Monday, March 26, 2012

Meniti dan menangis

Asma' tengah belajar nak berdiri dan berjalan. Usia Asma' sekarang 10 bulan.. Merangkak, menyusur, dan sekarang meniti. Go Asma'! Go! Eheheee..

Aku pun tengah meniti juga. Meniti berhati-hati di tepi gelanggang ilmu yang cukup luas. Takut juga jatuh tak bangun-bangun. Setakat ni, alhamdulillah.. tergelincir sikit, ada cepat yang menarik tangan aku untuk kembali berjalan di jalan yang samar-samar ini. Jauh lagi rasanya perjalanan aku untuk menyiapkan kajian aku ni. 

Minggu lepas aku bertemu seorang sahabat yang agak lama juga aku tak jumpa. Ingatkan dia dah tamatkan pengajian. Rupanya, dia balik ke negara asalnya untuk mengumpulkan data. Kini, pulang ke Malaysia untuk menyiapkan kajian. Dalam sembang-sembang tu, satu ayatnya menguatkan semangat aku untuk terus belajar. Dia kata: "Here, even the men cry. What about us?" 

Betul jugak katanya itu. Aku mengangguk-ngangguk. Dalam kepala aku mencongak-congak, entah berapa kali dah aku menumpahkan air mata kerana tiga huruf ini. Entah berapa kali aku dah aku mengasingkan diri kerana tiga huruf keramat ini. Dan entah berapa kali jugalah tiga huruf itu membuatkan aku rasa kerdil sungguh diri aku ni. 

Tapi, sebab PhD jugalah aku hampir dengan engkau Ya Allah. Sebab PhD jugalah aku kenal diri aku sebagai hambaMu. Sebab PhD juga Kau izinkan aku bertemuMu di padang Arafah.. Dan seribu satu nikmat lagi Kau kurniakan aku dengan hadirnya tiga huruf keramat ini dalam hidup aku. 

Justeru, aku bersyukur Ya Allah! Alhamdulillah! :)

Kalaupun sebab PhD aku banyak menangis, biarlah aku menangis di dunia.. jangan di akhirat nanti. Seperti yang Allah janjikan kepada kaum munafik yang enggan pergi berperang dengan Nabi sallahu 'alaihi wa salam. Maksud firman Allah dalam surah atTaubah, ayat 82:

"Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan". 


Rabbi yassir wa laa tu'assir, rabbi tammim bil khair.. yaa kareem...!!



Nota: Terima kasih buat Puan Siti Aishah Abu Hassan dari TM kerana baik budinya menghulurkan bantuan. Jazakallahu khairul jaza'!


Sunday, March 25, 2012

Jangan jadi yang tertipu





Aku: Tahu tak kenapa ada orang kita anggap dia sombong?


Dia: Tak. Kenapa?


Aku: Sebab dia tak sedar diri.


Dia: Heh.. memang la..


Aku: Tak, serius ni. Ni tak sedar diri peringkat tertinggi.


Dia: Hmph..explain.


Aku: Macam ni, orang yang rasa dia ada segala-galanya selalunya confident lebih kan? Ada kalanya, kadang-kadang bila terlalu confident dia tak kisah orang lain nak kata apa.


Dia: Ha, abis tu?


Aku: Jadi dia terus-terusan buat apa yang dia sendiri fikirkan wajar. Dia rasa semua yang dia buat tu betul. Sebab bila orang lain nak tegur tak boleh. Dia tak nak terima. Dia fikir semua yang dia lakukan betul dan tepat.


Dia: Hmm..


Aku: Kalau dia rujuk pada orang lain pun, dia hanya akan ambil yang selari dengan pemikiran dia saja. Yang tak selari dia buang, campak jauh-jauh. Bila dah jadi gitu, problem lah.


Dia: Kenapa?


