Abdurrahman tengah suka ke marah ni? |
Baru-baru ni aku buat istikharah. Macam biasala.. solat istikharah, lepas tu baca qur'an untuk panduan. Ayat yang aku baca tu (satu muka surat) semuanya cerita tentang neraka dan azabnya. Tapi ayat akhir sekali, tentang syurga.
Bila baca terjemahan terasa kecut perut. Tapi sampai akhir ayat, tiba-tiba rasa legaaa sangat.
Hmm, Ya Allah.. aku tengah keliru sangat.
Allahummaj 'alni min ladunka sultonan naseero.
Ya Allah, jadikan aku faham apa yang Engkau cuba sampaikan. Kuatkan hati aku ya Rabb!
Maksud firman Allah, surah Al Isra ayat 15:
Sesiapa yang beroleh hidayat petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).
No comments:
Post a Comment