Asma' tengah belajar nak berdiri dan berjalan. Usia Asma' sekarang 10 bulan.. Merangkak, menyusur, dan sekarang meniti. Go Asma'! Go! Eheheee..
Aku pun tengah meniti juga. Meniti berhati-hati di tepi gelanggang ilmu yang cukup luas. Takut juga jatuh tak bangun-bangun. Setakat ni, alhamdulillah.. tergelincir sikit, ada cepat yang menarik tangan aku untuk kembali berjalan di jalan yang samar-samar ini. Jauh lagi rasanya perjalanan aku untuk menyiapkan kajian aku ni.
Minggu lepas aku bertemu seorang sahabat yang agak lama juga aku tak jumpa. Ingatkan dia dah tamatkan pengajian. Rupanya, dia balik ke negara asalnya untuk mengumpulkan data. Kini, pulang ke Malaysia untuk menyiapkan kajian. Dalam sembang-sembang tu, satu ayatnya menguatkan semangat aku untuk terus belajar. Dia kata: "Here, even the men cry. What about us?"
Betul jugak katanya itu. Aku mengangguk-ngangguk. Dalam kepala aku mencongak-congak, entah berapa kali dah aku menumpahkan air mata kerana tiga huruf ini. Entah berapa kali aku dah aku mengasingkan diri kerana tiga huruf keramat ini. Dan entah berapa kali jugalah tiga huruf itu membuatkan aku rasa kerdil sungguh diri aku ni.
Tapi, sebab PhD jugalah aku hampir dengan engkau Ya Allah. Sebab PhD jugalah aku kenal diri aku sebagai hambaMu. Sebab PhD juga Kau izinkan aku bertemuMu di padang Arafah.. Dan seribu satu nikmat lagi Kau kurniakan aku dengan hadirnya tiga huruf keramat ini dalam hidup aku.
Justeru, aku bersyukur Ya Allah! Alhamdulillah! :)
Kalaupun sebab PhD aku banyak menangis, biarlah aku menangis di dunia.. jangan di akhirat nanti. Seperti yang Allah janjikan kepada kaum munafik yang enggan pergi berperang dengan Nabi sallahu 'alaihi wa salam. Maksud firman Allah dalam surah atTaubah, ayat 82:
"Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan".
Rabbi yassir wa laa tu'assir, rabbi tammim bil khair.. yaa kareem...!!
Nota: Terima kasih buat Puan Siti Aishah Abu Hassan dari TM kerana baik budinya menghulurkan bantuan. Jazakallahu khairul jaza'!
Monday, March 26, 2012
Sunday, March 25, 2012
Jangan jadi yang tertipu
Aku: Tahu tak kenapa ada orang kita anggap dia sombong?
Dia: Tak. Kenapa?
Aku: Sebab dia tak sedar diri.
Dia: Heh.. memang la..
Aku: Tak, serius ni. Ni tak sedar diri peringkat tertinggi.
Dia: Hmph..explain.
Aku: Macam ni, orang yang rasa dia ada segala-galanya selalunya confident lebih kan? Ada kalanya, kadang-kadang bila terlalu confident dia tak kisah orang lain nak kata apa.
Dia: Ha, abis tu?
Aku: Jadi dia terus-terusan buat apa yang dia sendiri fikirkan wajar. Dia rasa semua yang dia buat tu betul. Sebab bila orang lain nak tegur tak boleh. Dia tak nak terima. Dia fikir semua yang dia lakukan betul dan tepat.
Dia: Hmm..
Aku: Kalau dia rujuk pada orang lain pun, dia hanya akan ambil yang selari dengan pemikiran dia saja. Yang tak selari dia buang, campak jauh-jauh. Bila dah jadi gitu, problem lah.
Dia: Kenapa?
Aku: Yer lah. Kalau perkara tu hanya berkait pada urusan dunia tak apa jugak. Tapi kalau urusan akhirat, macam mana? Tak ke bahaya? Orang yang sombong dalam urusan agamalah yang paling bahaya. Kan ke setiap perkara tu ada penyakitnya, dan penyakit amal ialah riak. Orang yang riak biasanya sombong. Tak sedar diri lah tu. Bahaya!
Dia: Aaa'..
Aku: ...
"Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya.
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Ya Allah, jauhkan kami dari penyakit sombong! Amin Ya Rabb!
Monday, March 19, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)