Monday, March 26, 2012

Meniti dan menangis

Asma' tengah belajar nak berdiri dan berjalan. Usia Asma' sekarang 10 bulan.. Merangkak, menyusur, dan sekarang meniti. Go Asma'! Go! Eheheee..

Aku pun tengah meniti juga. Meniti berhati-hati di tepi gelanggang ilmu yang cukup luas. Takut juga jatuh tak bangun-bangun. Setakat ni, alhamdulillah.. tergelincir sikit, ada cepat yang menarik tangan aku untuk kembali berjalan di jalan yang samar-samar ini. Jauh lagi rasanya perjalanan aku untuk menyiapkan kajian aku ni. 

Minggu lepas aku bertemu seorang sahabat yang agak lama juga aku tak jumpa. Ingatkan dia dah tamatkan pengajian. Rupanya, dia balik ke negara asalnya untuk mengumpulkan data. Kini, pulang ke Malaysia untuk menyiapkan kajian. Dalam sembang-sembang tu, satu ayatnya menguatkan semangat aku untuk terus belajar. Dia kata: "Here, even the men cry. What about us?" 

Betul jugak katanya itu. Aku mengangguk-ngangguk. Dalam kepala aku mencongak-congak, entah berapa kali dah aku menumpahkan air mata kerana tiga huruf ini. Entah berapa kali aku dah aku mengasingkan diri kerana tiga huruf keramat ini. Dan entah berapa kali jugalah tiga huruf itu membuatkan aku rasa kerdil sungguh diri aku ni. 

Tapi, sebab PhD jugalah aku hampir dengan engkau Ya Allah. Sebab PhD jugalah aku kenal diri aku sebagai hambaMu. Sebab PhD juga Kau izinkan aku bertemuMu di padang Arafah.. Dan seribu satu nikmat lagi Kau kurniakan aku dengan hadirnya tiga huruf keramat ini dalam hidup aku. 

Justeru, aku bersyukur Ya Allah! Alhamdulillah! :)

Kalaupun sebab PhD aku banyak menangis, biarlah aku menangis di dunia.. jangan di akhirat nanti. Seperti yang Allah janjikan kepada kaum munafik yang enggan pergi berperang dengan Nabi sallahu 'alaihi wa salam. Maksud firman Allah dalam surah atTaubah, ayat 82:

"Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan". 


Rabbi yassir wa laa tu'assir, rabbi tammim bil khair.. yaa kareem...!!



Nota: Terima kasih buat Puan Siti Aishah Abu Hassan dari TM kerana baik budinya menghulurkan bantuan. Jazakallahu khairul jaza'!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...