu.
Tapi kali ni nampaknya dia sungguh-sungguh. Dia bosan dengan kerjanya sekarang. Aku pun hantar email ni kat dia.
Assalamu`alaikum,
Dear Musalli, and adik-adik angah yang lain..
Angah nak advice mu pasal mu nak kerja kat Canada tu kan..
Sebelum buat apa-apa, angah advice mu buat dulu mende-mende ni:
1. Solat taubat minta Allah ampun semua dosa dan bersihkan hati.
2. Solat Hajat minta Allah tunjuk peluang kerja yang terbaik.
3. Solat istikharah minta Allah tunjukkan yang terbaik buat mu.
4. Doa banyak-banyak.
Lepas tu baru cari kerja tu. Insya Allah dapat yang terbaik dan lumayan!
Kalau malas buat semua tu, mu pergi mana-mana pun nanti stress kerja tu tetap ada. Ataupun kalau tak berkat, duit banyak pun rasa hidup sempit.
Orang yang dapat gaji berkat ni hidup dia rasa lapang. Tak sesak dada. Rasa banyak masa untuk apa-apa pun, terutamanya ibadah pada Allah.
Kalau gaji tak berkat, macam-macam cara Allah boleh buat untuk tarik balik gaji tu, sikit..sikit... kita pun jadi fenin! Haiyo..
Itu baru kat dunia, belum lagi dalam kubur..
Belum lagi kat padang mahsyar..
Belum lagi dalam neraka.. Allaaahh!! Na’uzubillah!
Jadi, baik kita buat apa yang Allah suka. Bukan buat apa yang kita suka. Sebab kita hanyalah hamba.
Pehe?

Tak tau la dia nak terima ke tidak. Tapi apa pun yang dia nak buat, aku harap sangat dia buat dulu semua yang aku syorkan tu. Semoga Allah buka pintu hatinya. Aku mohon pada Mu, Ya Allah, Kau bukalah pintu hatinya untuk berdoa kepada Mu. Firman Allah dalam surah Ghafir ayat 60:
"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina".
Ya Allah, Kau jadikan lah kami dikalangan hambaMu yang berdoa hanya kepadaMu, amin Ya Rabb!
1 comment:
Assalamualaikum kak iza pojaan hati,
Rindu lama dah tak ketemu, menghantar emel tak pernah jemu, sudah kah terima wahai sang ratu?..ewahh ok tak pantun tu, jual tu, kene beli kak iza ehehe...
Terima kasih kak iza, entry yang menjadi panduan juga bagi umi untuk perbaiki kualiti memohon doa.Sedang orang bercinta ayatnya berbunga-bunga, inikan pula pada Pencipta, harus kita mabuk CINTA agar hidup terus mensyukuri nikmatNYA. Jom mantapkan doa..ayuhhh.. :)
Post a Comment