Kredit: marimembacasayangku.blogspot.com |
Upin dan Ipin ni kan, karakter dia sangat bagus untuk dijadikan motivasi bagi orang-orang tua macam aku ni la. Cuba tengok, si kembar berdua ni sentiasa bersemangat. Sentiasa nak ambil tahu dan sentiasa cuba mengambil tahu. ("Ambil tahu", baca= belajar) Dek mereka ni sentiasa rajin belajar, hati mereka selalu hidup. Sebab ada perkara baru dalam kotak pengetahuan mereka. Jadi, semangat tu timbul untuk terus meneroka alam yang serba luas ni.
Alaa, macam kita jugak. Kalau ada periuk baru, semangat sikit nak masak. Kalau dapat resepi baru, semangat sikit nak cuba. Kalau dapat kasut baru, rajin sikit jalan-jalan. Kalau ada perabot baru, rumah tu asyik berkemas je lah jawabnya. Nampak tak? Semangat tu datang bila ada perkara baru. Hati kita terus hidup! Jiwa kita berkobar-kobar! Tidur malam pun tak berapa lena dek memikirkan perkara baru tu.
Masya Allah, mudahnya Allah jadikan semangat kita berkobar-kobar. Cuma dengan satu perkara baru je kita dah semangat nak hidup. Semangat nak buat itu dan ini. Jadi, tunggu apa lagi, itulah kuncinya! Nak hidupkan hati dan jiwa kita, senang je: tambah satu perkara baru dalam kotak pengetahuan kita. Belajarlah, apa lagi?
Bila kita belajar, kita dapat tahu perkara baru. Kadang-kadang kita teringat balik perkara lama. Kadang-kadang kita dapat betulkan tanggapan yang salah, yang dah laaaaamaaaa kita pegang. Ilmu yang baru ni dapat jadikan kita gembira, ceria dan bermotivasi. Especially bila ilmu itu dapat mendekatkan kita dengan Rabbul Jalil. Bukankah Allah dah bagitau rahsia hati tenang jiwa gumbira? Dalam surah arRa'd, sebahagian dari ayat 28, Allah berfirman yang bermaksud:
"Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."
So, tunggu apa lagi, jom belajar! Dengan ilmu juga Allah angkat darjat seseorang tu. Dalam sebuah riwayat, dari hadis sahih Muslim (jil.2 no. 783),
Dari 'Amir bin Watsilah r.a., katanya: "Bahwasanya Nafi' bin 'Abdul Harits, pada suatu ketika bertemu dengan Khalifah 'Umar di 'Usfan. Ketika itu Nafi' bertugas sebagai pejabat di kota Mekah. 'Umar bertanya kepada Nafi', "Siapa yang anda angkat menjadi Kepala bagi penduduk Wadi?" Jawab Nafi', "Ibnu Abza." Tanya 'Umar. "Siapa itu Ibnu Abza?" Jawab Nafi', "Salah seorang maula (budak yang telah dimerdekakan) di antara beberapa maula kita." Tanya 'Umar, "Kenapa maula yang diangkat?" Jawab Nafi', "Kerana dia seorang ahli mengenai Kitabullah dan alim tentang Ilmu Faraid (ilmu tentang pembagian pusaka)." Kata 'Umar, "Benar! Nabi saw. pernah bersabda, bahawasanya Allah akan memuliakan suatu kaum dengan Kitab ini (Al Qur'an), dan menghinakan yang lain."
|
Ya Allah, Ya Rabbana, zidna ilman naa'fi'aa wa 'amalan mutaqobbala.
Wahai Allah, wahai tuhan kami, kurniakan kami ilmu yang bermanfaat dan amalan yang diterima.
Amin, amin ya Rabbal 'aalamin..
No comments:
Post a Comment