Aku: Yer lah. Kalau perkara tu hanya berkait pada urusan dunia tak apa jugak. Tapi kalau urusan akhirat, macam mana? Tak ke bahaya? Orang yang sombong dalam urusan agamalah yang paling bahaya. Kan ke setiap perkara tu ada penyakitnya, dan penyakit amal ialah riak. Orang yang riak biasanya sombong. Tak sedar diri lah tu. Bahaya!


Dia: Aaa'..


Aku: ...


Maksud firman Allah dalam surah AlBaqarah, ayat 207-209:

"Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya. 

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. 

Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".  


Ya Allah, jauhkan kami dari penyakit sombong! Amin Ya Rabb!

Wednesday, March 14, 2012

The far..far..far away KICT


KICT has a new building.. punyalah jauh atas bukit tepi highway. Aku suka sebab dekat dengan pintu masuk and keluar, tak payah tawaf satu UIA tu. Parking pun banyak, tak perlu risau nak kena saman ke, nak kena kunci tayar kereta ke.. Cuma jauh dari kemudahan lain di kampus tu. Maka kalau nak ke bank, atau ke pejabat pos, atau ke perpustakaan, atau ke klinik, atau ke masjid, atau nak ke kedai, atau nak ke restoran, atau nak ke gerai-gerai yang menjual segala macam benda comel-comel tu... memang la kena cari parking lain kat CAC tu.

Itulah manusia, bila kemudahan duduk keliling pinggang, tak sedar dan jarang yang nak bersyukur. Tapi bila ditarik nikmat tu.. jadi jauh, baru terbeliak biji mata eh.. Astaghfirullah! Bila kemudahan terlalu banyak, ada juga yang kufur nikmat. Jangan sampai kita jadi sombong tenggelam dalam kemudahan sudahlah. Seperti maksud firman Allah mengenai penduduk negeri Saba' dalam surah Saba' ayat 19. (Mudah-mudahan kita mengambil i'tibar, insya Allah!) :


"(Maka kemakmuran dan kemudahan itu menjadikan mereka sombong dan kufur) lalu berkata: Wahai Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami (di antara sebuah bandar dengan yang lain) dan mereka berlaku zalim kepada diri mereka sendiri; lalu Kami jadikan (kisah perbuatan derhaka) mereka: Buah mulut orang ramai, serta kami pecah belahkan mereka berkecai-kecai. Sesungguhnya kisah mereka yang tersebut mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur".

Allahumma inna nas'aluka huda wal tuqaa, wal 'afaf wal ghinaa. Amin ya Rabb!

Monday, March 05, 2012

Keep moving...

sumber: motivational poster for students
Alhamdulillah.. I am moving, that's for sure. Slow and bumpy move.. but I'm moving.. Hehe..
alhamdulillah..
Rabbi yassir wala tu'assir ya Rabb. 

Sekarang ni aku tengah dalam proses menghubungi semua kepala responden aku. Baru dapat satu. Ada tiga semuanya. Itu pun belum ada maklum balas. Harapan dan doa aku, biarlah semuanya berjalan lancar. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan semangat.. amin ya Rabb. 

Aku kena banyak sabar. Kalau tak sabar memang la tensi. Dah sabar tu, kena banyak pulak sujud mohon pada Allah. Dia yang memegang segala-galanya. Kalau Allah kata boleh, insya Allah pasti jadi. Macam cerita nabi Musa alaihi salam. Walaupun Fir'aun dah kerahkan semua bala tenteranya mencari dan membunuh setiap bayi lelaki dari Bani Israel yang baru lahir, nabi Musa alaihi salam akhirnya membesar dalam istana Fir'aun sendiri. Hebat kuasa Allah yang menentukan. Sebab tu aku kena baaaanyak sabar. Dan baaaanyak sujud pada Allah.. Macam yang Dia suruh dalam surah alBaqarah ayat 153:

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar."

Ya Allah, kau bukakanlah jalannya untuk ku menyiapkan tugasku ini. Berilah kesabaran dan terimalah doaku.. amin. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...